Tikus yang bijak meloloskan diri dari perangkap tikus dan tips menghalau tikus

mouse, tetikus, gambar tetikus, tetikus berbentuk tikus, tikus pintar, wireless tikus

Bukan tikus nie, ini tetikus yang memang bijak. Kalau halau tetikus nie dari rumah, lambat entri nie nak publish!

Tikus merupakan haiwan yang menjadi kebencian kerana pembawa virus dan juga haiwan yang kotor. Namun dalam mitos china, TIKUS ini  dianggap haiwan paling licik di antara 12 haiwan sejarah, ingat tahun tikus (merupakan tahun yang pertama, diikuti tahun lembu, monyet, harimau, naga dan sebagainya) kecuali kucing takda yang telah ditipu kerana kelicikannya.

Perangkap tikus.

perangkap tikus, rat, tikus bijak, smart rat, rat wear helmet, rat trap, cheese, cheese and rat

Hurm, diantara perangkap yang sering digunakan adalah seperti diatas. Gambar dari sini.

Berbalik kepada tajuk diatas, aku ingin berkongsikan satu video bagaimana tikus ini berjaya meloloskan diri dari perangkap tikus. Ia adalah kisah benar (tipu jer).

Jom kita layan video dibawah ini.

Chait, apa punya iklan da!!

Nota tambahan, cara untuk halau tikus:

  1. Dapatkan dahan pokok durian belanda dan letakkan dibahagian tersembunyi atau ditempat yang sering tikus lalu lalang.
  2. Bela kucing, banyak kelebihan dapat, hati senang, kurang stess.
  3. Tutup lubang lokasi-lokasi strategik laluan tikus nie lalu lalang.
  4. Gunakan perangkap tikus seperti diatas dan juga yang macam ala-ala sangkar (tapi on cost la pulak).
  5. Dapatkan daun serai wangi. Ataupun penyembur yang ada dijual kedai-kedai, tesco, giant (rujuk gambar di bawah). Harga dia dalam lingkungan RM 10-15.

serai wangi, gambar daun serai, serai wangi, penyembur serai, spray serai wangi,

Sekarang nie macam-macam produk penyembur serai wangi ada.

Selamat mencuba.

Comments

  1. Joe Mohamad says

    Kalau setakat tikus, serai wangi + kucing pun dah boleh halau… Yang tak tahan tu, spesis “CENCOROT”… Dah le hodoh (geli), kucing pun tak lalu nak tangkap… Bau busuk lak tu…

  2. FAIZAH BT ABD HAMID says

    dah try spray serai wangi..berkesan..dah x ada tikus kat dapur dan bilik bwh..tp dia pindah plak bilik atas….tgh proses bilik atas plak..harap2 la x ada dah pas ni

  3. says

    zik..bubuh serai wangi tu die mati terus ke? ke fenin2 je?

    aku guna sangkar..bubuh ikan masin…tetibe esok aku tgk ikan masin ilang tapi tikusnye xde.elok je sangkar terbukak luas..

  4. says

    kat rumah aku, malam2 letak air penuh dalam besen, letak plastik bagi terapung dan biskut atas plastik..esok pagi confirm sekor dah ade berenang2 atau mati lemas..

    • says

      wow iini dah kira idea yang bagus, yang mati lemas tu senang jer nak campak dalam tong sampah, yang berenang sampai ke pagi ti nak buat camner?
      macam tak sampai hati pulak nak jatuhkan hukum bunuh!

  5. says

    kalau perangkap mesti kena rendam dalam air Klorox bila dah pernah kena mangsa, kalau tak memang tikus takan masuk dah dalam tu mungkin sebab dia dapat kesan bau

  6. says

    kesemua gambar & video tikus kat atas adalah sangat comel… buat rasa tak geli kt tikus.. hehee..

    baguslah tikus tu.. rasanya pas ni mesti dapat tawaran untuk berlakon iklan the biggest loser plak.. hehee

  7. says

    kat rumah aku ada spisis tikus jenis cencorot..peh susah amat nak tangkap. dah dapat sekali..eh dia boleh kecikkan body dia sampai boleh lepas jaring sangkar..lagi sekali dapat siapla..memang nak kena sembelih tu..haha..

  8. says

    Tip supaya perangkap tikus mengena. Caranya adalah mengunakan ubi kentang yang telah disapu dengan peanut butter. Apabila tikus asyik menikmati tentu kena jerat. Saya guna tip ini memang berkesan.

  9. says

    Ado 1 petua orang tua2.nie memang berkesan sangat2. Boli RM1.00 lado hitam.Tumbuk atau kisar sampai hancur (Serbuk).dan tabur sekitar tempat yang dirasai tikus selalu berpesta.Taubat Nasuha tikus tak datang laie.Tak percayo? cubo

  10. says

    haha.lawak tengok iklan cheese tu Zik.. pandai betul depa buat iklan..
    Baru semalam saya beli penghalau lipas dan nyamuk..Antimos namanya,,ia diperbuat dari serai dan beberapa bahan yang mesra alam..saya dah tinggalkan sheltox..x baik untuk kesihatan..

  11. says

    Kalau bela kucing gebu, kacukan mmg la tikus tak kurang. Cuba bela kucing kampung, mesti licin punya tikus tu kecuali ada tikus kasturi, kucing bau pun dah menyampah…busuk…

    Thanks atas cadangan tu, nanti nk kena cari serai wangi la. Kalau kat kg mudah la nak dapat daun durian belanda, kat sini mana nak cari? pokok durian biasa pun susah nk jumpa..

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge