Sambungan dari part 1. Terima kasih diatas respon dari persoalan yang ditimbulkan tempoh hari, dari semua pembaca yang budiman.
“Tidak,” kata si ayah. “Apa kata kita pilih kejayaan. Apabila kita berjaya pasti kita akan dapat harta. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi.”
“Ayah, ibu. Saya cadangkan kita pilih kasih sayang,” kata si anak. “Biarlah kita hidup seperti hari ini. Hidup sederhana tetapi ianya penuh dengan kasih sayang. Saya gembira dan rasa amat bahagia bila ayah dan ibu saling berkasih sayang dan menyayangi saya…”
Kedua suami isteri itu tersentak dengan pandangan si anak yang begitu murni. “Baiklah, kita akan jemput kasih sayang masuk ke dalam rumah kita,” kata si ayah. “Tuan-tuan yang dihormati, kami membuat keputusan untuk menjemput pakcik kasih sayang sebagai tetamu. Kami memohon maaf kerana menolak tuan kejayaan dan kekayaan, kerana itu jua yang tuan-tuan minta.”
Maka tetamu kasih sayang pun masuklah ke dalam rumah mereka, namun diiringi oleh kedua-dua orang tua yang lain. Tuan rumah terkejut (kaget) melihat ketiga-tiga masuk ke rumah. “Eh, maafkan saya! Mengapa tuan-tuan semua masuk. Bukankah tadi kami hanya memilih kasih sayang?“
“Anakku, jika kau menjemput kasih sayang bererti kau juga menjemput kejayaan dan kekayaan. Sudah menjadi prinsip kami, kami akan pastikan ke mana sahaja kasih sayang pergi, kami akan mendampinginya.” Mendengar yang demikian, lelaki, isteri, dan anaknya tersenyum gembira. Alhamdulillah!
Pengajaran dan pembelajaran buat kita semua.
Contoh diatas mempunyai makna yang tersurat dan tersirat buat kita semua, dimana keluarga yang berkasih sayang mempunyai segala bermacam-macam kebaikan. Dengan kasih sayang, kejayaan dan kekayaan akan datang menyusul. Jika bukan kerana kekayaan harta, mereka akan meraih kekayaan jiwa atau lebih daripada itu mereka akan memperoleh kedua-duanya sekali – kaya harta, kaya jiwa!
Kepada pembaca blogger dan silent reader, tak mengapa pun salah ataupun betul, dalam membuat keputusan itu, yang penting ialah apa yang kita lakukan itu adalah menurut perbincangan daripada kita menolak kesemua itu, lagilah merugikan kita semua.
Ladfe Amir says
betullah tu…kasih sayang lbh baik sebenarnya.
Allah memberikan rasa kasih sayang juga kepada binatang.. smpkan haiwan yang paling ganas masih sayangkan anak. tetapi Allah tidak memberikan kejayaan dan kekayaan kepada haiwan.. menunjukkan kasihsayang sememangnya no1
suri says
ya tanpa kasih sayang mana akan dtg sifat belas kasihan huhu…
Anwar Osman says
Agaknya sebab anak aku baru 2 bulan lebih. Dia x boleh berkata-kata lagi. Kalau dak, pasti aku dah jemput Encik Kasih Sayang tu masa kat Part 1.
RedBoys says
haha. nice one. π
tengkorak emas says
ehehe…sebelum ni memang nak jawab kasih sayang dah..tapi tak sangka pula kekayaan dan kejayaan pun akan masuk sekali…
mari berkasih sayang sesama kita π elakkan permusuhan
Zik says
peace no war….
hafizmd says
sudahnya…kekayaan dan kejayaan tak bermakna langsung kalau takda kasih sayang….betul tak?
mana best, kalau kaya, tapi hidup dibenci dan dicemuh…
mana best, berjaya tahap gaban…tapi takda sesiapa disisi untuk berkongsi kejayaan…
cuba ada kasih sayang, walau tak berapa berjaya, tak berapa kaya…kasih sayang buat kita tenang dan gembira…bukankah itu lebih bahagia?
RedBoys says
wah. penerangan yg kompleks dr hafizmd. semua itu betul. takde lagi saya nak tambah.
naimulfirdaus says
menyebutkan tentang kasih sayang tidak semudah melakukannya.
di mana mahu dicari pada zaman sekarang anak-anak yang meletakkan kasih sayang ibu bapa sebagai yang utama selepas kasih Allah dan rasul-Nya?
yang ramainya mengasihi yang dipanggil kekasih..
:blush:
Zik says
kekasih dijadikan rujukan mereka… sekarang ini..
suri says
yes pilihan yg tepat tuh..kasih sayanglah ada segala2nya..
Zik says
semua terus masuk… dalam rumah tuh….
etomyam says
Alhamdulillah, pengajaran dan kisah yang sungguh berfaedah sekali
Zik says
amin ..
Faarihin says
wah.. cerita motivasi ni..
Zik says
lebih kurang macam tuhla… berbentuk kekeluargaan…
padin says
menarik.
ye, walaupun kadang2 kita terpaksa membuat pilihan yang sukar,
tapi jangan kita lupa juga sesekali ada perkara terbaik yang akan
datang tanpa kita duga..hee
Zik says
kalau term business dipanggil opportunity cost, kos melepas…
fitri says
dalam hidup berkeluarga kasih sayanglah yang penting..yang lain2 mcm kejayaan dan kekayaan akan ikut sekali kemudiannya nanti
Zik says
ia akan menyusul kemudian…
RedBoys says
aku memang dh agak kasih sayang yg akan di pilih. pandai si anak tu memilih ye. kasih sayang yg paling penting berbanding yg lain.
Hadi Rofiee says
Itulah kunci utamanya. :cheerful:
dnoBiz says
menarik Zik
memang betul apa yang ada dalam cerita ni, walaupun jika kasih sayang tu hanya sendirian kita tetap akan bahagia dengan kehadirannya
suri says
sebenarnya ketiga2 tak blh tak ada sb kita memerlukan juga dlm menjalani khdupan kita..
annur says
best!!! pnuh makna n pngajaran..