Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Nukilan sajak hari jumaat yang mulia ini. Moganya ia bermanfaat untuk anda dan aku sendiri.
- Aku seorang perantau…
Meniti jalan kehidupan yang semakin mencabar….
Arus duniawi yang kian membuak di fikiran ini…
Apakah mampu untuk ku teruskan perantauan ini…
Doa dan harapan menggunung ibubapa di kampung halaman…
- Aku seorang perantau…
Kini aku sudah berada diseparuh jalan..
Masih banyak lagi liku-liku kehidupan yang harus ku tempuhi…
Janganlah aku tergelincir dari matlamat asal ku ini…
Jalanan sepi perantau ini akan ku teruskan ..
Andai aku tersesat jalan, Ya Allah berikan aku Nur Hidayah mu
Agar aku sentiasa terus berada di landasan yang betul…
Dan aku memerlukan teman yang sejati , insan yang sering berada dipangkuan ku ,di ketika waktu susah dan senang..
Aku yang masih diperantauan, mencari rezeki, menimba ilmu duniawi dan ukhrawi…
Demi kesenangan masa hadapan…
- Aku seorang perantau…
Ku belajar erti kesepian, kini baru aku merasa peritnya berjauhan….
Teman-teman ku rindukan, kegembiraan ku tinggalkan, kebahagian ku korbankan, dan kecintaan ku dambakan…
Yang bersikap sinis, menegur memberi nasihat, namun diri sendiri ini masih berkarat….
Kononnya akulah yang berserban berketayap, di depan bagaikan malaikat, namun di belakang , tiada siapa yang tahu…
Kerana itulah aku keseorangan, menyepi untuk ketenangan…
Merindukan kenangan-kenangan silam, beginilah waktu ditelan zaman….
Menjadi perantau yang kesepian.. apakah aku akan terus kesepian???
tengkorak emas says
takde try hantar puisi ke paper ke?mana tau ada rezeki dapat honorarium
muhammad fakhruddin says
Hantar jangan tak hantar bro, jadi wakil blogger dalam bidang sastera pula ๐
fikryn says
Baru aku tau si Zik ni ada bakat terpendam rupanya..
Bagus juga idea ko ni..
Nanti boleh la tengok nama zik keluar dlm paper siap ada blog link lg tu..
Zik says
huhu.. kalaulah . tapi nak submit kat mana ek??huhu..
tengkorak emas says
try tengok paper BMDUA, hari apa ye..cuba tengok esok ada ruangan puisi dan cerpen, ada notis kat bawah ruangan tu
LiFe KaMi says
bro ini kalau anta pertandingan grenti menang..:)
Zik says
takdalah… hanya sekadar luahan dari hati jer.. huhu
Miss Tira says
Satu sajak yang menarik. Berbakat sungguh Zik ni orangnya ye.
Zik says
biasa2 jer tuh…
Ismail N says
Boleh tahan.. Bakat terpendam tu…
Zik says
terima kasih…
Saya Laa Dia says
Assalamu’alaikum wbt.
Salam hari jumaat yang penuh kemuliaan, bro! ๐
Zik says
syukran2..
afique says
bakat terpendam ni. ๐
Zik says
terpendam yang tak berapa nak pendam.. huhu
nasslimdiet2 says
bleh tahan gak. aku memang tak reti tulis sajak.hehehe
Zik says
biasa2 jer bro nass…
Notakaki says
pengganti a.samad said.. hehe.. ๐
Zik says
a samad said tuh power sangat tuh…
zulkbo says
salam Zikr..
ermmm..indah nya bersajak
di pagi jumaat ni..penuh sindiran
dan menafaat..he he
Zik says
syukran2 ya bro zul…
hafidz says
jauhilah dari kesepian.
penuhkan kehidupan ini dengan kecerian.
maka hilanglah kesepian itu.
cewahhhh~ ๐
Zik says
kesepian jangan terlalu lama…
Mrs.Ayie says
Semoga kau tak terus kesepian
Kerana bagi seorang perantau
kita berkelana, kita kutip pengalaman
dan suatu masa
Kita akan kembali ke dakapan asal
Zik says
pabila sudah tiba masanya akan pulang ke tempat asal…
ciksembang says
bakat terpendam zik ni kena di ketengahkan
Zik says
eheh.. biasa2 jer kak nih…
suri says
jangalah sepi..tapi pastikan berisi imannya..
Zik says
sepi sekali sekala…
tehr says
sepi dalam keriuhan
mencari satu pengertian
hingga ke penghujung jalan
Zik says
mencari erti kehidupan…
Sabahan Bloggers Club says
Aku seorang perantau gak.., melangkau laut china selatan jer lar merantaunya.., di lambung ombak macamana pun, perantau akan balik ke kampung asalnya juga…. ๐
akubiomed says
Oh, bro asal mana?
MDHAFiZ.NET says
hidup di dunia ini ibarat musafir…ibarat perantau.. ๐
akubiomed says
Setuju dengan bro. Kita bermusafir di bumi Allah sebagai persediaan yang alam lebih kekal
Zida says
ehem. bleh ganti A. Samad Said la ni. Hebat ! ๐
Zik says
hehe takdala sampai tahap macam tuh… banyak lagi kena belajar…
akubiomed says
Zik kali ini satu kelainan selalu pagi Jumaat ada tazkirah? Hari ini tidak ada
Zik says
tak siap tazkirahnya.. simpan untuk minggu depan.. huhu
Bro Ery says
Memang kreatif beb. Berseni sajak ni..
Zik says
dikala kesepian.. sepoi2 malam … huhu
yoy says
wow..siap bersajak skang..boleh jadi artist ni..:)
Zik says
hehe artist lah pulak…
LadyComot says
suker tulis sajak ke.? wah boleh sharing2 jugak ni..memang minat bab penulisan yang macam gini.. eceh..
Zik says
kadang2 jer.. tak tentu cik comot.. huhu
aimannajmy says
pergh mantaop bleh jadi penulis lirik tamu untuk lagu aku ni huhu
Zik says
hehe layak ker nih.. huhu.. akan cuba diusahakan kalau macam tuh..
BLOG KISAH2 KELAKAR says
IF AWK BERMINAT NAK TULIS LIRIK NASYID KE,BLEY CONTACT SY..SY NK BELI HASIL KARYA AWK..INI SERIUS,BUKAN MAIN2.. ๐
Zik says
yeker betul nie… nanti saya akan hantarkan lirik lagu nasyid sedia ada nanti…
Zik says
lebih kurang macam tuhla.. huhu
fendidahada says
power la zik..setiap kata ada maknanya…
nak buat jugak la nanti..aku seorang pelajar..hehe..