• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Selamat hari guru 2012, [Lelaki kacak]

Selamat hari guru 2012, [Lelaki kacak]

Zik · May 15, 2012 · 13 Comments

Share this on WhatsApp

selamat hari guru, poster selamat hari guru,

Tema tahun ini,

“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

Saya dari pihak zikrihusaini dot com ingin mengucapkan selamat Menyambut Hari Guru pada 16 Mei 2012 (hari rabu nih) kepada semua warga pendidik seluruh negara. Tanpa mengira apa-apa darjat, pangkat, bangsa dan juga agama.Tanpa guru siapalah saya ini. 

Tanpa didikan dan tunjuk ajar guru yang telah mengajar aku dari tadika dan sehinggalah ke tahap hari ini dan masih lagi belajar (life long learning). Ibu bapa aku juga adalah “guru” dirumah.

Maksud tema tahun ini.

Guru Inovatif adalah guru yang mampu membuat transformasi (perubahan) anjakan paradigma dalam konteks  mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau kaedah yang sesuai dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik. Atas dasar itu, guru haruslah berperanan untuk menggarap elemen-elemen inovasi di dalam melonjak transformasi pendidikan negara, dengan idea dan kepakaran yang diterpakan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengaplikasi segala sumber ilmu melalui kaedah yang paling kreatif dan berinovasi.

Namun, ia bukan sesuatu yang mudah. Ia perlu dilakukan dengan adanya tolong menolong, perbincangan dalam term “TEAMWORK”.

selamat hari guru, guru innovatif melonjakkan tranformasi pendidikan negara, tema hari guru 2012, poster selamat hari guru,

Marilah sama-sama kita menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru melalui tindakan berikut:

  1. Mendoakan kebahagian buat guru-guru, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
  2. Menziarahi guru-guru untuk mengeratkan silaturrahim.
  3. Menghulurkan apa juga bentuk sumbangan mengikut kemampuan  masing-masing kepada institusi pendidikan.
  4. Berkatalah dengan lemah-lembut dan jangan sekali-kali menyakiti hati guru.
  5. Ucapkanlah terima kasih kepada guru-guru dan semua insan yang pernah menabur bakti dan budi kepada kita.

Pesanan buat para guru.

Buat para guru pula, daku memberi pesanan agar teruslah beristiqomah dengan penuh keikhlasan dan kesabaran dalam menyampaikan ilmu  kepada anak bangsa, mudah-mudahan akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.  Insyallah, inilah doa saya agar warga pendidik ini terus utuh dan berfikiran jauh dalam menaikkan mutu pelajaran anak didik.

Takda guru dalam dunia ini nak failkan anak muridnya, kecuali guru itu ada “masalah”. Jemput baca entri lelaki kacak yang sempoi tanda sokongan anda kepada blog yang biasa-biasa jer nih.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik gambar sambutan hari guru 2012, hari guru 2012, poster hari guru 2012, tema hari guru, tema hari guru 2012, ucapan kata hari guru 2012, “GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. ishak hasimi says

    May 15, 2012 at 8:37 am

    selamat hari guru bro….bro tak nak jadi guru ker ??? guru blog katakan heheheh

    Reply
  2. ishak yushi rain says

    May 15, 2012 at 8:38 am

    selamat hari guru bro….bro tak nak jadi guru ker ??? guru blog katakan heheheh

    Reply
  3. eims @ emas says

    May 15, 2012 at 10:31 am

    guru ada banyak. tak semestinya guru kat sekolah aja 🙂
    nway. aku pun mendoakan guru2 aku semuanya yang telah memberi suma ilmu yg aku dpt skrg. amiiin…

    Reply
  4. Jebeng Otai™ says

    May 15, 2012 at 10:23 pm

    selamat hari guru kepada semua guru2.. 🙂

    Reply
  5. tehr says

    May 16, 2012 at 12:26 am

    Guru lelaki kacak
    Mesti ramai peminat tu
    Hehe

    Selamat hari guru untuk semua

    Reply
  6. nizamghazi says

    May 16, 2012 at 5:44 am

    Dulu pernah bercita-cita menjadi seorang guru,
    akibat pengaruh Great Teacher Onizuka,
    dan dikelilingi anak murid perempuan yang sexy. hahaha 🙂

    NG selalu perasan ada keyword ‘Transformasi’ kalau mana-mana slogan di Malaysia. Cuba guna keyword lain pulak like ‘Kacak’. hehehe

    Apa2 pun Selamat Hari Cikgu kepada semua guru.

    Reply
  7. adamfaiz says

    May 16, 2012 at 11:35 am

    Selamat Hari Guru….

    P/S ramai betul blogger dari kalangan lelaki kacak sekarang ni… 🙂

    Reply
  8. MDHAFiZ.NET says

    May 16, 2012 at 7:55 pm

    selamat hari guru lah ye.. ..
    family aku byk guru.. ayah ku seorang guru.. kakak ku juga seorang guru.. . nasib aku ambil engineering.. hehhe 🙂

    Reply
  9. akubiomed says

    May 16, 2012 at 11:46 pm

    Selama hari guru. 🙂

    Reply
  10. Cadz says

    May 17, 2012 at 10:04 am

    Selamat Hari Guru untuk semua…
    terima kasih atas jasa anda mendidik kami…

    Reply
  11. wandisini says

    May 17, 2012 at 10:08 am

    selamat hari guru bagi mereka yang bergelar pendidik. teruskan usaha memandaikan anak bangsa kita.

    kalau nak jadi cikgu tapi berfikiran ‘cikgu banyak cuti’ ‘cikgu kerja senang’. itu yang jadinya cikgu yang kurang berkualiti. sebab dia jadi cikgu bukan niat nak mendidik dan memandaikan bangsa, tapi sebab kerja senang.

    Reply
  12. azman says

    May 18, 2012 at 12:43 pm

    Beruntung jadi cikgu,sentiasa diraikan setiap tahun..

    Reply
  13. Razlan says

    May 19, 2012 at 3:10 pm

    Sememangnya hari yang special untuk para guru,kenangan dan jasa meraka tiada gantinya

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d