Kita sudah berada dipenghujung piala dunia Russia 2018. Menunjukkan pasukan yang mantap dan digeruni semua sudah kecundang. Inilah kejamnya dalam dunia bola sepak. Pasukan yang ada pemain bertaraf dunia pun tak boleh menang. Sebab ini berkaitan dengan teamwork, taktikal dan juga semangat juang yang tinggi diperlukan . Selain penyokong ke 12 sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bagi dari jauh nun disana.
Biasalah dalam kejohanan bertaraf dunia ini ada suka dan duka. Ada yang menang ada yang kalah. Ada yang gembira, ada yang duka. Raikan pasukan yang menang ini berpada-pada sudahla. Kepada team yang tidak berjaya jangan bersedih. Pasukan negara masing-masing sudah memberikan persembahan yang terbaik dalam kejohanan ulung setiap 4 tahun sekali.
Kita selaku pasukan harimau malaya ,sentiasa berharap pasukan kita akan meningkat naik, tetapi itulah nak lepas dalam kejohanan piala asia pun tak lepas. Bukan mudah untuk pasukan Malaysia pergi terbang lebih jauh. Pasukan Jiran seperti Thailand pun kita tengok memang sudah ke tahap yang lebih baik. Kita akui pasukan thailand liganya lebih bagus.
Menariknya Piala Dunia kali ini, 12 budak yang tersesat di gua Thailand itu akan diterbangkan ke Russia dijemput oleh badan FIFA yang mana mahu membawa mereka ini ke pentas final sebagai penonton, Untunglah kau dik.Aku nih sampai mereput pun belum tentu dapat kesana. Rezeki masing-masing bro. [Read more…] about Jadual perlawanan akhir piala dunia rtm 2018