Qari Mesir, qariah Pakistan Johan Tilawah al-Quran 2010

banner 125x125, advertise here, ladfe amir banner

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nampaknya tilawah Al-Quran untuk M 1431 H, tahun 2010 sudahpun berakhir. Qari dari Mesir, Hani Abdel Aziz Ahmed dan qariah dari Pakistan, Samia Khanan masing-masing muncul johan bahagian qari dan qariah majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52, yang berakhir di sini malam ini.

Hani memperoleh markah 91.46 peratus, manakala Samia mendapat 91.08 peratus.

Mereka masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM32,5000 (AS$ 10,000), piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan, yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Qari Malaysia tempat kedua. Tempat kedua bahagian qari dimenangi Wan Ainuddin Abdullah dari Malaysia (beliau sebenarnya demamdah dekat 2 hari, tapi tak sangka dia dapat no2)  yang mendapat 90.75 peratus markah dan ketiga, Abdul Wadoud K Esmail dari Filipina yang memperoleh 89.63 peratus markah.

Tempat kedua bahagian qariah pula dimenangi Dayang Nurfaezah Emran dari Brunei yang mengumpul 90.17 peratus markah, manakala tempat ketiga Monaifah A Bogabong Alawi dari Filipina yang memperoleh 88.75 markah.

Naib Johan menerima wang tunai berjumlah RM22,750 (AS$7,000), cenderamata dan sijil penyertaan, manakala pemenang tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM13,000 (AS$4,000), cenderamata dan sijil penyertaan.

Bagi hadiah sagu hati pula setiap peserta menerima RM4,875 (AS$1,500), cenderamata dan sijil penyertaan.

Seramai 72 peserta dari 45 negara mengambil bahagian dalam tilawah bertema ‘Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah’ yang berlangsung selama lapan hari sejak 27 Julai lalu.

Nampaknya jumlah penyertaan meningkat berbanding 66 peserta dari 43 negara tahun lalu. Empat negara yang pertama kali menghantar peserta tahun ini ialah Tazakhstan, Surinam, Zambia dan Djibouti.

Tahniah, diucapkan kepada pemenang, namun sebenarnya pertandingan ini bukan untuk bertanding suara siapa sedap, yang penting ialah kita ingin mengamalkan, maksud yang tersirat kalam suci ayat Allah yang mempunyai banyak kelebihannya.

Nota: Tak nampak pun DS Najib?? Sibuk kot..

Sumber disini.

Random Posts

About Zik

Berkongsi ilmu, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
This entry was posted in Kerohanian/Keagamaan and tagged , , . Bookmark the permalink.

46 Responses to Qari Mesir, qariah Pakistan Johan Tilawah al-Quran 2010

  1. Thoha says:

    tahniah kepada wakil dari Malaysia walaupun kurang sihat…

  2. Amir says:

    “….qari dan qariah majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52, yang berakhir di sini malam ini.”…

    di sini tu di mana zik? KL ke Taman Tamadun Islam kt Terengganu? sbb tahun lepas buat kat situ….

    btw, najib nak ke datang ke tempat2 cmni. hehe.

  3. wazy says:

    Berkesempatan tengok tilawah ni 2 kali je,tapi tenang juga bila dengar bacaan qari dan qariah

  4. madlut says:

    sempat tengok 2 malam…

  5. sufian says:

    balik kg pun orang tua cerita ni..

    you are listed http://sufian.info/tukar-links/

  6. x-po says:

    walaupun dpt tempat kedua je, kita ptt berbangga dgn dia. :)

  7. suri says:

    mengaji kena habis klu tak ayah mak bsing..huhu..

  8. fiezaradzi says:

    tahniah buat pemenang dan semua peserta.. Juga kepada semua yg pergi dan dengarkan kat tv.. bagus program camni.. johan qari siap puji & kata msia sgt untung sbb de acara sebegini…

  9. papabear says:

    ohh Malaysian dah tak champion lagi dah eh? kalau dulu2 asyik orang kita jer :)

  10. ishak says:

    kalau datuk najib mempedengarkan bacaan ayat suci kata televisyen kan elok

  11. Affan says:

    Salam.

    Tahniah kepada pemenang.
    *Rasanya peserta2 Malaysia mmg selalu mng kan?

  12. mancai says:

    tahniah… tahun ni je aku tak dapat pegi tak seperti tahun2 sebelum ni…

  13. ST says:

    hehe.. memang sibuk agaknyer :)

  14. nash says:

    owh..nie rupenyer blog dot com kamu….so aku nak tanyer better aku jelajah di blog nie atau yang free pyer? huhu..sje jerk..ehehehehe…
    tapi nak tanyer..nape stiap tahun buat kat Malaysia ea? xde ke buat bergilir2 kat negara lain? just tanye jerk..huhu

    http://nash121.blogspot.com/2010/08/apa-korang-tau-mengenai-mi-segera.html

  15. Muhd Suhaily says:

    Ada tengo tapi tak abis…tengo kejap kejap…

  16. tehr says:

    nengok tv je
    bila la akan sempat nengok live

  17. Ic, sekarang Malaysia dah ade challenge la. Kalau tak dulu asyik Malaysia je yang menang hehehehe

  18. sinagarimba says:

    tapi qari dari malaysia, kalau tak tempat pertama, mesti naib juara atau tempat ketiga. meman hebat wakil kita

  19. sinagarimba says:

    mak saudara ada jadi qariah. tapi lepas pas merintah terus tak jadi qariah. rasanya pernah wakil kelantan dulunya

  20. Tak sempat tengok walau satu episod. Sempat dengar dalam kete je sekali sekala..

  21. etomyam says:

    DS Najib kan cuti, 10HB baru masuk opis balik, teringin sangat aku nak tengok live tilawah ni, tak pernah ada peluang huhu

  22. khairolghani says:

    teringat dulu masa kecik2 bila ada tilawah,mesti belek Al-Quran cari surah yg dibaca..zaman sekarang ni senang nak refer..install software,taip surah je dah jumpa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge