Punca Gempa Bumi

Gempa bumi yang berlaku

Gempa bumi yang berlaku diseluruh dunia memberi amaran kepada kita semua, bahawa bumi ini sudah tenat dah akan musnah pada suatu hari.

Apakah itu gempa Bumi?

Gempa bumi merupakan hasil tenaga yang dilepaskan secara mengejut disebabkan perubahan dalam kerak bumi. Perubahan ini menyebabkan tanah bergegar dan menghasilkan gegaran yang bergerak keluar daripada titik tumpu gempa. Titik tumpu merupakan lokasi “punca” di dalam tanah di mana tenaga gempa bumi dibebaskan. Lokasi di atas tanah pada titik tumpu gempa bumi dikenali sebagai ‘epicenter’.

Punca Gempa bumi?

  • Proses alam semulajadi mengejut seperti letupan dan hentaman meteor.
  • Kebanyakannya disebabkan oleh pembebasan mengejut tekanan yang terkumpul dalam tempoh panjang dalam batu jauh di bawah permukaan bumi. Tekanan ini mungkin berpunca daripada pergerakan plat tetonik sepanjang garis rekahan, dan lantunan glasiar.
  • Kerak bumi membengkok dan berlipat. Ketika proses ini berlaku, batu-batan yang keras akan pecah kepada blok sepanjang zon lemah. Apabila dua bahagian batu berselisih secara melintang atau menegak, pergerakan ini dikenali sebagai “faulting”. “Faulting” boleh berlaku pada skala yang kecil atau berskala besar. “Faulting” pada skala kecil biasanya berlaku jauh di bawah tanah dan tidak kelihatan ketara pada permukaan bumi.
  • Lantunan “Iisostatic” merujuk Kepada tanah yang terbenam ditindih lapisan air batu yang tebal dan berat, melantun naik semula disebabkan lapisan air batu yang terkumpul di bahagian atas telah cair atau beralih Pergerakan lantunan “Iisostatic” akan terus berlaku, menyebabkan gempa bumi sehinggalah selagi tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.
  • Pembinaan empangan.
  • Pembangunan yang tidak terancang.

Bagaimana gempa bumi dikira.

  1. Seismograf
  2. Gempa bumi yang di ukur dengan seismograf diberikan menurut skala Richter.
  3. Skala Richter merupakan ukuran logarithmik.
  4. Ini bererti gegaran bersaiz 3 skala Richter mempunyai 10 kali ganda lebih kuat berbanding gempa bumi yang bersaiz 2 skala Richter.
  5. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.
  6. Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang.

Kawasan yang selalu yang terkena gempa bumi.

Cincin Api Pasifik atau dalam bahsa inggeris ialah “Pacific Ring of Fire”.

Lingkaran Cincin Api Pasifik dan negara yang selalu mengalami gempa bumi :-

  • Indonesia
  • India
  • Taiwan
  • Jepun
  • Afghanistan

Anatomi Gempa bumi.

Anatomi gempa Bumi

3 Jenis sesar.

Pergerakan bumi yang dikenali sesar menyebabkan berlakunya kebanyakan gempa bumi. Dalam sesar gelincir (strike slip), kanan blok gelongsor antara satu
sama lain.Dalam sesar biasa( normal), kiri dua blok tanah terpisah dan satu lagi jatuh.Dalam sesar terbalik (thrust) , tengah dua blok bertembung dan satu blog ditolak ke bawahnya.

Penutup.

Semestinya kita harus bersyukur kepada Allah kerana di Malaysia tiada kejadian gempa bumi, cuma tanah runtuh, dibukit antarabangsa, dan highland tower disebabkan manusia sendiri yang membinasakannya.

Firman Allah,  (Surah Al Isra’ ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

Sumber disini.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.3/10 (3 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Punca Gempa Bumi, 7.3 out of 10 based on 3 ratings

Kategori/Sitemap

Bidadvertiser

Comments

  1. norhaiza says

    askm boleh tak kalau saya nk kongsi ilmu ini dgn saudara

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says

      W’salam boleh…

      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: 5.0/5 (1 vote cast)
      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge