Tukar dari tulisan rumi ke tulisan jawi di myjawi.net

myjawi.net, tulisan jawi, mari tukar tulis rumi ke jawi,

Bila kali terakhir aku menulis tulisan jawi ialah ketika sekolah darjah khas (di johor ada sekolah petang, kiranya paling tinggi darjah dalam sekolah agama). Itu paling lastlah. Tingkatan 4, dan 5. Aku ada tulis juga, cuma dalam kelas agama jerla.

Dalam peperiksaan SPM kertas agama, cikgu tidak menggalakkan jawab guna tulisan jawi sebab takut tak paham. (tulisan dahla cakar ayam). Tetapi kalau dalam kelas, takda masalah, cuma kena rotan jerla, kalau salah maksudnya.

Memperkenalkan, myjawi.net bertagline “memperkasakan tulisan jawi”. Memudahkan buat mereka yang ada masalah nak tulis tulisan jawi. Atau malas nak menaip tulisan jawi di document (microsoft word ada, tetapi kena install sedikit software).

Apa yang perlu anda buat?

Sangat mudah!! Pergi taip perkataan yang anda ingin tulis. Contohnya kehidupan (diruangan kotak yang disediakan), maka dengan automatiknya apabila tekan butang TUKAR, dalam beberapa saat akan keluar perkataan kehidupan dalam jawi.

Hebat bukan?? Apa lagi, jom kita cuba guna.Myjawi.net

Kelemahan. Ada beberapa perkataan macam salah, contohnya nama sendiri. Aku cuba tulis Muhammad Zikri, keluarnya bukan nama aku tuh. Mungkin ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki.

Anda tahu tulis dan baca tulisan jawi??

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.9/10 (12 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +5 (from 5 votes)
Tukar dari tulisan rumi ke tulisan jawi di myjawi.net, 7.9 out of 10 based on 12 ratings

Comments

    • Zik says

      yer betul tuh bro

      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: 1.0/5 (1 vote cast)
      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  1. says

    aku boleh baca jawi
    tapi tak reti nak tulis
    macam payah sangat rasanya

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 5.0/5 (1 vote cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +1 (from 1 vote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge