Dah lama slot zehra yang bersiri dah takda kan?? Jadinya nak diceritakam
Slot Zehra yang bersiaran setiap jumaat jam 9 malam di Tv3 akan membawakan sebuah drama terbaru yang berjudul Cinta Illahi. Jalan cerita yang menarik, berunsurkan kerohanian.
Senarai pelakon utama Cinta Illahi..
Drama ini dilakonkan oleh Johan As’ari sebgai hud pelakon utama , Diana Amir (maryam) Shakila Khoriri (syakira), Nazrief Nazri dan Ramona Zam Zam (zara). Shamsul ghau-ghau (ustaz hashim). Dian p. Ramlee (mak hud) Dan lain lain lagi pelakon otai.
Aku nak bagitahu nih, memang sejak penampilan bertudung nih, erm diana amir memang tak banyak dapat tawaran berlakon. Dia lebih kepada watak islamik gitu. So, Drama Cinta Ilahi membawakan kisah percintaan dan keikhlasan dalam mengenal erti cinta sebenar yang kekal abadi. Apapun jom layan Sinopsis Drama Cinta Illahi bro dekat bawah nih. Secara ringkas dan padat gitu. Haha.
Sinopsis Cinta Ilahi
Genre kelakar pun ada, islamik tuh paling utama. Cinta kadangkala mampu mengubah seseorang. Itulah yang terjadi kepada Hud (Johan As’ari) seorang pemuda pada mulanya yang sering lalai dengan duniawi dan berpeleseran yang akhirnya terbuka hati saat bertemu Maryam (Diana Amir) seorang guru mengaji yang baru kembali ke kampung halamannya dah habis belajar katanya huhu. Hati Hud yang pada mulanya hanya cuba mendapatkan perhatian Maryam dengan mendekatkan diri dengan ajaran islam ternyata menemui kemanisan iman dalam epilog pertemuan mereka. Hud mula berguru dengan ayah Maryam, Ustaz Hashim (shamsul ghau2) yang sering memberikannya nasihat tunjuk ajar dalam mendalami ilmu Islam. Dia tanpa disedari pada asalnya nak tengok awek (maryam) dalam surau tuh masa permulaan pernah tolong bayarkan hud beli barang apa ntah. So, bila dia nak confirmkan, kantoi pulak dengan ustaz hashim tuh. Dia bagi alasan nak sembahyang tahajud. Apa kejadahnya sembahyang tahajud siang hari huddd??
Hud yang pada asalnya berwatak sebagai pemuda nakal dan liar sememangnya sukar diterima orang kampung yang mengenali sikapnya. Malah sifat malas, boros dan tidak serius pernah menyebabkan dia hampir dibuang kerja tetapi kehadiran keluarga Ustaz Hashim banyak membuka mata Hud agar menjadi insan yang berguna. Hari demi hari hubungannya bersama Maryam semakin bersemi. Namun disaat Hud mula mencintai Maryam, di saat itu jugalah start bermulalah ujian dan dugaan dengan pelbagai cabaran dari Allah menguji hambanya yang selalu alpa.
Pada masa yang sama, Zara (Ramona Zam Zam) sudah lama menaruh perasaan terhadap Hud mula terasa tercabar. Perubahan Hud yang drastik memang sukar diterimanya apatah lagi sebelum ini mereka berkawan rapat.
Kesan dari itu, zara nekad untuk memporak-perandakan hubungan mereka. Baginya jika dia gagal mendapatkan Hud biarlah Maryam juga berputih mata.
Hud diuji.
Ketika itu juga hati Hud punah dikejutkan dengan hakikat Maryam sudah bertunang dan bakal berkahwin dengan Basri (Beego) yang baru saja pulang dari Jordan. Ustaz Hashim pula beriya ingin memadankan Hud dengan anak bongsunya Shakira (Shakila Khoriri).
Persoalannya??
Mampukah Hud mengubat hatinya yang kecewa tuh??? Kesan dari itu, adakah Hud akan berubah semula ke perangai lamanya? Biar betik Hud nih betul-betul ikhlas mendalami ajaran agama atau semata-mata kerana cinta? Kalau nak tahu kenalah tengok drama ini nanti yer.
Apepun, episod pertama bermula dengan baik sekali. Hud yang masih perangai liar. Tapi dia tidak mengabaikan ibunya. Patuh dan taat, cuma dia malas dan tidak mahu berdikari. Boros, tak pandai nak uruskan kewangan. Hala tuju masih kabur.
Banyak habiskan masa bersama kawan-kawan. Main gitar, grung grang sana sini. Manakala sikap hud yang panas baran masih lagi ada dalam episod ini.
Zara pula sebenarnya syok kat hud. Tapi hud pulak buta. Tak pasti dia suka kat sapa sebenarnya. Dia suka perempuan cantik lah. Zara nih lebih kepada watak wanita yang agak kasar, bukan gadis-gadis ala-ala makeup. Rock gitu leyh.
Bermulanya titik tolak yang hud akan berubah kearah kebaikan apabila dia termasuk ke surau mahu usya maryam pada asalnya.Selepas itu dia mula berguru dengan ustaz hashim.. Bersambung…
Bersambung….
Primcess Lala says
serius best cerita nieyhhh !!! adoi mak aiii ! !_!
Zik says
Memang best gila