Perancangan yang berkesan

banner 125x125, advertise here, ladfe amir banner

Diantara ciri-ciri yang bagus untuk terus berdaya saing, dengan mempunyai strategi pengurusan diri yang teratur ialah dengan mempunyai matlamat yang jelas dan jangka masa  yang telah kita tetapkan (deadline).

Diantara contoh matlamat kita yang ingin capai, yang ini lebih kepada persendirian, berbeza dengan organisasi.

Show your target! (Tunjukkan matlamat anda).

Salam semua. Perancangan sepatutnya sesuatu yang menyeronokkan. Jika anda mendapati perancangan itu mengancam anda, cubalah bekerja dengan perasaan ini. Perasaan anda amat penting dan mungkin sedang cuba memberitahu anda sesuatu. Sebagai contoh, anda sedang mengemas kini rancangan perniagaan tetapi tidak mempunyai tenaga untuk melakukannya.

Apabila ini terjadi, carilah sebabnya. Perkara tadi mungkin terjadi kerana penangguhan yang datang daripada rasa takut akan kejayaan atau kegagalan- dan perkara tadi mungkin juga kerana anda malas- tetapi selalunya gerak hati anda akan cuba memberitahu anda sesuatu. Mungkin secara intuisinya anda tahu yang reka bentuk baju pejabat itu tidak bagus: inspirasi baru menonjolkan diri. Mungkin rancangan perniagaan anda membosankan; mungkin anda patut cuba menjadi lebih bercita-cita tinggi.

Sebaliknya, anda mungkin seseorang yang tidak pandai  merancang. Jika anda tidak pandai merancang, anda mungkin sudah mengetahuinya. Merancang adalah sesuatu yang menyiksakan bagi anda; anda mungkin lebih rela cabut gigi anda sendiri. Masalah sebegini ada jawapannya ; dinding perancangan yang perlu kita buat.

Merancang dengan memilih : sediakan dinding perancangan!

Hendak merancang atau tidak? Jika anda salah seorang daripada mereka yang mendapat merancang adalah sesuatu yang sukar (orang-orang yang berfikir dengan otak kanan selalunya tidak suka merancang) lupakan saja cara yang teliti, bertulis dan cuba pedekatan visual. Buatlah dinding perancangan. Untuk mebuat kawasan itu di dinding. Lekatkan seluas papan bergabus pada sebahagian daripada dinding anda.Sebenarnya itu bergantung kepada kreativiti anda. Apa yang penting mesti ada, kalau tak memang pening, nak cari senarai-senarai perlu dari dari meja kita yang selerak dengan kerja-kerja yang lain.

Contoh dinding perancangan, bergantung kepada kreativiti masing-masing

Semoga zik dan anda semua, menjadi orang yang bermatlamat.

Sumber :Buku pengurusan masa dalam 21 hari. Angela Booth.

Related post

About Zik

Berkongsi ilmu, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
This entry was posted in Motivasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge