Semarakkan ibadah pada 10 akhir ramadhan

banner 125x125, advertise here, ladfe amir banner

http://www.darussholah.net/images/news/0022.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramadhan pemergianmu ditangisi :sad: :sad: bagi insan yang benar-benar beriman, menghayati erti ramadhan kali ini. Benar kata rakanku, taufik ketika perbincangan hidup seorang blogger pada minggu yang lepas benar-benar mengingatkan aku perkara ini.

Ikuti beberapa amalan yang perlu kita pertingkatkan di malam terakhir ramadhan ini, moga kita mendapat malam lailatur qadar, insyallah.

Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah. Qiamullail suatu amalan kerohanian yang sepatutnya kita berusaha untuk lakukannya secara konsisten. Biarpun dapat sempat solat tahajjud, itu sangat besar pahalanya disisi Allah. Kerana terdapatnya pahala dimana kita bangun dari lena tidur yang mengasyikkan, bantal yang empuk dan juga disisi isteri yang dicintai. Bangkit dari tidur ini, merupakan satu jihad yang tinggi darjatnya. Subhanallah.

Mengejutkan ahli keluarga untuk bersama-sama beribadah menghidupkan malam-malam tersebut.

Mengikut tali pinggang (tidak bersama isteri). Diriwayatkan daripada Ai’syah r.a yang masksudnya:’ Adalah rasulullah S.A.W apabila tiba sepuluh isteri-isterinya dan mengikut tali pinggangnya (tidak bersama isteri). (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Mandi antara maghrib dan isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil.

Berusaha bersungguh-sungguh agar dikurniakan Lailatur Qadar. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasululah s.a.w bersabda bermaksud : Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam lailatur Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Melakukan iktikaf di masjid/surau pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya:” Biasanya NabiĀ  s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan ramadhan. “

Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.

Memperbanyakkan sedekah.

Semoga ramadhan kali ini kita tidak rugi lagi, lebih bermakna dan mendapat keberkatan.

Random Posts

About Zik

Berkongsi ilmu, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
This entry was posted in Kerohanian/Keagamaan and tagged , . Bookmark the permalink.

31 Responses to Semarakkan ibadah pada 10 akhir ramadhan

  1. ishak says:

    aku rindu dengan ramadan kali ini..herm…. :sad:

  2. dedoku says:

    Biasalah manusia kadang2 alpa jadi saling memperingati
    adalah tazkirah dan teguran yg bagus :)
    Penat cari saham dunia tp saham akhirat jgn dilupa gak..he3
    Barakah ramadhan jangan dilepaskan :)

  3. Sir Marcello says:

    senyuman juga adalah sedekah…jangan lupa tersenyum tau :)

  4. Rasa says:

    Assalamualaikum.
    Semoga kita dapat kekal dalam ibadah dalam 10 malam terakhir.

    Berdoalah agar lailatulqadar itu menjadi milik kita, insyaAllah.
    TQ

  5. tehr says:

    aku belum bayar zakat lagi
    esok atau lusa kot
    insyaallah

  6. Hadi Rofiee says:

    B’sama2 mengecapi malam lailatul qadar. :face:

  7. Thoha says:

    semoga amalan kita akan diterima dibulan yang mulia ini..

  8. fawzan says:

    surau dah makin kurang orang bertarawih..bayangkan pahala yang kita lepaskan sekiranya malam tu malam Lailatul Qadar..alangkah ruginya..

  9. suri says:

    semoga setiap yang kita lakukan akan mendapat manfaat dariNYA.

  10. zezebel says:

    Terima kasih dengan ilmu yang dikongsi.

  11. Ali ridha says:

    mari lah kita kuatkan ibadah.pada
    10 malam terakhir Ramadhan.

  12. pawaka19 says:

    alhamdulillah dapat meneruskan perjuangan 10 malam terakhir kali ini

    New Entry “Amalan Sunnah Rasulullah di Hari Raya Aidilfitri”

  13. zulkbo says:

    Salam Zik…
    Sesamalah kita mengimarahkan
    10 malam terakhir dengan amalan
    moga di limpahi ganjaran berganda
    kesihatan kena jaga juga bro.. :wink:

  14. rashid says:

    Thanks…moga amalan diterima walaupun sekecil-kecil zarah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge