Sajak: Ramadhan kau hadir lagi 2011

ramadhan, bulan ramadhan , sms ramadhan, syaitan cuti dibulan ramadhan

Ramadhan , kau hadir lagi untuk tahun ini….

Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat.

Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman……

Aku bersyukur kerana masih lagi sihat dan kuat ….

Dan aku bersyukur kerana aku sudah berada di kampung halaman…

Mencari erti kehidupan yang hakiki…

kini ku sedari persiapan menghadap illahi harus semakin giat….

ku dalami ilmu keimaman, ilmu kemasyarakatan, ilmu faraid dan sebagainya…

Ramadhan kau hadir lagi….

membawa seribu satu keinsafan dalam diri ini….

perginya rakan seperjuangan kerana sudah ada haluan masing-masing..

kini ku berjuang seorang diri….

cabaran menghadapi dunia globalisasi…

cukup berat untuk aku hadapi..biarpun syaitan sudah dikunci di bulan ramadhan nanti.. mungkin puasa makan dan minum boleh ku gagahi

tetapi puasa mata , tangan , mulut dan juga anggota tubuh yang lain??

adakah ini ramadhan terakhir ku??

Comments

  1. says

    sajak buat sendiri atau dipetik dari mana-mana….berada dikampung halaman untuk mencari satu erti ke?, berjuang seorang diri kerana rakan-rakan berjuang dihaluan sendiri merujuk kepada sunyi…rakan blogger kan ada…menghiasi dunia globalisasi tanpa sempadan…

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge