Sajak kemerdekaan 2012, Janji ditepati

http://img210.imageshack.us/img210/3940/temamerdeka2012.pngYa, bulan ini kita ada menyambut bulan ramadhan al mubarak, bulan syawal dan juga bulan kemerdekaan. Alang-alang tue , tiba-tiba idea datang pulak nak menulis sajak yang terlintas di minda. Ulang tahun ke 55, bagi tahun 2012.

Tema kemedekaan tahun ini ,2012, Janji ditepati.

Apakah mesej yang cuba disampaikan melalui tema kali ini?? Hurm, mungkin memandangkan pilihanraya pun dah nak dekat nih. Aku cuba memberikannya yang semampu mungkin. Ketepikan unsur-unsur politik yang cuba dibesar-besarkan. Yang penting ialah mesej yang cuba disampaikan.

Janji ditepati…

Sejauh mana manakah kita mampu menyahut cabaran kemerdekaan di alaf baru ini?? tujahan, cacian, makian yang kita terima selama ini, adakah mampu untuk kita terus bertahan?? adakah kita akan terus berada di bawah teduhan hujan yang semakin lebat ini??

Sejauh mana janji kita kepada rakyat, kepada pejuang-pejuang yang terdahulu, berkorban demi agma, bangsa dan negara??? dalam mempertahankan kota kemerdekaan yang telah dibina oleh nenek moyang kita…

Janji ditepati…

Kerana, di bahu kitalah terpikul segunung amanah, Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah, menunai janji…

Ayuhlah,  Rakan dan taulan, sahabat dan saingan
Lupakan perbezaan fahaman politik dalaman, lebuhkan menerima
Bertatihlah bersama-sama, kita berikrar dan berjanji taat setia akan korbankan jiwa dan raga dalam menepati janji-janji kita sebagai rakyat malaysia.

Janji ditepati

Dijadikan baja bagi menyuburkan kemerdekaan yang kita junjung selami ini.. Ingatlah, merdeka itu bukanlah suatu benda yang boleh dijual beli, ia perlukan pengorbanan yang sebenar pengorbanan.

Dengan kerananya kita terpaksa mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit dan usaha tenaga bahkan nyawa kita sendiri juga…

Ada version lain, sajak . Macam tak kena lah tema. Jujur!!

Kategori/Sitemap

Bidadvertiser

Comments

  1. says

    teringat lagu jamal abdillah “kau lupa janji”..hehe tkpelah, sma2 kita doakan pemimpin kita sentiasa tunaikan janji. tak kire lah sape pemimpin kite pun. pemimpin jujur, rakyat yg senang :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge