• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / 10 calon imam muda 2011, CONFIRM!

10 calon imam muda 2011, CONFIRM!

Zik · Apr 18, 2011 · 37 Comments

Share this on WhatsApp

imam muda, imam muda musim kedua, logo imam muda, imam muda pencarian sudah bermula, calon-calon imam muda, jadual ujibakat imam muda 2011, imam muda 2011, penemuan dalam sebuah perjalanan kehidupan,

“Satu penemuan, Memecah tradisi satu perjalanan dalam sebuah kehidupan.”

Pelancaran majlis kali ini mengumumkan 10 imam muda 2011,  bertempat di Dewan muktamar Kompleks Pusat Islam Jawi Kuala Lumpur, pada pukul 9 malam tadi. Bersiaran langsung di astro oasis saluran 106.

Senarai 10 Calon  Imam Muda Musim ke 2

Nampaknya ramai sudah tanya, aku cuba beri yang terbaik untuk. Buat masa ini, aku hanya dapat bagitahu nama calon, asal dan umur kemudian (nanti update). Profail yang penuh akan diberitahu atau update secara berkala. (Rumah kat kampung, takda astro, mana nak tahu).

Setelah ujibakat seperti dalam pencarian imam muda untuk 2011 ini diwar-warkan secara meluas di media cetak, elektronik dan sewaktu dengannya. Sambutan untuk tahun ini sangat menggalakkan. Saingan yang sengit, ditambah dengan dibuka dengan luar negara. Ternyata ia persaingan yang sihat dan ia dilihat lebih global.

calonakandatang.png, imam muda, 10 calon imam muda, calon imam muda, gambar imam muda 2011, 10 calon imam muda2011

Jom kita kenal mereka ini. Yang pasti bukan calang-calang orang nie. Lulusan Universiti, engineer, pensyarah dan macam-macam lagilah.

UPDATE:  *sudah ada pembetulan.

  1. Imam Muda Ali  asal  Sabah. 26 Tahun. (Kerja sebagai guru Kafa)
  2. Imam Muda Mujahid asal  Singapura. 20 Tahun.  Bekas ahli gimnastik  (pelajar)
  3. Imam Muda Fattah asal Negeri Sembilan. 21 Tahun. (Fasilitator)
  4. Imam MudaNazrul Izwan Zolkiflee, asal Segamat Johor. 26 Tahun. (Guru besar)
  5. Imam Muda Mohd Azlan Zulkarnain, asal dari Cheras Kuala Lumpur. 25 tahun, (Jurutera)
  6. Imam Muda Wan Najdi Wan Mohd Noh , asal dari Selangor . 20 Tahun. (seorang Pelajar)
  7. Imam Muda Fadhli berasal Brunei Darussalam, Kampung Rimba. 24 Tahun.  (Seorang pegawai masjid).
  8. Imam Muda Mohd Fakhrurrazi Hussin asal  dari Terengganu. 27 Tahun, (Imam).
  9. Imam Muda Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza asal  dari Air Tawar Perak, 26 tahun , (pensyarah).
  10. Imam  Muda Ammar Wan Harun, asal Kuala Lumpur. 27 tahun, (Mahasiswa)

2 peserta dari luar negara.

Nampaknya 2 peserta calon imam muda ini dari brunei dan singapura. Ternyata, calon-calon dari luar ngara turut memberikan sokongan padu untuk turut serta dalam rancangan berilmiah seperti ini. Alhamdulillah. Manakala range umur calon dari 20-27 tahun kalau tidak silap.

Nak tahu lebih lanjut tengok akhbar gambar dibawah nie. Siap details lagi. Status , bujang , tunang dah kahwin. Hehe.

calonakandatang.png, imam muda, 10 calon imam muda, calon imam muda, gambar imam muda 2011, 10 calon imam muda2011

Pengacara baru, bukan ustaz zulkarnain.

Aku pun tak tahu kenapa bukan ustaz zulkarnain lagi mengacara, pengacara baru kali ini nampak agak nervous, mungkin akan datang boleh improve lagi kot?Nama dia pun aku kurang periksa. (nanti update)

Nantikan laporan yang lebih padat dan ringkas, mengenai perjalanan imam muda dari minggu 1-hingga minggu terakhir. Insyallah, semoga aku diberi kekuatan dan kesihatan untuk menulis dan diberi masa yang cukup.

Nak tengok gambar-gambar imam muda yang handsome tuh? terjah ke blog salam borneo. Pihak zikrihusaini.com ingin memohon maaf sekiranya ada salah info mengenai imam muda 2011. Sila komen diruangan bawah sekiranya ada tersilap info. Sekian terima kasih.

Sumber imammuda facebook,

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan 10 senarai imam muda 2011, calon imam muda 2011, imam muda 2011, majlis pelancaran pengenalan 10 imam muda 2011, profail imam muda 2011, senarai penuh 10 imam muda

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. muhammad fakhruddin says

    April 19, 2011 at 12:25 am

    Di rumah saya tiada Astro. Tetapi baru-baru ini melihat uji bakat Imam Muda menumpang Astro rumah makcik, barulah saya tahu betapa sengitnya persaingan dan ketatnya tapisan.

    Selamat berjaya para Imam Muda 😀

    Reply
    • Zik says

      April 22, 2011 at 1:43 am

      ya betul tuh.. aku pulak tengok dekat youtube …

      Reply
  2. Mrs.Ayie says

    April 19, 2011 at 12:39 am

    Sejuk hati tengok wajah-wajah bakal imam muda ni. Semoga dapat ilmu, dan memberi ilmu 🙂

    * Alahai tak ada calon dari Kelantan ya. 😀

    Reply
    • Zik says

      April 22, 2011 at 1:43 am

      tahun nie takdalah pulak kelantan… mungkin tahun hadapan???

      Reply
    • muhammad fakhruddin says

      April 22, 2011 at 3:27 pm

      Ada. Kelahiran Kelantan cuma menetap di KL 🙂

      Reply
  3. ika honey bunny says

    April 19, 2011 at 12:56 am

    imam muda zikri dari batu pahat johor takde ke? kihkih

    Reply
    • Zik says

      April 22, 2011 at 1:46 am

      hehe… takda rezeki lah cik ika .. … tak layak lah..

      Reply
  4. shamizu says

    April 19, 2011 at 1:17 am

    Semua wakil negeri lain ada. Wakil kelantan jer tak ada. Kenapa yer.

    Reply
    • paihujey says

      April 19, 2011 at 2:57 am

      yup..diskriminasi ni..hehehe..gurau jew…

      Reply
  5. tengkorak emas says

    April 19, 2011 at 1:37 am

    semoga musim kali ini turut berjalan lancar dan membangkitkan semangat persaingan yg hebat di kalangan imam muda kita, supaya dapat menjadi yg terbaik di kalangan yg terbaik

    Reply
    • Zik says

      April 22, 2011 at 1:49 am

      insyallah.. besar harapan untuk intake kali ini…

      Reply
  6. Fitrihadi says

    April 19, 2011 at 1:43 am

    dah mula musim baru ke?? tak perasan plak.. bertambah meriah plak bila ada dua peserta dari singapore dan brunei.. thumbs up!
    .

    Reply
    • Zik says

      April 22, 2011 at 1:55 am

      ah ha.. baru jer mula… hehe

      Reply
  7. decrewz says

    April 19, 2011 at 3:49 am

    Teringat kat arwah adik, dia nak masuk sangat rancangan realiti ni, tapi apakan daya, Tuhan lebih sayangkan dia..

    Reply
    • Zik says

      April 22, 2011 at 1:55 am

      owh yeker.. aku turut bersimpati..

      Reply
  8. Miss Tira says

    April 19, 2011 at 4:58 am

    Wah hebat. Peserta dari Singapura pun tidak ketinggalan ye. Rancangan macam ni yang kita perlu pernbanyakkan di media massa.

    Reply
    • Zik says

      April 22, 2011 at 1:56 am

      ya betul2… rancangan yang harus kita ketangahkan dari setiap tahun berbanding rancangan berbentuk duniawi semata-mata..

      Reply
  9. nizam says

    April 19, 2011 at 7:34 am

    rancangan macam ni lagi menarik dari AF kan….
    bermanfaat…

    Reply
    • Zik says

      April 22, 2011 at 1:59 am

      selain itu, kita sebagai penonton pun boleh belajar apa2 yang patut , mungkin sudah lupa… kasi refresh balik…

      Reply
  10. AdaAkuKesah says

    April 19, 2011 at 11:11 am

    cam artis imam imam skang.. nasib baek takde gosip pasal dorang lagi.. hehe

    Reply
    • Zik says

      April 22, 2011 at 2:00 am

      setakat nie ok… semua jaga amal.. dan niat yang baik… insyallah…

      Reply
  11. Mr.Kerro says

    April 19, 2011 at 11:49 am

    trigin nk tgk imam muda..huhuhu..tp xde astro

    Reply
    • Zik says

      April 22, 2011 at 2:24 am

      tengok kat utube jer… aku pun tengok kat utube

      Reply
  12. bEe says

    April 19, 2011 at 4:05 pm

    Penerapan ilmu yg berkesan utk semua lapisan masy terutama utk anak2 muda kita kini. Yelah, masing2 mcm liat nak pi ceramah agama bila Astro buat rancangan mcm ni mmg amat dialu2kan… 🙂

    Reply
    • Zik says

      April 22, 2011 at 2:27 am

      ceramah agama free jer tuh… pergi konsert berbayar …. ratus2 sanggup tuh…

      Reply
  13. ummiross says

    April 19, 2011 at 11:05 pm

    Salam Zik

    Thanks for the traffic, ramai betul dari blog Zik hari ni…

    Reply
    • Zik says

      April 22, 2011 at 2:29 am

      terima kasih kembali….

      Reply
  14. titan says

    April 20, 2011 at 2:35 am

    wahh, guru besar ada, jurutera ada..dasat gak kerja diorang ye..

    Reply
    • Zik says

      April 22, 2011 at 2:35 am

      macam2 ada…

      Reply
  15. Muhammad Iqbal says

    April 20, 2011 at 8:11 am

    Thanks for the info. Nice!! =)

    Reply
    • Zik says

      April 22, 2011 at 2:38 am

      terima kasih kembali…

      Reply
  16. Hisyam says

    April 20, 2011 at 3:48 pm

    la, tak ada wakil dari kelantan rupanya. tak pe, harap mendapat saingan dari peserta luar negara

    Reply
    • Zik says

      April 22, 2011 at 2:43 am

      insyallah… tahun depan bro hisyam masuk interview.. huhu

      Reply
  17. fitri says

    April 20, 2011 at 7:01 pm

    aku harap lagi banyak program mcm ni diwujudkan kat Malaysia..thumbs up!

    Reply
    • Zik says

      April 22, 2011 at 2:46 am

      insyallah.. itu yang harap2 sangat…

      Reply
  18. michi.azee says

    April 29, 2011 at 10:35 pm

    imam muda nazrul izwan merupakan senior saya dan rakan kepada abang saya…sangat berbangga beliau telah tercalon dalam imam muda 2011..semoga berjaya untuk beliau dan semua calon imam muda 2011..saingan kali ini memang sangat hebat.

    Reply
  19. tklina says

    April 30, 2011 at 10:05 am

    Nggeeee.. dah tgk imam muda ni.. rasa terminat pulak kat IM Hassan… hehehe

    Reply

Leave a Reply to paihujey Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: