Umum kita mengetahui, penggunaan internet di malaysia dan juga diserata dunia mengalami peningkatan yang mendadak dari tahun demi tahun. Ia satu perkembangan yang baik dan bagus untuk kita semua, kerana ia menjana ekonomi yang bersifat global.
Yang bagusnya ialah segala maklumat dan juga informasi boleh kita dapat secara pantas hanya di hujung jari.
Internet kini dikira dan diiktiraf menjadi “tulang belakang” kepada ekonomi dunia. Ia umpama nadi/nyawa. Ia bertindak sebagai katalis untuk meluaskan lagi rangkaian perniagaan, membantu secara langsung pertumbuhan perniagaan berkonsepkan ‘penjenamaan’.
Dalam konteks yang lain, internet kini menjadi satu peluang untuk merebut peluang ekonomi dalam perkhidmatan jalur lebar bukan sekadar memastikan akses kepada maklumat tidak terbatas kepada masyarakat, tetapi juga faktor penyumbang kepada kelestarian ekonomi negara.
Apakah itu jalur lebar?
Jalur lebar (broadband) adalah merupakan medium yang menjadi penghubung komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband, kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi.
Contohnya ialah ADSL (Asymmetric Digital Subscriber Line), di mana ‘suara’ dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum (‘suara’ dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).
Perkhidmatan internet/jalur lebar masih tidak memuaskan.
Yang tidak puas hati ialah tahap servis, penggunaan internet jalur lebar yang ada di malaysia. Mungkin ada yang sudah berpuas hati dengan talian internet streamyxnya. Berbeza dengan pengguna jalur lebar seperti celcom broadband, maxis, digi dan sebagainya. Yang terbaru dengan tagline, potong-potong! Semakin hari semakin banyak pesaing syarikat cuba menarik hati pengguna internet tegar seperti aku.
Promosi bukan main lagi. Tapi wimax nia bagi aku oklah, cuma streaming youtube lambat giler.
Mereka juga cuba mempraktikkan strategi menawan pelanggan dengan harap dapat sales. Dari psikologi harga rm68 sebulan (macam murah) tapi hampeh!, meletakkan strategi harga, percuma bajulah, itu ini. Tetapi hanya khabar indah dari rupa, bila dah guna sebulan dua, mungkin ok, lepas tuh macam hampeh! Apakah kuasa kita sebagai pengguna?
Isu ini dah lama diperkatakan ramai orang, namun masih tiada lagi jalan penyelesaian.
Alternatif selain menggunakan jalur lebar.
Ya, sebenarnya isu untuk mengunakan jalur lebar menggunakan wayar eletrik untuk dipertengahkan atau lebih tepat ialah perkenal jalur lebar guna wayar elektrik yang mempunyai kepantasan yang semaksimum yang mungkin berbanding broadband yang sedia ada.
Sumber (UTUSAN MALAYSIA – RUANGAN FERIZ OMAR (Edisi: Selasa, 10 November 2009, Muka 10)
Namun, ia menjadi penghalang dan juga kerana takut pesaing-pesaing lain, gulung tikar. Wallahuallam. Masih lagi dalam siasatan.
Kesimpulan.
Servis internet masih tidak berbaloi-baloi dengan perkhidmatan sedia ada. Mereka perlu perbaiki, jangan selalu takda line jer. Harga yang ditawarkan masih dianggap mahal. Sekiranya ingin menarik lagi orang untuk membeli broadband/perkhidmatan internet, haruslah murah lagi!. Pakej untuk student price harus dikekalkan.
Sumber-sumber lain
broadband celcom aku semakin baik sekarang
terima kasih kepada celcom
hehehe
ikut kawasan kot.. kat sini.. macam hampeh jer… huhu
internet sgt penting skrg..
sop sendiri tanpa internet, buntu juga lah.. 🙂
jika dilihat dari dulu, semakin bertambah baik dan murah..
tp jika dibandingkan dengan negara maju, agak ketinggalan lagi.. moga terus berkembang.. 🙂
yeah..skong..bg aku, aku blh idop tnpa hp..tanpa tv..
tp aku xblh idop tnpa laptop n berukband aku..wlapun berukband itu lebih kpd cipanzi..hoho
:devil:
hohohoh promote WOW tapi lepas sebulan WEWWWW~
tu perkara biasa kan?
biasa sangat dah… huhu
Setuju sangat-sangat.Perkhidmatan kurang memuaskan,tapi bil cepat jer sampai.lambat bayar dah kena potong.Sepatutnya perkhidmatan kenalah mantap dan pantas,sepantas menghantar bil.
aha! memang tak best. bil lajuuuu je~
setakat ni streamyx je lah pilihan utama walaupun selalu down dan tak capai kelajuan maksimum yg dilanggan..
yang terbaik di malaysia cuma streamyx..
bagus ni, dengan adanya macam-macam company berebut nak bagi servis internet, setidak-tidaknya tak ada diorang duk selamba je bila kita complaint service tak bagus.
