Di zaman era millenium, sekarang kita sudah boleh mengetahui waktu, tanpa melihat matahari, walaupun didalam rumah, keretapi, hari yang gelap kerana hujan, mahupun sudah lewat malam kerana satu alat dinamakan jam telah dicipta. Namun, adakah anda tahu siapakah yang mencipta jam ini?
Jam ini sudah lama ada ketika zaman batu lagi, mereka hanya bersandarkan kepada Matahari, meletakkan kayu pengukur di tengah padang atau tempat yang lapang atau menggunakan gerak intiusi (huh, bukan senang tuh!).
Siapa orangnya?
Jam dicipta pada tahun 1504. Peter Henlein membangunkan jam mudah alih (jam yang boleh bergerak). Manakala ia mudah digunakan, untuk si pemakai mengetahui keberkesanan keupayaan jam untuk mengetahui masa yang tepat.
Patek Philippe mengkreditkan dengan ciptaan pertama seutas jam tangan pada lewat abad ke-19. Dia mereka seutas jam tangan hasil dari idea memerhatikan satu aksesori yang wanita selalu guna macam rantai, ditangan. Louie Cartier kemudiannya mencipta seutas jam tangan untuk kaum lelaki dalam awal abad ke-20.
Tujuan asal untuk bantu pemandu juruterbang.
Pad asalnya dia mereka jam ini membantu juruterbang-juruterbang yang tidak boleh nak budget masa dalam ketika penerbangan, terpaksa meraba-raba mencari seutas jam ketika sedang terbang dalam sebuah pesawat. Sama juga, ketika perang dunia pertama (WWI) meminta satu kaedah masa untuk mengukur masa ketika dalam pertempuran.
Ciri-ciri.
Menjadi bahagian budaya aliran utama, jam tangan menjadi agak mudah untuk digunakan. Jam tangan automatik, direka cipta oleh Abraham-Louis Perrelet pada tahun 1770 dan disempurnakan pada tahun 1923 oleh John Harwood, memastikan yang jam itu mempunyai masa yang tepat tanpa si pemakai perlu untuk mengunci jam itu, untuk mengekalkan masa jam itu berjalan seperti biasa. Namun, hari ini, jam-jam sudah ada bateri yang boleh bertahan dalam jangka yang lama, jadinya mekanisme automatik sudah ada didalam jam itu.
Saiz jam ketika itu.
Jam-jam pertama saiz ukurannya lebih kurang 4-5 inci lebar dan kira-kira 3 inci tebal. Berbeza dengan sekarang ini, macam-macam jenis dan bentuk ada. Yang kecil dari 3 inci pun ada. Jam dari handphone sudah ada.
Jam sekarang ini sudah advance.
Hari ini pengguna-pengguna jam bukan sahaja boleh menggayakan jam itu sebagai jam sahaja, malah dijadikan satu fesyen dan trend masa kini. Pelbagai brand yang mahal-mahal ada. Malah sekarang ini, macam-macam fungsi, ada yang kalis air, dan menggunakan kuasa tenaga matahari sebagai bateri.
Sumber ehow.com
muhammad fakhruddin says
Beratus tahun sebelum Peter Henlein, Al-Jazari telah mencipta jam dikuasakan air. http://www.muslimheritage.com/topics/default.cfm?articleID=188
hafizmd says
terbaik…ilmuan islam yg mengasaskan sesuatu 😀
Amirez says
jam berasaskan air kalau nak dikirakan lagi hebat drp jam yg ada sekarang ni. harapnya dpt dibangunkan semula 🙂
Syafiq Salim says
kalau bukan kerana Peter Henlein, xdenyer aku nak pakai aksesori dipanggil jam tiap2 masa… haha 😀
Zik says
sekarang nie dah canggih hand-phone pun ada jam… hehe
tengkorak emas says
takde jam di tangan, rasa kehilangan sesuatu 😀
Zik says
pengguna jam betul nih… aku dah stop pakai jam..sebab selalu sangat tertinggal di masjid…..
pawaka19 says
tanpa jam..tak bangunla teman nak pi koje..takde sape nak kejut da.
Zik says
erk.. tup2.. dah tegak matahari..
BroZooL says
Harap ada orang pencipta mesin masa pulak, boleh cari pencipta jam tu semula dan boleh tengok macam-macam lagi..=)
zik says
kalau la boleh buat… fuhh
suri says
saya suka jam kecil sebesar 5 sen..dulu ada jam tu citizen tpi dah hilang huu…skrg naj cari jam jenis 5 sen sush nk jumpa
zik says
keciknya jam 5 sen…
zulkbo says
salam Zikr..
jenama Patek Philippe
tu jangan buat memain
seutas cecah puluhan ribu
🙂
Zik says
erkk.. beli jam biasa jerla.. mahal2.. takut kena potong tangan… hehe..
nasslimdiet2 says
betapa pentingnya fungsi jam. kalau tak da jam susah nak buat keje. tak tau tren dah sampai ke, punch card dah merah ke, dah tiba waktu balik ke.
Zik says
huru hara.. kalau macam nie.. ish2..
Sabahan Bloggers Club says
Ruginya pencipta jam ni kan sebab dia tak paten kan hasil kerjanya. 😉
Zik says
biasalah zaman dulu .. dia tak berapa rasa penting nak paten2 nih…
Mrs.Ayie says
Keluar rumah tanpa jam tangan, rasa tak lengkap.
Zik says
dah malas nak pakai jam sekarang.. handphone jadi penganti…
Razlan says
Jarang pakai jam,selalu tengok enset jeww
Zik says
senang handset nih… 5 dalam 1….
Miss Tira says
Masa itu emas. Jam hanya sebagai alat untuk menunjukkan masa. Selebihnya kita yang menentukan samada ingin menghargai masa atau pun tidak..
Zik says
masa sekarang umpama pedang pun ok jugak… masa lebih mahal lebih dari emas dah….
Ali ridha says
kisah pasal jam tangan la.bagaimana pula
jam pasir.orang kalau berduit mula la
nak beli barang yang mahal.
Zik says
yang tak berduit.. tunggu harga tuh jatuh…
Hadi Rofiee says
Seperti saya tahu gambar jam itu terletak di mana. 🙂
Benar, saya ada beberapa orang rakan yang sangat meminati jam-jam yang berjenama. Bahkan ada yang menjadikan jam berjenama sebagai hantaran perkahwinan. Mungkin itu minat masing-masing. Lain orang lain pula citarasanya. Buat masa sekarang, saya lebih selesa tidak berjam tangan. 😉
Zik says
hantaran pun ada ya.. memang ada sekarang nie..
esempoi says
aku jam ada.. tapi jarang pakai
jam hantaran lak tu
Zik says
hehe.. jam hantaran tuh,,,
bEe says
Sprt sedang ku baca buku cerita sejarah bab 3 halaman 20. hiihihiiihi 🙂
Nice info…
Zik says
hehe…. biasalah lama tak cerita pasal sejarah asal usul diciptakan sesuatu barang…
Fazreen says
Aku suka baca post2 yang mcm ni..automatik tangan aku akan rajin nak komen.. 🙂
Zik says
terima kasih sudi singgah dan komen bro…..
tehr says
sejak ada hp ni
aku tak pakai jam tangan lagi
hehe
Zik says
samalah.. aku memang dah tak pakai jam tangan lagi dah…
titan says
aku dah tak pakai jam dahh. asyik hilang aje..
Zik says
aku tertinggal dekat mesjid… tapi memang dah salah aku pun… huhu
shamizu says
Gitu yer Zik. Ini aku asyik pakai jer. Kenalah jugak tahukan siapa penciptanya.
Yang paling femes, jam omegalah sekarang.
Kenapa ya,
Zik says
erm tak tahula…sebab branded lah kot…
afzal laidin says
terima kasih atas posting ni. First time baca pasal penciptaan jam.
Zik says
akan datang ada lagi , mungkin asal usul kipas kot?? huhu
nizam says
jam tangan melambak-lambak sekarang…
rasanya sebab ramai yang dah tengok hp…
Zik says
tak terjual pun ada… huhu
Amirez says
takde jam kat tangan rasa macam tak lengkap nak ke mana2..mujur ada handphone je hehe
Zik says
sekarang nie senang….
Izwan says
sangat2 besar jam tangan dahulu kala..
Zik says
susah nak bawak kemana-mana..sekarang mobility ….
akubiomed says
Saya suka pakai jam yang jenis analog. Kalau jam digital tidak berapa sangat.
Zik says
erm jam analog masuk air rosak terus… tapi ada juga yang water proof..
aimannajmy says
wahh dah 4-5 tahun rasanya aku tak pakai jam since jam aku hilang, aku sangat careless, skang ni nk tgk jam, tgk kat nset ja huhu
sharina cherin says
saya suka pakai jam ,,kerana ,,,, masa merupakan emas yg perlu d kejar 🙂
aje says
tambah lagi dong makalahnya!!
Azusa Nakano says
susahlah nk luis jam…sy layari lmn web ni unntuk belajar tpi nk kna lukis so sy try then susah… 🙁
nur alya syafiah says
betul tuuuuuuuuu
LOMPATJAUH says
HARI NI CIKGU MATHS AKU TANYA SIAPA PENCIPTA JAM?
Afiqah says
act, pencipta pertama jam ni org Islam.