Selawat pelindung diri

Salam sejahtera. Hari jumaat merupakan “raja” segala hari buat orang islam dimana hari yang akan kita semua umat manusia akan dibangkitkan, maka seisi alam akan musnah sama sekali.

Selawat pelindung diri.

Barangsiapa banyak membaca selawat ini setiap hari akan memperolehi keselamatan dan pertolongan Allah dengan wasilah/perantaraan Nabi Muhammad saw.

Selain kita berselawat, tanda kita ingat kepada Nabi Muhammad S.A.W, ia merupakan satu pendinding kepada diri sendiri dan dari gangguan syaitan dan makhluk-makhluk lain.

Jom kita menyanyikan lagu selawat dari Kumpulan Nasyid Nowseeheart.

Lirik lagu selawat pelindung diri oleh kumpulan nasyid Nowseeheart. Download lagunya disini.

Tawassalna bi bismillah

wa bil hadi rasulillah [2x]

wa kulli ‘arifin billah

wa ahlillahi ya allah [2x]

Ya Allah

syumu silhuda

shuyukhil waraa

nujuu min nada [2x]

bihinnas lahu min kulli aza

bi qadrillahi ya Allah

Maksud selawat :-

“Kami bertawassul dengan nama Allah dan dengan petunjuk Rasulullah dan setiap orang yang arif mengenai Allah dan ahli Allah, Ya Allah. Ya Allah! Dengan perantaraan kaum yang mulia, cahaya hidayah, dengan perantaraan amalan kebaikan mereka, kami selamat dari setiap malapetaka dengan kekuatanMu, ya Allah.”

Jadi kepada pengunjung blog ini yang budiman, dan aku sendiri, marilah kita memperbanyakkan berselawat tak kira diwaktu susah dan senang. Allah itu maha mendengar dan maha mengasihi.

Sumber disini.

Comments

  1. says

    Elok juga pagi-pagi sebelum kerja diamalkan selawat Nabi supaya sepanjang perjalanan mendapat keberkatan. Anak-anak saya terutama yang bongsu semalam ada berselawat hasil pembelajaran di Tadika. Sejuk hati mendengarnya kerana ketika saya bersekolah rendah baru berpeluang belajar selawat Nabi

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge