Aku pemain pro yoyo nih!!
Sejenis permainan yang aku juga meminati ketika waktu zaman persekolahan dahulu. Pada asasnya, aku cuma tahu mainan yoyo yang tiada apa-apa skill cuma gulung biasa-biasa sahaja. Namun, apabila yoyo mula semakin diminati ramai, apabila pakar-pakar dari luar negara membuat persembahan di malaysia. Disitulah bermulanya wujud golongan baru dalam permainan yoyo ini. Waktu tuh time spot check dekat sekolah, dah kena ambil yoyo aku, rugi-rugi!!.
Asal kegunaan yoyo.
Pada permulaannya, yoyo digunakan sebagai salah satu senjata asas yang digunakan oleh pembunuh upahan untuk membunuh. Jangan main-main!
Sejarah permainan yoyo.
Tahun mula-mula di perkenalkan permainan yoyo (peraturan dan pertandingan) ini pada tahun 1920. Namun ramai yang percaya bahawa yoyo berasal dari Cina. Dalam perkembangannya, Duncan Palmer yang seorang usahawan memproduksi mainan pada tahun 1930. Sejak itulah yoyo semakin dikenali. Yoyo pertama dibuat dinamakan sebagai Duncan O-BOY. Maka sejak saat itulah permainan ini semakin ramai pemain yang profesional, dengan pelbagai skill dan teknik-teknik yang sangat mengagumkan.
Macam mana dipanggil yoyo nieh?
Nama yoyo sendiri diberikan oleh orang Filipina. Pada tahun 1920, seorang warganegara Filipina, Pedro Flores, telah membuat perusahaan mainan di California, Amerika. Kemudian, pada tahun 1928 perusahaan Pedro memproduksi mainan kanak-kanak kecil yang kemudian ia namakan yoyo (“come-come”). Jadinya sebelum nama yoyo dipanggil, tahun-tahun sebelum itu dipanggil “incroyable” dan “emigrette.”
Jom kita layan satu video demo orang main yoyo nih, (orang jepun main).
Anda sudah bersedia untuk bermain yoyo?? Udah-udah ler tuh, budak-budak muda boleh lah main yoyo.
Sumber : wikipedia, inventors about
tengkorak emas says
yoyo..setakat lantun biasa2 je bolehla..tu pun tak dapat sambut balik mwahaha
jom lawan guli dgn gasing la wei 😀
Zik says
gasing ok gak.. nanti buat entri pasal gasing lepas nih.. huhu
syafiq.net says
huh tu zaman muda2 dulu ni main yoyo. ProYo BumbleBee~ siap ada humming lagi yoyo tu haha.
Zik says
pro lah nie ek..
syafiq.net says
mana ada pro. biasa je weh. tapi memang keluar duit beli tali dengan kayu/besi untuk lilit tali tu. kejap je dah haus. siap taruk lilin bagi licin tu. nak panjangkan hayat dia.
tapi kalau aku ada sekarang aku guna petroleum jelly. aku rasa lagi bagus dari guna lilin.
yusof says
zik..cuba search yoyoskeel.budak unikl dulu..skran pro yoyo.
Zik says
aku ada perasan … next entri…
fikryn says
Dulu masa aku sekolah.. aku pernah kena denda dengan cikgu. Sebabnya, yoyo yang aku main terkena mata kawan aku. Bukannya sengaja, tapi nak terkena.. apa nak buat. Tp sekarang dah tak main sebab dah ‘tak cukup muda’ lagi.. hi hi
Zik says
tak cukup muda lagi.. hik2…
mekar says
Hi zik,
yoyo salah satu permainan mekar di zaman kanak2. Skrg dah xmain lagi. InsyaAllah bila ada anak nanti, boleh beli 1 utk dia main pula :ninja:
Zik says
owh yeker.. anaknya kalau main yoyo nanti… expert tuh..
azizan4444 says
yoyo ni salah satu fevret aku dulu2..sekarang klu yoyo yg betul2 menarik harga dia tinggi woo..
Zik says
simpan buat khazanah, atau tatapan anak cucu cicit kita.. huhu
suffer8zine says
dulu aku pernah join pertandingan yoyo anjuran bp (skg dah jadi bhp)
Zik says
kiraa pro lah nie ek??
suffer8zine says
hehhe dulu la kot, skg jari dgn tgn dah keras, aspek otot tgn dgn kualiti yoyo penting, pernah sekali yoyo terkena mulut sampai berdarah 😛
Miss Tira says
Huuu, tak pernah main yoyo. Tapi tgk video tu cukup mempersonakan 🙂
Zik says
tengok memang suka juga.. nak buat.. bkan senang tuh… mahu belajar 2,3 bulan .. belum tentu lagi…
padin says
aku suka tengok orang main yoyo ni, tapi aku tak reti n xminat nak main pon huhuuu
Zik says
ramai yang macam tuh… :happy: :happy:
Ali ridha says
yoyo ni aku minat pelbagai skil.
satu habuk pun tak jadi.takut nanti
patah tangan. :cheerful:
Zik says
belajar yang basic jer pun dah ok..huhu
Bro Ery says
Teringat masa tu tahun 1997 tgh top gila musim yoyo ni. Yohan datang buat persembahan kat Malaysia. Sana sini ada pertandingan mencari bakat pemain yoyo. Then masa tu tgh top yoyo Duncan Bumble Bee. Pemain yoyo tu siap ada stlye tersendiri dalam berpakaian. Hahaha~
Zik says
siap ada develop team tuh….
