Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Punca prestasi sukan menurun

Punca prestasi sukan menurun

Zik · Feb 26, 2012 · 4 Comments

Share this on WhatsApp

punca prestasi sukan menurun, sukan bola semakin tidak diminati, graph kebawah

Sukan sebagai kerjaya yang dikupas pada edisi yang lepas merujuk kepada prestasi para atlit dinegara kita.  prestasi mereka harus dipantau dan juga dikaji, apakah puncanya mereka ini tidak beraksi dengan sebaik mungkin.

Isu rasuah yang semakin tidak terkawal.

Sukan bola kebiasaannya menjadi perbualan bagi isu rasuah seperti ini. Apakah rasionalnya mengapa para pemain sekarang ini semakin terjebak dengan isu rasuah ini. Aku beranggapan, kemungkinan besar, gaji yang diberi dibayar terlalu lambat dan juga sistem pengurusan yang tidak sistematik. Seharusnya badan induk swasta yang mengambil alih untuk pengurusan, bukannya badan kerajaan. Sebabnya nanti ada campur tangan politik. Itu belum dimasukkan dalam isu politiklah. Hah, pening!!

Faktor-faktor lain yang menyebabkan prestasi sukan menurun

1) Kecederaan

Sistem perubatan yang sangat perlahan akan mengambil masa yang agak lama untuk memulihkan sesuatu kecederaan. Hal ini akan menyebabkan kecergasan dan keyakinan atlet akan terjejas apabila mereka menghadapi perlawanan. Di Malaysia, kesedaran terhadap kepentingan pakar-pakar perubatan dalam menjaga kesihatan dan kecergasan para atlet masih ditahap rendah berbanding negara-negara barat yang mengambil berat faktor ini.

2) Inisiatif terhadap mutu sukan

Atlet-atlet sering diberi peluang untuk melakukan yang terbaik dalam satu-satu perlawanan. Oleh itu, mereka perlu mempunyai objektif dan matlamat untuk memperbaiki kualiti mereka dalam bidang sukan supaya lebih maju pada masa akan datang. Usaha yang bijak perlu difikirkan bagi meningkatkan mutu dan prestasi sukan. Sebagai contoh, cadangan untuk memberi kebenaran pengambilan pemain import untuk bermain bersama-sama dengan atlet Malaysia dikira mampu untuk memberi ruang untuk meningkatkan prestasi sukan di negara ini.

3) Pengurusan badan induk sukan

Seperti yang telah diterangkan untuk point pertama, kebanyakan ahli tadbir sukan adalah dikalangan mereka yang terlibat dalam bidang lain terutamanya dalam bidang politik. Ini menyebabkan organisasi tidak dapat memainkan peranan mereka dengan baik. Cadangan untuk memberikan peluang kepada ahli sukan profesional untuk mentadbir badan induk sukan adalah releven supaya prestasi sukan terus maju. Selain itu, keseimbangan antara ahli politik dan ahli sukan profesional dalam badan induk sukan perlu diterapkan kerana mereka memainkan peranan tertentu dalam bidang tersebut. Selain itu, peluang juga boleh diberikan kepada graduan sains sukan ke dalam badan induk sukan kerana mereka dapat membantu dalam menguruskan sukan di negara ini dengan lebih berkesan.

Fikir-fikirkanlah!!

Bidang sukan perlu dipandang serius terutamanya apabila ia melibatkan kebajikan atlet. Kebajikan atlet perlu diambil berat sekiranya negara mengimpikan untuk berada setaraf dengan negara-negara yang maju dalam bidang sukan. Pengurusan sukan juga perlu dikaji semula untuk memaksimakan kemajuan sukan di negara ini.Aku rasa diaorang pun kena carum kwsp ker, contohnyalah kan. Mungkin ada koperasi sendiri untuk kasi duit diaorang itu ada lah untuk simpanan masa depan.

Anda ada idea lain?? KOngsikan diruangan komen. Terima kasih!!

Share this on WhatsApp

Sukan faktor-faktor sukan merosot, kenapa sukan tidak diminati ramai, punca prestasi sukan di negara merosot, punca sukan tidak diminati

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. the sun daily says

    February 26, 2012 at 1:39 pm

    rasuah adalah suatu faktor yg akan menjatuhkan sukan….

    Reply
  2. Ingrown Toenail says

    February 26, 2012 at 3:55 pm

    Satu point yang bagus bro zik,lebih baik diswastakan sahaja tampuk pengurusan sukan negara ini selain dari isu rasuah tak habis-habis,jangan beranganla piala dunia

    Reply
  3. kayzack says

    February 26, 2012 at 9:04 pm

    gaji kalau bagi byk mana pun tetap akan ade rasuah jugak kalau duit yg diberi lg byk dari gaji.

    Reply
  4. akubiomed says

    February 27, 2012 at 3:28 pm

    Mereka perlu belajar daripada pemain-pemain terdahulu. Tidak mengejar anugerah atau habuan tetapi berbangga dapat berbakti kepada negara.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.