a365f3347204313d5ebf4adf8287c761fefaf962

Comments

  1. Saya mempunyai riaksi yang bercampur campur mengenai pengubalan Akta Auku kerana zaman sebelum sebelum Merdeka gerakkan menentang penjajah kebanyakkan dikalangan mahasiswa yang berlajar di Mesir mendapat pendedahan dengan gerakan mahasiswa di sana.

    Zaman selepas Merdeka berbeza kerana ledakan teknologi dan sebagainya. Penglibatan mahasiwa didalam bidang politik perlu dilihat keperluan dan kebebasan bersuara didalam politik. Mereka ini pun belum layak mengundi dan baru hendak mengenali dunia.

    Ketika menjadi mahasiwa dahulu amat sensitif mengenai isu semasa pantang dijentik maklumlah darah panas kadang-kandang terikut perasaan hingga menepikan tindakan kewarasan.

    Apabila sudah melangkah alam pekerjaan dan menjadi ketua keluarga sudah mula kemantangan. Saya tidak mudah menerima sesuatu isu bulat-bulat yang kadang-kandang hanya lebih disebelah pihak sahaja. Sedangkan isu sebenar tidak diselesaikan tetapi dipanjangkan dan menjadi lebih teruk. Apa guna bertegang leher kalau masalah tidak selesai. Itu yang mengecewakan saya dengan keadaan sekarang kerana ramai yang cuba menunjukkan siapakah Jalak lenting padahal kaki sendiri terdedah togel.

  2. Rasanya ia adalah sesuatu yang baik kerana mahasiswa/siswi juga matang dan dapat memberi idea yang bernas kepada perkembangan politik di Malaysia.

  3. Pengubalannya yang menghadkan di luar campus adalah baik kerana campus adalah tempat untuk belajar. sekiranya di dibenarkan di dalam campus ia akan mewujudkan ketegangan jika ada 2 buah pihak yang menyokong lain2 parti menunjukan ketidakpuasan mereka di campus.

  4. Pasal gerakan politik di sera 50an dan 60an Benjy tidak tahu sangat kerana tidak mengambil tahu sejarah pergerakan politik mahasiswa/siswi di era itu.

  5. Harap perjuangan politik yang akan diperjuangkan oleh mahasiswa/siswi lebih matang dan tidak melibatkan politik wang sebagaiman yang ada sekarang.

  6. Moga niat mereka berpolitik, mendekatkan diri mereka kepadaTuhan. Itu matlamat yang saya kira paling utama. Moga tidak terleka dengan keseronokan berpolitik. 🙂

  7. eloklah tu..ni salah satu cara untuk menarik balik muda mudi di luar sana dgn dunia politik di negara kita..kadang2…ada yang tak tahu pasal dunia politik langsung ! akibatnya..ada yg pki undi sahaja…kualiti anak muda skrng dlm pemikiran kritikal pun agak kurang..jadi kalau ada auku mungkin ada saluran lain yg boleh menyebabkan pandangan anak muda di dengar dan dilempar..contohnya melalui debat secara terbuka dan langsung di tv pun ok…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *