Kisah cinta Nisa dan Mr Grey memang penuh cabaran! berliku-liku kalah lingkaran nyamuk. haha. Menggantikan drama takda cinta seperti mu.
Kisah drama kali ini merupakan adaptasi novel yang dikarang oleh Syamnuriezmil, dan ianya Mengisahkan Mr.Grey dan Nisa Ardina yang mengambil keputusan bernikah, tetapi melukakan hati dua insan, iaitu Datin Musalma dan Ilham Arsyad yang sudah sekian lama menyayangi Nisa. Ketika Nisa mengecapi kebahagiaan, Grey meninggalkan isterinya untuk kembali kepada ibunya yang sedari awal tidak sukakan Nisa. Mungkinkah perpisahan ini membawa Ilham kembali kepada Nisa atau mungkin Grey menyedari kesilapannya dan kembali menuntut tempatnya dalam hati Nisa?
Permulaan cerita, saya akui memang teruja dengan olahan santai penulis dan plot yang pantas bergerak. namun, lama kelamaan terasa semakin hambar dengan dialog yang berulang2 dan pickup line yang lebih kurang je.. start jadi bosan masa Mr Grey dan Nisa nak bertunang tu.. sampai lah konflik perebutan syarikat tu datang balik.
Komen pembaca mengenai novel ini :
1. Tema novel ini adalah kelabu. So semuanya berasaskan kelabu. Tetapi pabila terlalu banyak penggunaan kelabu di situ, akhirnya ada dua kemungkinan; pembaca suka atau pembaca bosan. Dan ditakdirkan Yuni tergolong dalam kumpulan kedua.
2. Prolog yang menarik. Membuatkan Yuni tertarik untuk meneruskan pembacaan walaupun permulaannya terganggu dengan cover.
3. Penggunaan bahasa. Ayat kedua chapter pertama; “Bagai nak mampus hari-hari aku menunggu….” Bagi Yuni, ini adalah bahasa yang agar kasar untuk digunakan. Kosa kata penulis limited sangat ke? Perlu ke pilih perkataan yang hiperbola seperti itu? Okay, untuk orang lain mungkin ini isu remeh, tetapi bayangkan kalau yang membaca adalah pelajar sekolah dan mereka menggunakan bahasa seperti ini dalam menjawab exam, adakah kalian still kata itu isu remeh?
Bila mula sekali dah buatkan Yuni geram, I don’t think I can give good review for this novel. Sorry, puan penulis. You are the one who make me like this!
4. Instead of choosing ‘Mr Grey’ as the title, why not put “My Kedah’s Mr Grey”? Iye, Yuni faham majoriti watak dalam novel ini berasal dari Kedah. So loghat Kedah memanglah akan muncul. Sesuai dengan watak2 nya. Tetapi tak semua pembaca adalah dari Kedah. I’m not from Kedah. So adalah lebih baik sekiranya buat nota kaki or terangkan sedikit2 maksud kata2 yang disebut dalam novel ini. Kalau tak nak bazirkan muka surat untuk buat nota kaki, janganlah ‘Kedah’kan Mr Grey! Nasib baik Yuni masih berasal dari Malaysia. Itu pun ada yang certain words, tak faham. Habis tu, apa nasib orang Singapura or Brunei or even Indonesia? Penerbit begitu bangga bila ada pembaca dari luar Malaysia baca, tetapi kalian ‘hidangkan’ something yang boleh ‘putuska selera’ pembaca luar Malaysia. Adil ke begitu? Why not put some note kat cover tu; ‘Novel ini menggunakan loghat Kedah yang overdose. Membaca adalah pilihan pembaca’. Takdelah Yuni rasa seperti tertipu di sini.
5. Kindly inform me if I’m wrong tetapi ada ke company yang berani mengambil risiko apabila PA kepada PA handle urusan CEO? Apa guna secretary kepada CEO walaupun PA cuti 2 minggu? Secretary lagi lama bekerja. Logik ke pekerja tak sampai dua minggu dah di bawa outstation atas urusan kerja sedangkan skop tugasan adalah PA kepada PA? Logik ke tak sampai dua minggu kerja, sudah diberikan bond untuk sambung belajar? Logik ke baru sehari kerja sudah diberi handphone atas alasan company punya principal activity berkaitan telekomunikasi? I don’t care she passes her STPM with flying colour, but fresh graduate don’t have such experience. Be realistic even if you write such fantastic story, dear author! Even Ana pun still ada pengalaman bekerja sebelum bekerja di SIP. So di sini, Mr Christian Grey lebih realistic berbanding Kedah’s Mr Grey.
Overall, Yuni berasa kecewa sangat. Yuni baru keluar gua selepas hibernate tak membaca dalam dua bulan. Keluar2 je tersalah pilih bahan bacaan. Bukan buatkan Yuni seronok. Makin geram tu adalah.
Ku rasa dlm banyak2 watak novel ni, opkoslah watak Mr. Grey jadi kegilaan. Maaflah Noah Ryzal, ranking awak jatuh no.2 dlm hati saya. Hehehe… Suka karakter dia yang tegas, sengal gak kadang2 (nak2 part mandikan John dgn softlan), penyayang ofcos, tahu setiap apa yang dia buat, mmg sejenis yang kerja kuat-tak terbayang dia handle kerja2 dia & kerenah Nisa yang sengal2 ubi gak tu. Sangat penyabar. Owh, ade lagi ke laki mcm ni wujud kat dunia. Kalau ada, harap berjodoh. Hahaha
Suka gak dekat Nisa Ardina. Kalau tak masuk kategori kental bukan heroin kak syamlah jawabnya. Ketegaq & kuat semangat. Part yang Mr. Grey hilang sekejap tu mmg mencabar kesabaran sikit ku baca. Sedih pun ada. Nasib Nisa ramai yang jaga. Dan tak termakan dgn mana2 hasutan org. Giler ah nak jadi isteri Mr. Grey ni bukan calang. Banyak benda Nisa kena lalui. Salute kat Nisa.
Overall, puas hati baca tebal2 cenggini. Banyak ilmu & pengajaran. Kali ni ku perasan 1 benda, kak syam tak letak quote dekat ending ler. Biasalah tiap2 novel ada. Tapi ayat kat depan quote kat depan novel tu I like: ‘ Setia itu mahal yang tak mampu di pertahankan oleh orang murahan.’ Daebak kak syam! Goodluck utk novel seterusnya
Senarai pelakon :
Pelakon:
- Fendy Bakry sebagai Mr.Grey.
- Eyra Hazali sebagai Nisa Ardina.
- Shah Iskandar sebagai Ilham Arsyad.
- Lisdawati sebagai Datin Musalma.
- Gambit Saifullah sebagai Mr Red.
- Scha Elinnea sebagai Nurul Jannah.
- Fauziah Ahmad Daud sebagai Mak Yah
- Mardiana Alwi sebagai Kak Ain.
Paling terkejut pasal MIRA & Tok Grey. Then pengorbanan Grey dalam ni banyak. Dapat bini plak cerdik mcm Nisa memg ngammmmm! Dorang punye persepakatan tu kadang lucu btol lahaiii.. Otak geliga!
Mr.Red boleh pergi mereput dengan si Nazri tiada guna sama hantuk kepala dengan Muhaimin tu..
Tak lupa juga abg Ilham.. sobss.. sobss….
Ku rasa dlm banyak2 watak novel ni, opkoslah watak Mr. Grey jadi kegilaan. Maaflah Noah Ryzal, ranking awak jatuh no.2 dlm hati saya. Hehehe… Suka karakter dia yang tegas, sengal gak kadang2 (nak2 part mandikan John dgn softlan), penyayang ofcos, tahu setiap apa yang dia buat, mmg sejenis yang kerja kuat-tak terbayang dia handle kerja2 dia & kerenah Nisa yang sengal2 ubi gak tu. Sangat penyabar. Owh, ade lagi ke laki mcm ni wujud kat dunia. Kalau ada, harap berjodoh. Hahaha
Suka gak dekat Nisa Ardina. Kalau tak masuk kategori kental bukan heroin kak syamlah jawabnya. Ketegaq & kuat semangat. Part yang Mr. Grey hilang sekejap tu mmg mencabar kesabaran sikit ku baca. Sedih pun ada. Nasib Nisa ramai yang jaga. Dan tak termakan dgn mana2 hasutan org. Giler ah nak jadi isteri Mr. Grey ni bukan calang. Banyak benda Nisa kena lalui. Salute kat Nisa.
Overall, puas hati baca tebal2 cenggini. Banyak ilmu & pengajaran. Kali ni ku perasan 1 benda, kak syam tak letak quote dekat ending ler. Biasalah tiap2 novel ada. Tapi ayat kat depan quote kat depan novel tu I like: ‘ Setia itu mahal yang tak mampu di pertahankan oleh orang murahan.’ Daebak kak syam! Goodluck utk novel seterusnya.
Sinopsis dari novel :
Setia itu mahal yang tak mampu dipertahankan oleh orang murahan.
“Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim…”
“Saya…”
“Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai…”
“Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.”
Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi.
“Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko.” – NISA
“Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan.” – MR. GREY
Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.
Saat diulit bahagia…
Mr. Grey membuat pilihan untuk menghilangkan diri. Dia memutuskan untuk kembali kepada Datin Musalma.
“Abang nak minta maaf. It’s not you, it’s me.” – MR. GREY
Apakah pilihan Nisa? Membuat keputusan untuk terus setia kepada Mr. Grey yang tegar meninggalkannya? Atau membuat keputusan untuk memilih Ilham Arsyad?
“Nisa maafkan abang tak sebab mencintai Nisa dan tak boleh lupakan Nisa?” – ILHAM
“Buat apalah nak maafkan abang. Bak kata abang, Nisa tak ada hak untuk halang abang sukakan Nisa.” – NISA
Ya, hidup itu memang kelabu. Tapi, kita selalu ada pilihan…

