Ini sahajalah yang kitaorang rakyat marhein menunggu untuk budget kali ini.
Kerajaan hari ini mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2016 akan diteruskan dengan jumlahnya ditambah berbanding sebelum ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia bertujuan bagi merealisasikan harapan seperti yang dijanjikan dalam ikhtiar meringankan kos sara hidup rakyat.
Katanya, satu kategori baru diperkenalkan bagi semua penerima dalam senarai e-kasih yang berpendapatan bulanan yang dibawah RM1,000.
“Mereka akan menerima BR1M sebanyak RM1,050,” katanya.
Beliau berkata lagi, bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M akan ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000. [Read more…] about Brim naik woo bajet 2016