
Sekadar hiasan
Salam semua.
Nampak mantan perdana menteri kita Tun Dr Mahathir sekali lagi membantah tindakan kerajaan untuk membina jambatan separuh ke langkawi.
Komen Tun Dr Mahadthir.
Merosakkan keindahan semula jadi pulau langkawi.Kemungkinan besar memang betul, biasalah manusia akan rakus,
Kesesakan jalan lalu lintas. (dah kerja polis traffik kena kerja sanalah pulak).
Sebenarnya memang ada pro dan cons mengenai pembinaan jambatan ini, tapi ada beberapa point yang boleh kita fikirkan.
Rasional kepada pembangunan negara.
Pembinaan jambatan itu adalah atas permintaan penduduk di pulau pelancongan itu kerana ia dapat menjimatkan masa dan kos pengangkutan. Pembinaan jambatan separuh, menjimatkan kos perbelanjaan, masa perjalanan feri dan kargo antara Langkawi dengan Kuala Perlis.
Projek itu berupaya membangunkan pelabuhan Langkawi sebagai pelabuhan bebas cukai.
Disamping jarak perjalanan antara Langkawi ke Kuala Perlis, sejauh 24 kilometer memakan masa satu jam menerusi perkhidmatan feri, tetapi dengan pembinaan jambatan separuh itu, dapat menjimatkan masa kepada 20 minit.
Peluang pekerjaan. Since negara kita memang ramai penganggur, tak tahu berapa jumlah penganggur di negara kita.
Dua syarikat di Perlis telah mencadangkan untuk membina jambatan sejauh 48 kilometer menghubungkan Langkawi dan Kuala Perlis.
Keburukan lain.
Ekosistem langkawi terjejas. Biasalah manusia yang rakus, akan membuang sisa bahan binaan ke dalam laut. Haiyo, mana boleh itu macam.
Masalah penyuludupan yang sukar dikawal. Pulau langkawi yang bebas cukai menjadikan sindiket-sindeket cuba membawa masuk barang-barang yang dikawal, untuk mengaut keuntungan yang besar.Mahu elak cukai le tuh. Tapi memang dah ada pun, sekarang nie, bila dah ada jambatan, lagilah menjadi-jadi.
Anda ada perkara yang lain ingin dibincangkan. Setuju ke tak? Vote dulu kat atas. Namun projek ini masih lagi dalam peringkat cadangan. Mungkin ada banyak perkara akan dinilai secara halus. Fikir betul-betul.
Pembangunan memang sangat penting, tetapi bila tengok manusia yang sangat rakus untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesannnya kepada ekosistem dan juga penduduk setempat, ia tidak berbaloi untuk semua. Adakah generasi akan datang masih dapat menikmati keindahan alam yang kita kecapi hari ini?
Susah juga jadi negarawan/ ahli politik dan juga orang atasan nie, berbanding jadi orang seperti hidup seorang blogger nie? hehe.
Sumber disini


Kalau buat jambatan dari K. Perlis ke Langkawi, hilanglah status duty free pasni..
fina fento recently posted..Update Update!
jambatan langkawi kena bina,bygkan pnduduk di sini nak ke darat kena kumpul duit bru bleh keluar,anda semua tak rasai kesusahan sbb anda bkn tinggal di langkawi,anda mai cuti shj,nak tau langkawi ni kecil ke besar hijrah la ke langkawi,harap PM teruskan bina jambatan langkawi
kena fikir jauh … kesan kepada ekosistem dan juga masalah2 lain….
proceed jer lahh….
zack recently posted..Beli Domain Namecheap $1.99
saya kurang setuju. lebih baik tingkatkan perkhidmatan feri sedia ada.
saya ingin mencadangkan jambatan pulau pinang digantikan dengan membuat monorel dari kuala perlis ke pulau langkawi merentasi lautan..kita buat 2 way, so kesesakan kenderaan tidak akan berlaku,tiada pencemaran udara..kedua-dua belah pihak akan mendapat manfaat dari segi tarikan pelancong dan ekonomi..jd fikir-fikirkanlah..
ahha nak menghubungkan ke kampung aku nih
kalau ikut logik aku setuju ja. hahahaha
100% bantah…. the beauty of our nature should be conserve at all cost….
takde gunenye pembangunan tanpa alam sekitar…. first thing first…
lebih baik duit tu di gunakan untuk tujuan yang lebih berfaedah… kalau duit dah tak tau apa nak buat (banyak sangat) baru boleh la kot…
rasanye lebih baik biarkan transport ke langkawi 2 feri je..
betol cakap mahathir 2..
takot rosak laut nnti..
btw ejaan mahathir kt title 2 cam salah je..
heehe :tongue:
seperti yang ramai setuju. ada pro dan kontranya.
salam bagi pdpat sy… perlu dibina jambatan… Sbagai pekerja awam di Langkawi… sy rasa mmg perlu… tiap2 tahun ramai pekarja2 yg mohon bertukar.
a) kekangan masa… jadual perlu ikot jadual feri..
b) pkidmatan feri: pnahkah anda naik feri pada musim ombak kuat.. sangat menakutkan.
c) pkidmatan feri tiada pada waktu malam… bmakna kalau kecemasan, kena tggu esok… byangkan situasi ini berlaku pada diri anda…
tapi kalau prjek ni nk dijlnkan.. harap jgn diswatakan,,,, beban untuk pgguna nanti.
satu pandangan yang bernas… ada banyak perkara kita perlu pertimbangkan… lagi2 orang yang betul memang bekerja disana..tentu tahu keadaan yang sebenarnya…
Aku pun setuju..
setuju ngn dr. M..xde maknenya jimat mase, tgk jambatan p.pinang..mau berejam nak sampai..lgpun langkawi kan pulau pelancongan..rasanya keindahan lagi perlu dikekalkan berbanding pembangunan..pandangan aku la..
kena kaji betul2 tuh… ia ikut kesannya jangka panjang …
sebagai pencinta alam…aku sangat tak setuju…nanti habis keindahalan alam laut kat langkawi akan mati…..dan langkawi akan jadi sesak macam penang….
jangan pikir duit semata-mata, pikirkan nasib generasi kita…adakah satu hari nanti mereka tak kenal penyu, coral..gamat dsbgainya (emo pulak..huhu)
hehe… pandangan yang menarik tuh… kita kaji yang lebih ,secara saintifiknya tuh…
banyak benda lagi boleh dibangunkan untuk kebaikan masyarakat Malaysia. pentingkan yang lebih penting dari yang penting.
mungkin hospital perlu dibangunkan disana…
Aku rasa banyak lagi menda lain yang lebih penting la… contohnya siapkan bangunan sebelah puduraya yang separuh tiang tu… huhuhu.
p/s: Puduraya masih belum boleh bukak sebelum raya..
alamak terbengkalai tuh…
banyak duit nak guna lagi ni
projek mega tu, tak sesuai dengan ekonomi sekarang
hurm memang tak sesuai ….. lagi. buat masa sekarang nie.. dan akan datang.
aku setuju dgn Tun M..kalau ada jambatan, tak ada keistimewaan lagi la pulau langkawi..nama pun pulau kan, so baik naik bot atau feri nak gi sana..baru ada feel hehe.
lepas nie panggil apa kalau jambatan dah pasang…hehe.. selamatkan ekosistem pulau cantik itu…
isu jambatan ni, ramai orang yang akan gulung tikar. tp bisnes baru juga yang akan muncul.
business baru yang menguntungkan tak banyak pihak tak berapa bagus tuh…
kena fikir sehabis2 nya ni..kalau x, buat rugi je nanti..
anyway, bagi mengutamakan keindahan pulau langkawi, rasenye tak payah la..baru enjoy sket journey nak ke langkawi…
keindahan alam semula jadi harus dikekalkan..
Rasanya kalau ada jambatan ramai yang tak dapat cari mkan kat langkawi tu.
terutama pengusaha bas dan kereta sewa. Hotel pun mungkin akan turut terjejas sebab orang akan pegi duduk kat hotel yang lagi murah kat tanah besar.
kemungkinan besar jugak tuh… dah sesak jalan kot… harap2 tak jadila..
aku pun setuju ngan Tun Dr Mahadthir,kesan jangka panjang memang banyak buruknya..cari ler alternatif lain
short term dan long term kena amik kira tuh…. kira tun dr mahadthir memang visionary leader..
saya setuju lagi dengan pendapat Tun Dr Mahathir. terutama pasal ekosistem yang boleh terjejas dan penyeludupan barang keluar dari sana. kalau nak cakap pasal peluang pekerjaan, kalau ditingkatkan taraf perkhidmatan feri pun peluang pekerjaan akan wujud, betul tak? hehe..
pulau itu nanti tercemar dengan bahan2 sisa toksik.. bahan binaan… susah tuh
Saya sokong chedet sepenuhnya! buat apa setuju denagn pembinaan jambatan kerana ianya kurang memberi manfaat, erti kata lain pembaziran budget kerajaan sahaja!. :ninja: dan menyebabkan Langkawi kurang nila ekslusif sebagai tempat peranginan tersohor.
pernah p langkawi anik feri..x jauh pun..duit kerajaan ni patut digunakan sebaik yg mungkin,usah membazir..ramai lg org susah dipendalaman sana
berapa minit, 40 minit kalau tak silap… dekat jerk..
jambatan xperlu dibina.
tambah feri je………..
tambah feri… boleh jugak tuh..
setuju dengan Tun..banyak sangat keburukan yg akan timbul lepas jambatan siap..Tun ni jenis berfikiran jauh..kalau kita tengok sebelum2 ni pun,banyak benda yg Tun bagi pendapat dalam pentadbiran kerajaan sebab Tun nampak ada yg tak kena..sepatutnya mereka2 yg terlibat kena hormat pada pandangan Tun..
Tak best la kalau pergi Langkawi dengan kereta..pergi dengan feri juga baru syok..
pendapat orang yang mempunyai pengalaman jauh… dalam negara kita..
