Berminat untuk menyambung pengajian di Politeknik?
Politeknik ini diantara IPTA yang lebih menjurus kepada kemahiran. Ianya menjadi pilihan kedua selepas UPU. Jaranglah yang lepasan Poli ini tak dapat kerja. Memanglah sekarang persaingan kerja agak tough berbanding zaman dahulu (amboi ayat macam purba kala lah).
Sila berkunjung ke Booth Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti di Karnival Pendidikan Negara 2018 untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan pendidikan di Politeknik. Untuk lepasan SPM 2017 , terus mohon online disini. (sesi jun 2018).
- Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian Permohonan Dalam Talian e-Borang ini pada waktu yang lain (luar pejabat) lepas pukul 5-12 malam keatas ). jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada server pangkalan (server sibuk).
- Sila gunakan nombor Unik ID yang sama untuk membuat pindaan kepada permohonan yang telah dihantar.
- Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.Jadinya isi borang dengan lengkap dan pastikan semak terlebih dahulu sebelum submit borang itu, (tekan send bila dah confirm betul-betul). [Read more…] about Borang permohonan politeknik online 2018/19