Perbelanjaan Kerajaan, apa yang dibelanjakan? 15

budget, budget government, perbelanjaan negara, Perbelanjaan pembangunan ialah perbelanjaan yang dilibatkan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial negara. Apabila melibatkan perbelanjaan pembangunan, ia  meliputi perbelanjaan membina sekolah, lapangan terbang, dan menyediakan infrastruktur untuk memudahkan sistem perhubungan dan sistem pengangkutan buat rakyat jelata.

Pada asasnya, peningkatan/peratus perbelanjaan pembangunan kerajaan bergantung pada keadaan ekonomi negara. Apabila ekonomi mengalami kemelesetan, kerajaan akan menambahkan jumlah perbelanjaan pembangunan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Ini penting demi kestabilan ekonomi dan politik dalam negara.

Perbelanjaan Kerajaan: Dibahagikan kepada 2 iaitu perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

1) Perbelanjaan mengurus
a) Emolumen
b) Bayaran khidmat hutang
c) Pencen dan ganjaran
d) Pembelian dan serahan kepada kerajaan negeri

2) Perbelanjaan pembangunan
a) Perkhidmatan keselamatan
-peralatan pertahanan
-keselamatan dalam negeri
b) Perkhidmatan sosial
-pelajaran
-kesihatan
-perumahan
c) Perkhidmatan ekonomi
-pertanian dan pembangunan luar bandar
-kemudahan awam
-perdagangan dan perindustrian
-pengangkutan
-perhubungan
d) Perkhidmatan am
-projek pembangunan
-perkhidmatan awam
-pembinaan infrastruktur ICT

Pengurusan Perbelanjaan.

1. Perbelanjaan mengurus kerajaan ialah peruntukan perbelanjaan untuk membayar kos
pengurusan dan pentadbiran kerajaan.

  • Perbelanjaan mengurus merupakan perbelanjaan semasa dan bersifat berulang-ulang pada setiap tahun.
  • Sebahagian besar perbelanjaan kerajaan

2. Perbelanjaan pembangunan ialah perbelanjaan pelaburan jangka panjang oleh kerajaan untuk projek-projek pembangunan ekonomi negara

  • Perbelanjaan pembangunan akan meningkatkan pembentukan menambahkan modal fizikal
  • Negara dan seterusnya mempengaruhi tingkat guna tenaga dan pendapatan negara
  • tidak bersifat berulang-ulang
  • lebih rendah daripada perbelanjaan mengurus

Jenis Perbelanjaan Mengurus

1. Emolumen(gaji/upah)

  • Bayaran gaji kepada kakitangan kerajaan

2. Bayaran khidmat hutang

  • Bayaran balik pokok dan faedah ke atas pinjaman. Sumber pinjaman kerajaan ialah dari sumber dalam negeri dan sumber luar negara.

3. Pencen dan ganjaran

  • Pencen ialah bayaran bulanan kepada pegawai kerajaan yang telah bersara. Ganjaran ialah bayaran sekali sahaja kepada pegawai kerajaan ketika mula bersara

 

4. Pemberian dan serahan

  • Pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri merupakan peruntukan perbelanjaan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri
  • Peruntukan ini berdasarkan jumlah penduduk bagi setiap negeri

5. Perbelanjaan lain.

(a) Pemberian subsidi

  • Kerajaan memberikan bantuan kewangan (subsidi) kepada pengeluar dengan tujuan untuk menurunkan kos, pengeluaran dan seterusnya harga barang di pasaran.

(b) Bekalan dan perkhidmatan

  • Perbelanjaan kerajaan untuk penyelenggaraan jalan raya, sekolah, hospital dan harta kerajaan yang lain. Perbelanjaan terhadap pembelian bahan dan bekalan kepada jabatan kerajaan.

(c) Biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran

  • Kerajaan memberi biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran kepada para pelajar di sekolah dan universiti. Pembiayaan ini juga termasuk para pelajar yang belajar di luar negara.

(d) Bayaran pengurusan kepada sekolah dan menengah

  • perbelanjaan di sekolah adalah untuk mempertingkatkan lagi kualiti pelajaran

(e) Pemberian kepada badan-badan berkanun

  • Badan-badan berkanun dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan melalui Akta Parlimen. Contohnya PETRONAS dan MARA.

Jenis Perbelanjaan Pembangunan

Peruntukan perbelanjaan pembangunan oleh kerajaan dapat dikategorikan kepada:

1.Sektor perkhidmatan sosial

  • Dalam sektor perkhidmatan sosial, perbelanjaan kerajaan adalah untuk membina bangunan hospital, sekolah dan rumah kediaman. Perbelanjaan ini termasuk penyediaan kemudahan dan kelengkapan moden untuk perkhidmatan pelajaran dan kesihatan.

2.Sektor perkhidmatan ekonomi

  • Dalam sektor ekonomi, perbelanjaan kerajaan adalah untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam kepada orang ramai.

3. Sektor pentadbiran am

  • Dalam sektor pentadbiran am, perbelanjaan kerajaan adalah untuk projek pembangunan dalam perkhidmatan awam. Perbelanjaan ini adalah untuk meninggikan

Mutu perkhidmatan sektor awam.

4.Sektor keselamatan

  • Dalam sektor keselamatan, perbelanjaan pembangunan kerajaan adalah untuk menyediakan senjata dan kelengkapan kepada pasukan tentera dan polis negara. Perbelanjaan untuk sektor ini juga termasuk penyediaan tempat kediaman dan alat pengangkutan kepada pasukan keselamatan kita.

Perbezaan antara perbelanjaan mengurus dengan perbelanjaan pembangunan.

Perbelanjaan Mengurus

  1. Merupakan perbelanjaan semasa kerajaan. Membolehkan pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancar.
  2. Contohnya, emolumen, pencen dan ganjaran, serta bayaran khidmat hutang
  3. Bersifat berulang-ulang setiap tahun
  4. Sebahagian besar perbelanjaan kerajaan

Perbelanjaan Pembangunan:

  1. Merupakan perbelanjaan pelaburan kerajaan. Dapat menambahkan modal fizikal negara.
  2. Contohnya, membina jambatan, hospital, lapangan terbang dan sekolah.
  3. Tidak bersifat berulang-ulang setiap tahun
  4. Lebih rendah daripada perbelanjaan mengurus

Lihat, bukan mudah untuk mentadbir negara. Nasib baiklah, banyak tugas-tugas ini dipegang oleh pakar-pakar ekonomi negara yang masih bijaksana dan bersama-sama berfikir tentang masalah ini untuk hari ini dan akan datang.

Sumber scrid document.