Sebuah pesawat penerbangan Lion Air JT610 yang hilang awal pagi tadi dari Jakarta dengan 188 penumpang termasuk anak kapal dilaporkan terbunuh apabila kapal terbang itu terjunam ketika menuju ke pekan Pangkal Pinang di pulau Sumatra.
Seorang jurucakap agensi mencari dan menyelamat Indonesia berkata, penerbangan Lion Air, JT610 itu terputus hubungan kira-kira 13 minit selepas berlepas. sebuah kapal tunda yang berlepas meninggalkan pelabuhan di ibu negara itu melihat ia terjunam.
“Adalah disahkan bahawa ia telah terhempas,” kata Yusuf Latif, jurucakap agensi itu, melalui mesej teks ketika ditanya mengenai nasib pesawat Lion Air berkenaan.
Serpihan pesawat itu ditemukan oleh kapal milik syarikat petroleum Indonesia, Pertamina Hulu Energi.
Antara barang-barang ditemukan termasuk jeket keselamatan dan beberapa barang pribadi penumpang, seperti telefon bimbit juga ditemui.
Pesawat itu adalah jenis Boe ing 737 MAX 8, menurut perkhidmatan pengesanan pesawat Flightradar 24.
Penerbangan JT610 berlepas kira-kira pukul 6.20 pagi dan dijangka mendarat di pekan Bangka-Belitung pada kira-kira 7.20 pagi.
Sehingga sekarang, Pihak berkuasa Indonesia kini melakukan operasi mencari pesawat Lion Air yang dilaporkan terhempas di perairan Karawang, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta jam pada 6.20 pagi tadi.
Operasi itu melibatkan pasukan tentera dan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (BASARNAS) di lokasi pesawat itu terhempas iaitu di koordinat 05 48.934 S 107 07.384 E, di perairan Karawang.
Direktur Jenderal Perhubungan Udara, Pramintohadi Soekarno berkata, pesawat itu membawa 181 penumpang yang terdiri 178 penumpang dewasa, seorang kanak-kanak dan dua bayi, serta tujuh anak kapal.
Kapten pesawat itu, Bhavye Suneja dilaporkan menghubungi Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta untuk berpatah balik, namun kemudiannya terputus hubungan dengan menara kawalan, katanya dalam satu kenyataan di sini.
“Crisis centre (pusat bantuan kecemasan) telah dibentuk di Terminal 1B Bandara Soekarno Hatta dan Bandara Depati Amir Pangkal Pinang untuk keluarga penumpang,” kata Pramintohadi.
Menurut laporan media Indonesia, anggota keluarga penumpang kini memenuhi Lapangan Terbang Amir Pangkal Pinang, bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung insiden itu.
Sementara itu jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berkata, pihak kedutaan masih mendapatkan maklumat lengkap senarai nama dan warga negara penumpang pesawat berkenaan.
– BERNAMA
CREDIT TO Bharian.com.my dan malaysiakini.com.my
Leave a Reply