Sakit kepala!

Pening kepala aku kerja banyak tak siap lagi!

Apakah itu pening/sakit kepala?

Satu symptom yang mana, apabila kepala kita mengalami kesakitan yang sangat pedih. Tidak dapat berfikir dengan baik.

Sebagaimana yang telah kita ketahui, migraine/pening ini adalah suatu penyakit yang tidak diketahui puncanya. Mungkin ramai di antara kita yang menghidap penyakit ini dan kadang kala boleh mengganggu kerja/study.

Sehingga kini, migraine tidak mempunyai ubat. Kebiasaannya, apabila kita ke klinik, doktor akan bagi kita pil pain killer sahaja (pil tahan sakit) ,untuk mengurangkan sakit,bukannya menyembuhkan.

Punca pening/sakit kepala.

Sakit kepala adalah disebabkan oleh satu gangguan sakit sensitif struktur-struktur dalam kepala. Otak dalam sendiri tak sensitif kepada kesakitan, kerana ia tidak mempunyai nociceptors.

Beberapa kawasan kepala dan leher telah sakit sensitif struktur-struktur. Sakit sensitif struktur-struktur dibahagikan dalam dua: dalam tengkorak (urat darah, meninges, dan saraf-saraf kranium) dan di luar tengkorak (periosteum tengkorak, otot-otot, saraf-saraf, arteri dan urat-urat, tisu-tisu subkutaneus, mata, telinga, sinus dan membran mukus).

Punca-punca lain, terjadinya pening.

  1. Fikiran yang bercelaru atau tak menentu.
  2. Duduk bertentangan dengan cahaya terang.
  3. Memakai cermin mata yang tak sesuai dari segi “power” sama ada di sebelah mata kanan atau kiri atau kedua-dua belah.
  4. Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu.
  5. Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi.
  6. Memakai pakaian yang kurang sesuai. Terutamanya yang agak ketat pada bahagian pinggang.
  7. Memakai pewangi atau bau-bauan yang berlebihan.

Cara merawat pening!

Hadis riwayat Al-bukhari dalam tarikhnya dan oleh Abu Daud dalam As- Sunan bahawa Rasulullah S.A.W setiap kali ada orang yang datang menemui baginda menceritakan sakit di kepalanya, pasti baginda S.A.W bersabda, berbekamlah! Dan setiap kali orang menceritakan sakit di kakinya kepada baginda, baginda berkata :

Gunakan inai untuk membalurnya. Inai mempunyai sifat sejuk sekali, namun ia juga kering. Kekuatan pada pokok dan dahan ini merupakan gabungan dari kekuatana yang dicerat dari semacam unsur air yang panas dan stabil, ditambah dengan tenaga pengikat yang berpunca dari unsur tanah yang sejuk pula.

Di antara khasiatnya misalnya untuk mengubat luka terbakar. Inai juga mengandungi tenaga yang sesuai dengan saraf jika digunakan sebagai pembalut. Bahkan jika dikunyah amat sesuai untuk merawat sariawan dan bibir-bibir pecah, juga boleh merawat pecah-pecah pada mulut bayi. Jika dibalurkan, amat sesuai untuk merawat bengkak dan radang.Juga boleh untuk mengeluarkan mata bisul.

Jika serbuknya dicampur dengan lilin bening dan minyak mawar, ia boleh digunakan untuk merwat sakit buah pinggang.

Pendapat zik cara untuk merawat pening ialah, tidur, ataupun mintak sesiapa tolong urutkan kepala beserta dengan minyak. Dimulakan dengan bismillah. Insyallah.

Elakkan :-

  • Memakan pil-pil seperti panadol, UPHAMOL dan sebagainya, kerana mempunyai kesan sampingan yang merbahaya pada tubuh badan untuk jangka masa yang panjang.
  • Memandu, sangat merbahaya.
  • Jangan buat kerja-kerja berat/ study, sebab produktivti tak berkualiti/ kalau belajar tak masuk (Tapi kalau dah last minute nak buat macam ne).

Kesimpulan.

Setiap penyakit pasti ada penawarnya, kecuali mati.

P/s: Kalau ada pendapat lain, cara untuk merawat/kurangkan pening ini. Dialu-alukan

Kategori/Sitemap

Bidadvertiser

Comments

  1. Nilma@AmlinNaby. says

    sy mempuyai rakan sekerja yg mengalami pening kepala@sakit kepala dgn kerap,sy berpesan supaya pigi jumpa Dr.tetapi beliau enggan,kerana bagi pendapat dia ia hanya sakit kepala biasa je.sebab kurang tdr dan kepenatan berkerja seharian.tetapi sy amat risau kerana ia sering mengadu sakit kepala dr pagi sampai k mlm.bagi pendapat sy sakit kepala tk blh di pandang rigan.kita perlu cepat2 mengcegah dr berterusan ketahap yg lbh serius.kesihatan amat la penting dlm kehidupan seharian.sayagilah diri anda.

  2. ewanz says

    aku pun da lame sakit kepala. da 1 thun sakit kepala. sakit kepala yg berterusan. ramai doktor / cg pelik. aku pon xtaw nape. saba je la. tp mmg nk buat kerja xselesa. lagi2 study. thun ni lak nak spm. markah smua da jadi fail. study2 banyak mana pon, lepas study kerap je lupa. cg2 lak asik marah je. da la dduk kelas pertama, tp markah da byk fail. cmne ni…. sakit kepala pon da jadi lali. hurmmmmmm……… msuk sbp da kua, sebab sakit kepala. duk sekola biasa, rase nk berhenti sekolah sebab sakit kepala. xde spe ke leh bantu sy? sakit nye kepala ni!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge