Mari berzikir!

Salam semua. Diharap anda semua sihat hendaknya. Pada hari ini ingin membicarakan tentang zikir.

Ketenangan dengan berzikir

Zikir dalam kehidupan seharian.

Seperti yang kita tahu, zikir merupakan amalan kerohanian yang diperlukan kepada diri kita untuk menjadi insan selalu ingat kepada Allah. Sesungguhnya berzikir kepada Allah SWT merupakan sebaik-baik ibadat kerana Allah SWT menjadikan ibadah-ibadah yang lain mempunyai kadar dan had serta mempunyai waktu dan keadaan yang tertentu.

Tetapi berlainan dengan zikir, Allah SWT tidak menjadikan ibadah zikir itu terhad dan berwaktu bahkan menyuruh supaya memperbanyakkan amalan tersebut berdasarkan firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya” (Al-Ahzab : 41).

Ketahuilah bahawa sesungguhnya berzikir kepada Allah merupakan sebaik-baik ibadah, sebesar-besar ketaatan dan sebenar-benar tanda penghambaan diri kepada Pencipta bumi dan langit, sama ada berzikir secara senyap atau pun nyaring, sama ada secara berseorangan atau berkumpulan, sama ada di masjid atau pun di tempat yang lain, sama ada selepas solat atau pun pada waktu-waktu yang lain.

KELEBIHAN BERZIKIR [Read more...]