Sabahan Bloggers Club says
Semalam baru jer tengok cerita MyTV3 pasal YOYO ni. Mamat tu juara Yoyo kat Malaysia ke apa?
Zik says
mamat tuh juara… dan dia ex student unikl.. hehe tumpang bangga sikit..
Razlan says
Pernah gak main dulu masa form 3 dulu,lantun ponya lantun ,agaknya terlepas daa ,terus hentam kepla daa,2 hari bengkak…bahaya gak oo yoyo ne!!tapi best
Zik says
sakit tuh… ayoyo… cubaan..
Ismail N says
Kawe pun minat jugak main yoyo time kecik2 dulu tapi tak expert la..
Bukan senang ooo.. plus kalau pakai yoyo yg murah2 tak jadi la aksi2 yg sukar.
Zik says
yoyo yang mahal baru puas hati dia punya skill2 yang mahal tuh..
Luthfi says
pergh baru tau dari china, ingatkan dari jepun. huhuhu
Zik says
aku ingat dari benua eropah.. ataupun amerika…
papabear says
aku cuma boleh up and down jer… hehe…
Zik says
samalah … tapi dah improve sikit.. boleh buat skill jam tik tok..
LiFe KaMi says
pergh lama giler tak main yoyo ni..
kalau sruh main mesti tak reti lg..:)
Zik says
main up and down jerla kalau macam tuh.. huhu
muhammad fakhruddin says
Rasanya macam pernah dengar professional yoyo player mati sebab yoyo juga. Wallahua’lam
Zik says
owh yeker.. baru tahu…
zulkbo says
salam Zikr..
zaman POYO dan YOYO saya
dah habis..tinggal blogging
ngan internet je sukan saya
sekarang..he he :silly:
Zik says
sukan yang hampir semua orang mula bekecimpung..hehe
akubiomed says
Yo Yo antara kegilaan semasa kecil. Beli Yo Yo pakai duit raya 🙂
Zik says
yang mahal punya lah ek???
ejoncb says
hahahaha..main yoyo sekadar baling2 jer..tak reti pun wat trick
Zik says
yang trick ada cara dia tuh… tungguew..
Dalila Dayana says
ingt dulu mase trend yoyo ngh popular…mcm2 skill…ada yg leh maen yoyo smbil menari tp xtaw la skunk dah blik trend tue semula…..yg nampak budak2 kecil yg maen yoyo tue
Zik says
budak2 main yoyo kira oklah dari duk lepak2 apa gunanya…huhu
Mrs.Ayie says
Dari umur 9 tahun cuba main yoyo. Sampai sekarang, tak pernah berjaya. Sedih sedih.
Zik says
takpe cuba lagi..hekhek2..
slimdiet2 says
terer betul skill budak tu. aku masa kecik-kecik dulu main biasa-biasa je. main yoyo sebagai sebahagian permainan kanak-kanak masa kecik je, bukan sebagai hobi
Zik says
yang betul2 minat… jangan dihalang…
Pejuang Kesenian Extreme says
Yoyo ni aku minat sampai sekarang..hehe (cuma dah tak main lagi)
Dulu,aku suka kat hiroyuki suzuki..Mamat ni main yoyo memang terbaik bro…
Dan kebetulan pula masa sekolah dulu cikgu ada membuat ujian oral (utk matapelajaran bahasa inggeris),jadi tugas pelajar,kita dikehendaki membuat perbentangan di depan kelas menggunakan bahasa inggeris..Jadi masa tu ,aku buat kerja gila wat cerita pasal yoyo bermula dari sejarah yoyo hinggalah ke tahap2 skill..Aku ada bawa sekali satu kotak yoyo yang dibahagikan kepada beberapa gred..Time tu memang minta cikgu BI tu backup kalau ada spot check (takut kena rampas)
Jadi bermulalah turn aku dan aku persembahkan la hal2 mengenai yoyo…tapi bab tunjuk skill la paling best..Aku tunjukkan kepada cikgu skill dari beginner hingga ke expert sambil menerangkan tentang jenis yoyo yang patut digunakan..Disebabkan penyampaian aku baik dan lain daripada yang lain,aku diberi markah “A”…
Senyum sampai telinga dibuatnye..hehe
Zik says
yeker.. phuyooii.. siap demo dari beginner hinggalah sampai expert tuh.. thumb up ..
Pejuang Kesenian Extreme says
minat punye pasal…
yoy says
wlupun name aku yoy..tp tak pernah maen yoyo..hehe
Zik says
dapat sikit tempias tuh..
tehr says
aku sorang tak reti main benda ni
macam pelik je
haha
Zik says
try la sekali sekala.. hehe..
Anip says
dulu kecik2 terlibat juga dgn permainan nie, heheh..best kot, skrg dh kurang daa
Zik says
berapa skill yang kau boleh buat bro??? try buat demo sekali.hehe
suri says
untuk tahun lepas ada gak suri hasilkan entri ttg yoyo ni..
jom main yoyo sb dah lama tak main yoyo ni 🙂
aimannajmy says
perghh dah lama sungguh tak men yoyo ni..last men masa sekolah menengah jaaa…98-99 camtu..time tu pakat dok pulun tunjuk skill~
mancai says
nak gulingkan yoyo pun aku tak pas2 lagi… tq bro info yang baru aku tau pasal yoyo ni…
Nik Asyraf says
salam, bro nk tanye skit. setahu aku yoyo namanye ‘come-back’ bukan ‘come-come’. kalau x silap lah