Keputusan penuh liga super 14 April 2018. Kita ada 2 perlawanan juga seperti semalam. Melaka vs Terengganu dan Kedah vs Selangor. So hari ini ialah JDT vs PKNS dan Negeri Sembilan vs Kelantan. Keputusan perlawanan adalah seperti berikut.
JDT 3-0 PKNS
- Cabrera 14, 50 “
- Safawi Rashid 66″
ULASAN PERLAWANAN
Walaupun Shafiq rahim tidak diturunkan perlawanan malam tadi, JDT tetap gah di stadium Larkin. Gonzalo Cabrera menggegarkan jaring gol selaku tuan rumah seawal minit ke-14 melalui rembatan leret selepas berjaya menyusup melepasi benteng pertahanan PKNS FC dalam kotak penalti. Hasil dari hantaran silang oleh Nazmi faiz Mansur yang bijak mencari ruang kosong. Cabrera sekali lagi menjaringkan gol melalui sepakan percuma pada minit ke-50 dan pada minit ke-66, Cabrera membantu jaringan apabila rembatan lencong Safawi Rashid menerjah jaring gol PKNS FC. Seramai 8,310 penyokong hadir menyaksikan perlawanan ini. [Read more…] about Keputusan penuh liga super 14.4.2018