Berjaya memecahkan monopoli oleh TM
sekarang ni kita dah tak perlu nak complaint lagi dah. tak puas hati, tukar je terus. dulu aku guna celcom broadband, pastu tak puas hati tukar ke digi, lepas tu tukar balik kepada celcom hak3
yup betul..kalo xseblum nie, tm wat bodo je pn kalo org komen psl streamyx..skrg xlg..haha
:w00t:
aku plak tibe celcom bb dah capai limit..pdahal xsmpai sebulan lg..mmg tensen..buke fb mau 5 mnt..tu pn kena refresh byk kali
tukarlah yang lain pula mana tau lebih ok sblum ni :getlost:
dirumah masih menggunakan streamyx..kelajuan still lagi memuaskan.. :biggrin:
kalau guna teknologi wireless elektrik rumah tuh… lagi laju… tapi masih tak boleh masuk …. takut yang lain rugi… huhu
Paras harga langganan jalur lebar terlalu tinggi…dah tiba masanya diturunkan!!!
ya betul tuh…. seharusnya turun la… masih mahal sebenarnya..
stuju…kena ade student price…macam aku skrang guna jaring..so bila balik melaka terpaksa tinggalkn jaring tu..melaka takde coverage..huhu
tulah rugi jer rasa… aku balik kg… takda terus…
setakat ni pkai streamxy je. okae xde pape. ngee 😀
2mb pn dh laju. ehe
aku kat rumah 4mb… tapi yang gunanya berapa…ah ha..
haha. dh kalah aku ni. adih laju bro. haha
Salam Zik.
Aku setuju dengan apa yang diperkatakan. ‘Mereka’ lebih seronok mempromosi, mencari pelanggan & mencari untung.
Seingat aku, guru komputer pernah memberitahu: perkhidmatan jalur lebar seperti P1MAX, Celcom, Maxis & Digi, apabila semakin ramai pelanggannya, semakin sempit & kecillah jaringan itu. Hal ini tidak diberitahu di dalam promosi mereka. :ninja:
Kuasa di tangan kita.
p.s: buat masa sekarang, aku sangat puas hati guna Streamyx. Walaupun cuma boleh ada di dalam talian di rumah sahaja. 😉
hurm …kalau kawasan tuh ramai yang guna… jadi lembat tenet nih… hai nasib…
Streamyx adalah terbaik huhu…selalu lepak library memanjang ler streamyx free lak tu…laju lak tu huhu…
kan bagus library 24 jam…hehe
Aku pun pengguna setia streamyx
Insya Allah ada rezeki nak upgrade pakej
wah best tuh bro… nie pun ingat nak tukar baru/yang lain… tak sanggup macam nie..
hehe… tahniah2x..
tak suke btol la kena tipu mcm tu je..sebab kita bayar kan benda tu tiap bulan…lain la bile line xelok kita tak payah bayar…
tak pernah miss bayar nih… … hadoila… mahu report pada sapa nih..
Harga mahal takpe janji ok, tapi masaalahnya harga mahal tapi hampeh, menyakitkan hati je, yang murah lagi la…..
Ps : aku pakai streamyx je 😀
yang murah macam murah….tiba2 tengok bil… kena bayar itu ini… menipu jer kerjanya.. alahai…
Salam….
Dah pernah guna celcom BB dan masih belum tamatkan servis, terus tak bayar2 smpai skrg.
Alhamdulillah skrg guna Wifi, ok je, laju jgk…
Celcom BB aga gak… jarang guna.. tapi masalah nya kadang2 tak ok line nya… grrr
Saya sokong penggunaan broadband melalui wayar elektrik kerana penduduk di Malaysia memang mempunyai bekalan elektrik ke rumah mereka dari segi infrastruktur sudah jimat. Manakala wireless untuk kawasan pendalaman yang masih pakai generator elektrik. Dekat sini dapat jimat kos membina pencawang
jimat kos… masalahnya pesaing tak setuju…
kalau nak travel tuh.. terpaksa lah guna bband… huhu
dulu guna maxis. masa guna dulu dpt unlimited, tp bila maxis tukar syarat. aku kena bayar rm98 utk guna 3gb. tak adil utk aku.
skrg aku pakai streamyx.
Streamyx memang puas hati!
wah2. cepatnya dia. tahniah2
ambilah hadiah kat ats tuh cun gak hee..gurau jer :pinch:
stuju statement bro di awalnya.
promosi bukan main. tp bila dh pkai, cm hampeh je.
Biasalah semua nak jadi mcm DDR
haha. tak pasal2 DDR tu plak yg kena.
iklan gampak P1 wimax.buat aku
tak suka.liputan bukan menyeluruh.
tapi iklan kata suruh potong.
Mungkin itu strategy mereka memikat pelanggan 🙂
Bagi pendapat peribadi.. Jalur lebar yang terbaik adalah streamyx.. Jika streamyx slow yang lain lagilah slow!
Di malaysia tidak boleh dikategorikan negara it.. Kerana negara yang sangat lembab dari segi kualiti jalur lebar
ada yang combo mah ok jer..tapi klu guna lain tahu mmg sah2 tak der line..huuu
P1 wimax aku pernah guna.
ikut kawasan juga.aku guna
laju je.