Tahun 2017, KDNK Malaysia mencatatkan pada angka yang cukup baik. Berita baik kepada kerajaan Malaysia dan juga Perdana Menteri Malaysia melihatkan data terkini mengenai perkembangan Ekonomi Malaysia. Walaubagaimanapun, berdasarkan laporan Bank Dunia untuk unjuran GDP Malaysia untuk tahun 2018 dan juga 2019, ekonomi Malaysia akan terus mencatatkan pertumbuhan lemah.

Ini berdasarkan dapatan dan kajian dari kalangan 15 pakar ekonomi, Malaysia antara beberapa negara yang dijangka pertumbuhan ekonomi di tahap yang lemah.

Tahun Kadar
2018 5 peratus
2019 4.8 peratus

Persoalannya apa punca yang menyebabkan GDP Malaysia mencatatkan angka yang lemah untuk tempoh 2 tahun mendatang?

4 Punca Besar GDP Malaysia Terus Merosot

  1. Dasar ekonomi Malaysia yang tidak pasti
  2. Perkembangan geopolitik mendatang
  3. Harga komoditi yang tidak stabil
  4. Bertambah teruk lagi apabila hutang isi rumah di Malaysia adalah salah satu daripada dua negara di ASEAN yang melebihi 70 peratus daripada KDNK Malaysia.

Sehinggakan ahli ekonomi telah memberikan amaran yang mana hutang Malaysia akan meletup. Bila? Tidak tahu. Tambahan pula kedudukan ekonomi Malaysia hari ini sebenarnya rakyat Malaysia tidak merasa tempiasnya. Ini antara persoalan yang dilontarkan sendiri oleh Farid Hadad Zervos, Pengurus Bank Dunia untuk negara Malaysia. Tapi semua jangan risau, hutang negara masih lagi under control, walaupun kes 1mdb itu , ada sedikit sebanyak mengganggu proses perjalanan business dinegara kita.

 3. Kadar faedah naik

Punca Sebenar Kadar Faedah Mungkin Naik oleh BNM?

Paling akhir pada tahun 2014 yang lepas. Bank Negara Malaysia ada mengatakan yang mereka mungkin mempertimbangkan dasar monetari mereka melihatkan kepada keadaan makro ekonomi global dan juga domestik. Kata mereka lagi, ini semua bagi memastikan yang pertumbuhan ekonomi Malaysia akan terus mampan.

Sehingga mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari baru-baru iaitu yang terakhir pada tahun ini, melihatkan ini merupakan isyarat yang terkuat yang diberikan oleh jawatankuasa tersebut yang masih lagi mengekalkan BNM OPR pada kadar 3 peratus.

sumber: beritasemasa.com.my

Punca Kenaikan Faedah oleh Bank Negara Malaysia

Bertambah kuat lagi disebalik penelitian laporan berita Bloomberg yang mengarakan aliran keluar melibatkan bon Malaysia semakin melonjak naik. Impaknya nilai Ringgit Malaysia akan terus merosot

Jadi untuk mengelakkan aliran keluar bon Malaysia terus meningkat naik, BNM OPR mungkin terpaksa dinaikkan bagi menarik kembali keyakinan untuk menanam modal mereka dalam ringgit Malaysia. Mungkin. Dan kenaikan ini bakal memberikan berita buruk kepada pemain hartanah.

Bila satu isu jadi, semua akan bersangkut paut, seperti minyak naik,harga barang semua jadi naik. Dari supplier , kilang, terus ke pengguna jerla yang menjadi mangsa.

 4. Harga minyak dunia akan terus jatuh.

Jatuh tapi belum sampai 10$ setong, menurut sumber 58usd per barrel -75 us setong. Harga minyak akan naik kepada AS$80 (AS$1>RM3.87) setong pada 2018 dan sehingga AS$105 setong menjelang 2020, satu ramalan kes asas oleh Jarand Rystad, pakar mengenai analisis makro minyak global.

“Sekarang adalah ‘masa untuk oportunis’ dan mereka yang mempunyai poket tebal serta pemegang saham yang bersedia mengorbankan dividen jangka pendek. Mereka berada dalam kedudukan terbaik untuk memanfaatkannya,” kata Rakan Kongsi Urusan Rystad Energy, firma perundingan tenaga yang berpangkalan di Norway.

Kelembapan ketika ini adalah disebabkan lebihan penawaran yang sementara, bukannya peralihan struktur dalam permintaan ke atas minyak.

Walaupun anda membuat ramalan yang sangat agresif ke atas trend semasa seperti kereta elektrik, LNG (gas asli cecair) perkapalan serta tenaga alternatif, ia tidak memberi kesan struktur yang bermakna ke atas industri minyak untuk 10 hingga 20 tahun lagi,

Sebanyak 400 syarikat teratas telah mengurangkan 250,000 pekerja tahun lepas dan akan mengurangkan 250,000 lagi menjelang akhir tahun ini. Ia adalah pengurangan pekerja terbesar bagi rantaian nilai perkhidmatan minyak dalam sejarah.

“Keadaan ini membimbangkan kerana ia akan menyebabkan inflasi kos yang tinggi mulai 2018 ke atas apabila pasaran pulih.

Industri yang terlibat sepert ini dinasihatkan, agar tidak terus mengurangkan sumber bagi mengelak terlepas pelbagai peluang jika harga bahan itu kembali pulih.

Sementara itu, beberapa pemimpin industri pada forum berkenaan berkata, syarikat perlu bersedia mengambil kesempatan daripada pemulihan harga minyak, dengan seorang pakar meramalkan harga akan pulih mulai Oktober 2018.Mereka bersetuju dengan ramalan kenaikan harga minyak itu dan menyatakan yang harga AS$50 hingga AS$60 setong adalah titik pulang modal realistik untuk projek penggerudian luar pesisir.

5. Pasaran Hartanah akan jatuh?