Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Buat pengguna jalanraya di kuala lumpur dan sewaktu dengannya. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, lebuhraya terowong smart (smart tunnel) akan ditutup kepada lalulintas mulai 11 malam hari ini 26 oktober 2010. sehingga pukul 6 pagi hari rabu 27 oktober. Tempoh ditutup adalah 7 jam.
Sebab apa tutup nie? Empangan pecah ke??
Sabar-sabar semua, tak perlu dibimbangkan. Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan hari ini berkata penutupan itu bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya berkenaan.
Dan sekiranya ada apa-apa yang boleh dibantu untuk pertanyaan, boleh menghubungi talian bebas tol Smart 1-300-88-7188. Sekian harap maklum.
Sumber kosmo.
Eizil says
Adat aa tuh sekali sekala kena tutup untuk selenggara, kalau kena tutup untuk fungsi lain smart tunnel ni pun apa salahnya kan. 😀
Zik says
hurm betul tuh…
fiezaradzi says
okla kan.. tutup utk selenggara.. kang de masalah lain, susah pulak.. tgk dlm majalah 3 pasal smart tunnel ni baru2 ni.. kagum juger..
cascd says
Kalo tak silap, jun lepas ada the making of smart tunnel tu kat national geographic channel.. Mnakjubkan engineer dia.. 😀
Zik says
hurm…ada tengok jugak… pastu bulan lepas kalau tak silap… ada masuk majalah 3.. tapi tak details macam NG… dari A sampai Z..huhu
Sarimin says
blogwalking, singgahlah blog Sca Ndx
Zik says
baik mas… minta maaf internetnya sangat slow…
SMART Tunnel representative says
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama saudara dalam berkongsi info tentang penutupan sementara Terowong SMART pada 26 Oktober jam 11.00 malam hingga 27 Oktober jam 6.00 pagi. Saya mewakili pihak pengurusan SMART sangat menghargai jasa saudara dalam menghebahkan tentang penutupan sementara ini kepada pelawat-pelawat blog saudara.
Sekian terima kasih.
Wakil Terowong SMART
Zik says
Terima kasih kembali… 🙂
Amirez says
hari tu tengok dokumentari smart tunner dlm national geog TV1. panjang rupanya, ingatkan pendek je hehe
Zik says
no2 terpanjang di asia.. kalau tak silap…
donny says
7 jam tu kira lama..kenalah ambil jalan alternatif nampaknya
Zik says
banyak jalan alternatif…
etomyam says
nasib baik aku bukan pengguna tetap terowong tu 😀
Zik says
owh yeker… takpe…
mrnamie says
Jarang guna smart tunnel tu..lagipun duduk melaka..sekali sekala je turun KL.. hehe
Zik says
hehe…. yela orang melaka..melaka maju 2010!!
puteri says
bagus ke terowong ni?eh, dulu macam penah ada kes je?er.. penah tutup gak gak sblum ni kan?
ke trowong yg len?ho.ho
cascd says
So far, belum ada berita ttg kmalangan dlam trowong tu. Tp ada gak kes2 kecil. Yang pasti tunnel tu mmg canggih. Tngok kat National Geographic. :w00t:
zikri says
tutup untuk bersihkan bila dia salurkan air hujan… standard ar tu…. takkan nak biar kotor je kan???
Zik says
betul tuh bro…
fendidahada says
haha..saya naik moto ja…xguna smart tunnel..keke..lama jugak tak turun kl..xtau nk tutup la smart tunnel tu
Zik says
tutup kejap jer… maintenance katanya..hehe
Mohd Hafiz says
alang2 singgah…
zik… kenape kt tempat sy xde terowong???
haiz….
Zik says
terowong…tak siap lagi..kot…ah ha..
yoy says
aku tak pernah gune pun tunnel ni..
Zik says
owh yeker….aku jadi penumpang jela… lalu terowong nie…hehe
zezebel says
jangan tutup lama-lama yer. Saya nak try lalu di laluan SMART ni nanti. Hehehehe….
Zik says
dah bukak dah pun…hehe
ishak says
terowong tu menakutkan..huhu
Zik says
kenapa.. ada hantuew ker?? hee
Hadi Rofiee says
Selama terowong Smart siap sehinggalah sekarang, saya baru melaluinya sekali. :whistle: