Sukan sebagai kerjaya di negara kita Malaysia

sukan sebagai kerjaya, sports as a career, sukan sumber pendapatan negara

Sementara menunggu sukan bola sepak yang bakal meletup bulan depan, febuari nanti. dan bulan enam (EURO 2012). Macam-macam bro ada, kempen kelayakkan sukan asia dan dalam mempertahankan piala AFF 2012 hujung tahun nanti. Baik kita bercerita mengenai satu topik yang sering bermain di fikiran aku ini.

Sukan sebagai kerjaya??Apa??

Rata-ratanya sebagai ibubapa atau warga pendidik (akademik) lebih mementingkan golongan yang dikatakan pelajar ini lebih cenderung kepada akademik semata-mata. Namun, ada juga yang menyarankan sukan dan akademik harus seimbang. Tetapi lebih menggangap sukan tiada masa hadapan yang cerah.

Kebanyakkan di negara asia memang menjadikan akademik sebagai no1 sebagai kerjaya hidup. Sukan mungkin diletakkan no 3, 4 atau pilihan terakhir. Tetapi apa yang ingin diutarakan ialah kepada mereka yang mempunyai potensi yang besar dalam sesuatu sukan itu harus diambil berat.

Bidang sukan boleh dijadikan sebagai salah satu karier buat belia dengan penglibatan mereka secara aktif sebagai atlet ataupun sebagai pentadbir dibahagian pengurusan. Sukan mampu memberikan pendapatan yang lumayan setimpal dengan tahap pencapaian mereka. Sebagai contoh, pemain bola sepak diperingkat antarabangsa, bahkan di peringkat negeri pun sudah cukup lumayan bro! Sebenarnya mampu menjana pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit, tetapi ia bergantung kepada tahap kemampuan mereka dalam sesuatu perlawanan. Ini kerana, kemenangan yang diperolehi mampu memberikan kesan yang besar terhadap sukan dan juga pasukan yang diwakili. Di Malaysia, prospek kerjaya sukan masih dipandang remeh kerana sumber pendapatan yang rendah berbanding di negara luar.

Malah terdapat sesetengah cabang sukan yang memerlukan atlet mendapatkan sendiri tajaan bagi membolehkan mereka terus maju. Walaubagaimanapun, bantuan yang diberikan oleh kerajaan pada masakini seperti penghargaan dalam bentuk wang tunai selepas menjuarai kejohanan di peringkat antarabangsa sedikit sebanyak membantu merangsang kesungguhan atlet. Dari sudut pentadbiran dan pengurusan, kemampuan mengurus sesebuah pasukan dilihat mampu memberikan lebih banyak tajaan dan sokongan kewangan.

Perlu ada sokongan Kerajaan, Persatuan, Sekolah dan Ibu Bapa

Pihak-pihak berwajib seharusnya memberikan sokongan dan galakan kepada bidang sukan supaya ia boleh berkembang dan seterusnya menaikkan nama negara. Sokongan dari pihak kerajaan amat penting kerana bidang sukan sedikit sebanyak dapat melonjakkan nama negara. Sokongan dari segi penggubalan dasar, bantuan kewangan dan insentif, serta pengembangan teknologi baru amat penting bagi mencetuskan minat terhadap bidang sukan sebagai karier. Bagi aku, kerajaan perlu merangka satu mekanisma bagi memberi jaminan kepada atlet selepas persaraan dan sekiranya berlaku kecederaan dipertengahan karier mereka. Jaminan tersebut amat penting sebagai salah satu janji yang menjaga kepentingan dan kebajikan atlet. Persatuan perlu memainkan peranan yang besar bukan sahaja pada peringkat negeri, malahan di peringkat antarabangsa.

Remaja yang meminati bidang sukan sering disekat dengan halangan akademik. Sebagai contoh, pendidikan jasmani yang dijalankan di sekolah rendah dan sekolah menengah dianak-tirikan apabila tiada kemudahan padang dan peralatan sukan. Sepatutnya, minat dalam bidang sukan ini perlu diterapkan semenjak di bangku sekolah lagi. Pihak sekolah perlu memberi sokongan dan galakan kepada pelajar-pelajar untuk terus bergiat aktif dalam bidang sukan. Sebagai cadangan, pihak sekolah boleh melakukan perbincangan bersama Kementerian Belia dan Sukan dan juga persatuan-persatuan yang berkaitan terhadap halatuju dan peluang yang boleh diberikan kepada murid-murid mereka yang cenderung dalam bidang tersebut.

Di samping itu, ibubapa memainkan peranan dalam menyokong minat anak-anak mereka terhadap bidang ini. Persepsi yang negatif terhadap sukan juga dilihat antara sebab ibubapa tidak membenarkan anak-anak mereka terlibat dengan sukan. Mereka menganggap bahawa sukan merupakan aktiviti yang membuang masa dan tidak menjamin masa depan. Ini mungkin disebabkan prestasi sukan yang kian perlahan di Malaysia. Oleh itu, sebagai belia yang gemarkan bidang sukan, keyakinan dan kesungguhan terhadap sukan yang diminati boleh membantu mereka untuk terus maju.

Dana yang cukup untuk menyertai dalam sesuatu kejohanan.

Sesuatu sukan memerlukan dana untuk menyertai sesut=atu kejohanan. Yerla untuk, nak terbang negara lain, sana-sini. Makan minum dan penginapan dalam beberapa hari. Sumber kewangan digunakan untuk tujuan latihan dan pengembangan sukan itu sendiri. Contohnya, wang yang besar diperlukan bagi menampung kos latihan atlet dan pengembangan teknik-teknik sukan melalui latihan di luar negara. Terdapat cadangan dan saranan supaya pelabur-pelabur di dalam negeri diwajibkan memberi dana pada sesetengah sukan. Sebagai sumbangan daripada perkara tersebut, pelabur boleh dikecualikan cukai serta diberikan publisiti bagi membantu penjanaan semula kewangan.

Siapa yang telah berjaya dalam bidang sukan.

Memang tak ramai, kalau dihitung dengan jari memang boleh. Tetapi ia membanggakan kerana bila sebut jer nama diaorang nih, satu dunia dah kenal. Kita tengok datuk lee chong wei juara nombor 1 dunia badminton , bila menang dalam satu kejohanan dalam USD tuh. Datuk nicol ann david, juara skuasy dunia beb!! Bola sepak pun apa kurangnya, Safee sali kita tengok pendapatan dia pun lebih kurang 20 ribu lebih dalam sebulan (di kelab pelita jaya).

Aku, mungkin dah terlambat untuk menjadi atlet. Jadi pengulas sukan bola amatur pun jadilah. Haha.Itu pun sebagai satu kerjaya dalam bidang sukan. Tak semestinya perlu jadi atlet, jadi jurulatih, atau manager ala-ala tony fernandes pun ok gak. Nanti aku mahu beli, chelsea ker, takpun Liverpool. Hua hua.

Akan datang , faktor prestasi sukan menurun.

Kategori/Sitemap

Bidadvertiser

Comments

  1. naoratyha says

    im student in sport mngement and i proud! to people look down about sport myb u should think again.bcoz sport is 1 of industry workers..

  2. says

    saya sokong penuh.. cuma klu di malaysia ni ada sukan sukan tertentu ja yg boleh betul2 berjaya.. tetapi klu di negara luar, nampak macam semua sukan pon berpotensi..

  3. says

    Jadi atlit ni kalau berjaya keperingkat dunia, boleh la cari makan sampai tu. Tapi kalau pencapaian sedang-sedang je, paling tinggi pun cuma dapat bukak bisnes dalam bidang sukan yang diceburi. itu pun kalau selalu beringat semasa muda dan menyimpan untuk masa depan. Kalau di luar negara, sukan memang boleh buat duit dan dijadikan kerjaya tetap
    Norasikin recently posted..Resepi Sup Cendawan TiramMy Profile

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge