Salam semua, diharapkan anda semua sihat sejahtera.
Kita serba tahu, siapa para ilmuan dan juga para tokoh-tokoh ilmuan dan para pemikir yang banyak sumbangannya kepada negara. Namun kita terlupa, bahawa ahli zikir merupakan satu ahli sangat tinggi darjatnya berbanding ahli ilmuan , seperti doktor, professor dan sebagainya.
Maksud yang ingin aku sampaikan ialah, ilmu Islam yang disampaikan sekarang ini sudah hilang rohnya. Sudah tidak berperanan lagi menyuluh kehidupan. Hanya jadi bahan mental exercise (rohani yang kosong). Sebab itu, kalau kita tengok dan lihat sesetengah orang itu, apabila makin tinggi ilmu semakin sombong riak dan takbur, bukannya semakin merendah diri.
Dah tak ambil kira dalam aspek keikhlasan dan soal menimbulkan rasa kehambaan seperti rasa rendah diri, rasa hina dan malu di depan Tuhan. Masyaallah, tuan-tuan banyak mengucaplah!!
“Orang yang ada rasa takut dan malu dengan Allah akan meninggalkan maksiat. Orang yang merasai Allah melihatnya, tentu tak berani nak gelapkan duit, rasuah, berzina, berkhianat.”
“Macamana pulak dengan senario hari ini, terutamanya di Negara kita ramai yang sembahyang, tapi masih pemarah, masih sombong, masih mengumpat dan masih buat maksiat?” Wallahuallam.
Siapa ahli zikir?
Ahli zikir, orang yang sentiasa ingat Allah. Hanya orang bertaqwa yang sentiasa ingat Allah. Selain taqwa, seseorang itu perlu faham psikologi manusia dan psikologi masyarakat, faham isu semasa dan ada ilmu khusus yang luas, barulah dia dapat selesaikan masalah yang mengancam dan mencengkam setiap aspek kehidupan manusia.
Kita perlukan ahli zikir!!
Haruslah kita ingat, kita ialah ahli zikir sekiranya kita adalah diantara golongan-golongan yang sentiasa berusaha untuk ingat kepada Allah. Bukan semestinya akan kita perlu berzikir 24 jam. Tetapi hidup dan matinya selalu ingat kepada Allah. Setiap perbuatan, dugaan yang menimpa terhadap diri kita semuanya datang dari Allah. Setiap darah yang mengalir adanya zikir yang sebati didalamnya.
Allah angkat darjat Ahli zikir.
Ingatlah tuan-tuan yang dirahmati Allah, hidup kita hanya sekali. Peringatan ini sebenarnya untuk diriku yang semakin alpa, hanyut ditelan arus duniawi yang semakin deras ombaknya. Bukan kemasyuran yang kita mahukan, tetapi ialah keredhaan Allah semata-mata.
Sumber disini.
Blinkky says
Bulan Ramadan dah nak dekat. Sama-samalah kita mendekatkan diri kita kepada Ilahi. Artikel yang bagus untuk dijadikan renungan bersama =)
Zik says
insyallah renungan untuk diriku yang lemah..
tehr says
kat kampung sekarang, padi sudah jarang ditanam
mungkinkah sebab itu juga ‘ikut resmi padi, makin berisi semakin tunduk’ semakin kurang di kalangan kita?
…hamba kurang periksa
Zik says
sukar dicari…
mijie says
nak dapat cari ahli zikir skrg ni memang susah la
Zik says
erm agak juga la yerk di zaman sekarang nie
suri says
zikir dapat mensejukkan hati..redakan kemarahan, menambahkan keimanan kpdNYA yang sering melonjak degan usikan dunia yang membuatkan kita lupa kepadanya ..
Zik says
insyallah… zikir itu pengubat hati yang lara..
hafidz says
Benar sekali.
Berzikirlah agar kita sentiasa mengingati Tuhan Yang Maha Esa, amin =)
Zik says
Insyallah… zikir itu suatu yang menenangkan jiwa
ishak says
betul tu zik..cuba zik lihat..keadaan yang berlaku…bapak imam, anak perempuan pulak melahirkan anak luar nikah..padahal dah dididik dengan ilmu agama yang amat cukup anak perempuan itu..sembahyang tak tinggal…..itulah keadaan kita do malaysia sekarang….
thanks…nice artikel
Zik says
terima kasih kembali…. mana yang mampu je bro… 🙂
Wan says
pokok pun berzikir
kita sebagai khalifah di muka bumi ni…
Zik says
ye betul tuh bro… pokok tidak berhenti berzikir…
donnyien says
zikir=zik..? 🙂
Zik says
erm … bahasa arab maksudnya macam tuhla..
kulanz says
ilmu bukan hanya jadi amalan sendiri, tapi perlu juga dikongsi/disebar kepada orang lain dengan rendah diri.. makasih bro..
Zik says
dikongsi bersama pastinya bertambah pahala… sampai mati pun amalan tuh tetap dapat…
muhammad fakhruddin says
Ada yang kata ahli zikir ini golongan yang pakar dalam sesuatu bidang,diambil dari ayat fas-alu ahli zikr(tanyalah orang-orang yang mengetahui)
Tetapi dalam satu kuliah Ustaz Arif Nazri di tempat saya,ayat itu membawa maksud orang yang mahir mengenai Al-Quran dan Sunnah,bukan pakar sebarangan.
Jika kita lihat pada lipatan sejarah,semua ilmuwan Islam seperti Ibnu Sina,Al-Khawarizmi dan lain-lain pada asasnya mahir dalam bidang agama walaupun memilih pengkhususan dalam bidang sains dan teknologi.
Perlunya kita membentuk generasi muda Protaz(Profesional Ustaz) yang pernah dicanangkan satu ketika.
Zik says
yup pandangan yang bernas… 🙂
aktechpage.com says
Hmmmm dunia sekarang susah nak jumpa dgn ahli zikir…
Zik says
ahli artis makin ramai…
papabear says
satu golongan yg makin pupus… 🙁
Zik says
golongan artis makin ramai.. huhu…
sinagarimba says
entri yang bagus untuk renungan bersama. teruskan bongkar isu – isu macam nie zikr. Biar masyarakat kita tidak terus hanyut
Zik says
mana yang termampu wahai bro sinagarimba 🙂
ibnujusup says
betul tu bro… skrg ni telampau duniawi sgt… sedih2 ..kan bagus ade blog cam bro zik punye ni…dpt la menginsafkan diri sket… 🙂
sinagarimba says
Zikir = Zikr ? dah dekat tu.
Ingat zikir-ingat zikr. Cantik
Zik says
erm wallahuallam..
Zik says
kita semua adalah ahli zikir… orang ingat kepada Allah
Zik says
betul tuh bro…
Zik says
owh yeke.. boy… aku pulak erm orang yang berpangkat datuk… bagi salam tak jawab seyh.. dengan tarik muka… masa tuh satu lif…
ibnujusup says
semoga ramadhan kali ni, membenihkan jiwa2 ahli aikir untuk kite semua bro zik… 🙂
mancai says
beerzikir memang banyak faedahnya..