Pulau Langkawi nie pun bukanya besar sangat.Kenapa nak buek jambatan yang berjuta2.Feri ado,kapal terbang ado.Hilanglah uniknya.
sampan pun ado..hehe… tulah pulau nie memang kecik jer pun…
aku pun tak setuju…kejadahnya nak bina jambatan? nak memudahkan kereta2 no duty tax keluar makan angin ke?
come on ler…langkawi tempat peranginan…kan molek naik ferry then berkereta..baru mencabar aktiviti travel tue…ye dak?
satu2nya tempat peranginan yang patut kita jaga
Saya tak tahu nak kata macam mana. Susah nak bagi pendapat ni =)
alamak 50-50 ke bro..
Salam~
Setuju dengan Tun Mahathir. Lebih baik pihak kerajaan mantapkan perkhidmatan yang ada. Jangan hendak mempelbagaikan perkhidmatan, tetapi akhirnya semua nanti akan jadi tunggang langgang.
Pembinaan jambatan akan memakan kos yang besar, maka kesan sampingan pada ekonomi juga akan ketara. Mungkin akan dikeluarkan lagi agenda baru dalam ekonomi. Dan akhirnya, rakyat juga yang makan hati sendiri.
Banyak dah rancangan pembangunan sedang dibangunkan. Mantapkan terlebih dahulu. ^^ Laksanakan konsep2 1 Malaysia tu. Baru rakyat akan menaruh kepercayaan yang lebih. ^^
mantapkan yang sedia ada dulu…setuju!!
berpandangan jauh…
baik gunakan duit utk bina jambatan kpd benda2 yg beri manfaat kpd rakyat terutama golongan miskin
bagi kepada mereka yang memerlukan..
aku tidak setuju la dengan projek ni..
boleh merosakkan struktur dan khazanah alam..
selamatkan bumi hijau kita…
aku rasa tak perlu, tapi kalau nak buat juga mesti melalui kuala perlis..
kalau buat memang diaorang buat dari negeri perlis….
marah la toke feri..
ps: dah tukar theme baru ya
tak confirm lagi tuh bro… bukan theme baru.. tukar header baru jer… yang backgound tuh memang boleh tukar bila2 jer..pakai twenty theme…
sokong mahadhir..naik ferry lagi feel nak berjalan..lagipon ferry merupakan aset dan tradisional langkawi..dan lagi satu ini adalah pemziran..duit rakyat juga depa duk cekaw..
“Kasut Termahal Dunia Tapi Bukan Kasut Raya”
diaorang nak untung lebih jer nie…
tak pernah datang langkawi.. tapi aku dapat agak keadaannya lebih kurang macam pulau labuan juga..
pandangan aku, rasanya tak perlulah buat jambatan separuh.. tempat tu pun bukannya susah sangat nak dihubungi.. feri banyak. Mungkin lebih baik guna kos tu untuk bina jalan perhubungan di kawasan lain yang benar-benar memerlukan
sokong dengan pendapat bro kulanz… isu ni dah lama timbul kat pulau Labuan.. tak sangka skrg dah dipanjangkan ke Pulau Langkawi pula..
apa yg lazaac pernah dengar, ada yg mengatakan sekiranya pulau2 ini dihubungkan dengan tanah besar, kelebihan sebagai pulau bebas cukai akan berkurangan… entah betul entah tidak…
owh macam tuh rupanya… dekat pulau labuan pun nak buat jambatan jugak ya…
yer bro… tapi tu la, cadangan jer.. rasanya takkan jadi, sbb andaikata dah ada jambatan, status pulau bebas cukai akan ditarik balik…
sori kalau salah fakta, hujah berdasarkan pembacaan lampau.. :devil:
aku pun turut membantah. mana cool. dah tak jadi tempat bercuti yang best la. dah boleh pg naik kereta. kata orang, dah tak rare la! :ninja:
mari kita membantahnya!!
suka naik feri lebih menjimatkan , dapat suasan tenag dan damai.
tak sokong..
membazir..kalau naik feri lagi better…
situ dah la pemandangan cantik..abih la rakus kalau diluluskan…
kat tambak johor tu, patut..
sebabnya..ramai org kita berulang alik kerja dari sana..
dah makan minum diorang kat singapore, so terima je lah….=)
hurm betul tuh… kat johor tuh memang patut kena buat…
yeah!!
jom membantah..kihkih
baru sekali pergi langkawi..tu pun naik tldm punya frigate…nak kena ada jambatan jugak ke?
belum confirm lagi.. baru cadangan jer tuh….
I take for no…really2 tak ade kebaikan…sangat sokong pendapat Dr M..pembinaan semata-mata untuk kemajuan, itu semuanya helah…yang paling penting, kalau dah ada jalan nanti, dah tak ada keseronokan naik ferri atau kapal…so tak kan semua pulau nak kena ada jambatan baru boleh maju…
biarkan macam nie pun dah ok… rosak keindahan pulau tuh nanti…
Pendapat saya..
Saya seperti kurang setuju juga dgn cadangan ini..lebih baik dipertingkatkan lagi perkhidmatan feri yg sedia ada. :face:
jambatan separuh? mcm na tu?.. :pouty:
:ninja: jambatan separuh…saya pun tak berapa faham jugak jambatan apa…
jambatan bengkok…