Belajar adalah satu proses untuk kita memahirkan diri dalam apa jua bidang yang dipelajari. Tak kira ia adalah teori ataupun praktikal. Namun teori dan praktikal adalah 2 perkara yang berbeza dari segi pelaksanaannya.
Teknik belajar dalam pembelajaran sepanjang hayat (life long learning) lain pula ceritanya Teknik dibawah ini sesuai untuk para pelajar, kolej, sehingga peringkat universiti ataupun apa-apa perkara untuk kita cepat ingat.
Menggunakan strategi 5 R.
1. Recopy [salin semula]
2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
4. Recheck [semak semula]
5. Reasonableness [jawapan yang logik/sebaliknya]
Manakala Strategi STUV.
1. s-sumarize [ringkaskan nota penting]
2. t-test your self [uji diri anda]
3. u-use [gunakan]
4. V-visualize [bayangkan selalu]
Kalau diikutkan ada macam-macam cara teknik belajar. Ini adalah ringkas dan hanyalah basic sahaja. Mungkin anda ada teknik lain yang lebih bagus. Boleh kongsikan diruangan komen dibawah. Yakin dan percaya, ramai yang sudah berjaya dalam pelajaran, anda harus kongsikan bersama-sama untuk manfaat bersama.
Teknik yang diatas mungkin sesuai mungkin tidak. Ia bergantung kepada subjek yang dipelajari. Kalau dalam pengiraan ia memerlukan latih tubi.
Soseh: Belajar kalau main games, fuhh bukan main semangat jer. (Aku ler tuh).
Sumber sabah.net.my
akubiomed says
Saya suka teknik MindMapping berkesan untuk orang macam saya iaitu VLK.
Zik says
bagus2..
zulkbo says
salam..
nampak menarik skill dan tekniknya
tu Zikr..sayang otak dah tak berapa
cair nak mikir nih..he he
Zik says
guna yang old school pun bole jer ..hehe
Jai says
Aku ni dah tepu otak, kalo kena study ibarat cam menempah maut..ha3.. Tapi sekolah dulu selalulah guna mindmapping.. Cara terbaik..
Zik says
yer betul tuh. sekarang nih dah lain fikirnya.. huhu
tehr says
aku dah tak ingat dulu2 aku guna teknik yang macam mana
mungkin aku belasah je apa cara…
ohcikgu says
guna teknik mind mapping antara cara paling mudah mengajar pelajar sekolah. hehe..
Zik says
cikgu mesti ada skill mengajar yang lain… cer kongsi2x..
shafizu ms says
ada satu teknik nak bagi cepat ingat senarai barang. Mulanya mustahil nak ingat senarai barang sampai lebih 30 item. Dalam masa 5 minit pulak tu. tapi dengan teknik ini, bukan kata seminit, dalam masa seminit pun kita boleh ingat.
Caranya, gambarkan item tu dan kaitkan dengan dengan item seterusnya dengan cara yang pelik/lucu. Lagi cantik buat macam cerita.
Saya dah cuba. menjadi jugak. tapi malas nak praktis. lama-lama lupa balik.Huhuhu….
Zik says
boleh jadi teknik macam ini… pernah dengar ..
amirulfaiz says
Ya, belajar di masa di sekolah, lebih kepada mengharungi peperiksaan. Belajar sepanjang hayat lebih kepada mengharungi hidup. Survival.
Zik says
survival.. menjadikan kita lebih kreatif…
muhammad fakhruddin says
Erm sejak belajar mengenai stakeholder, suka pula buat mindmapping sendiri 😉
Zik says
mantap bro…
Dulu Lain Sekarang Lain says
lain subjek rasanya lain approach nya…
time kawe belajar dulu, kalu subject yg technical mcm maths.. latihan dan cuba menjawab soalan-soalan contoh perlu kerap dilakukan.
Manakala bagi subjek2 BI dan BM, kawe cuba perbanyakkan bacaan bermutu terbitan DBP dsb. My 5 cents.
Zik says
yer betul tuh.. tak sama dia punya pendekatan…
Khidhir says
sekarang ni bukan games je jd cabaran. fb, twitter pun jd halangan
Zik says
yer betul tuh bro… zaman IT nih.. macam2 cobaan. betul.. hadui nyer pun..
Keratan Komik says
Teknik belajar adalah sesuatu formula yg boleh kita reka utk diri kita sendiri, cuma formula cara berkesan dlm pembelajaran itu adalah sesuatu yg amat sukar hendak semua orang ikut. Kalau jumpa formula yg boleh buat orang ramai mudah utk ikut, maka orang yg mencipta formula tersebut selayaknya dapat anugerah nobel.