Berita baik kepada semua calon exam online bagi jawatan kawalan trafik udara gred A 41 dan A 29 edisi 2017. Kali ini kita akan sediakan nota untuk persediaan calon exam kali ini untuk lebih mudah dan tahu cara format macam mana nak jawab. Soalan memanglah tidak 100% sama, cuma kita bagi format dan bentuk soalan dia lebih kurang macam inilah.
Apepun tahniah kepada semua calon yang tersenarai dalam peperiksaan kali ini. Harap dapat persediaan yang lebih jitu dan pastikan ilmu didada sedia dengan secepat mungkin.
Kita memang tidak sediakan soalan bocor, ianya memang salah dari segi undang-undang. Memang kementerian betul-betul strict dalam menjaga privacy dan intelektual. So , jangan tanya soalan bocor atau contoh soalan. Yang ada ialah kita sediakan macam mana format dia, dan juga mungkin ada masuk juga isu semasa dalam 2,3 soalan.
Sebelum tuh semak betul ke korang tersenarai, semak disini. Masukkan no ic korang
Bila exam nih?
Tarikh Peperiksaan : 03 OKTOBER 2017 (SELASA)
Seksyen A : 08:00 PM – 08:40 PM
Seksyen B : 08:55 PM – 09:40 PM
Sila layari laman web :
http://e-semakanbcc.spa.gov.my/pktu/
Soalan seksyen A lebih kepada Soalan pengatahuan Am, Seksyen B daya menyelesaikan masalah. Lebih kepada matematik. Puratalah, persamaan serentak, gst ke, dan sebagainya. Kalau ikutkan memang mungkin boleh jawab kalau ada banyak masa, tapi masa terhad so memang kebanyakkan calon tak cukup masa untuk jawab soalan nih. Tak sempat, tembak jerla jawabnya. Huhu..
DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kawalan trafik ‘Area Control’ di dalam ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I) dan Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya dengan memberi panduan, arahan dan kebenaran kepada juruterbang bagi membantu mereka supaya dapat mengendalikan pesawat dengan selamat, teratur dan pantas.
Soalan dan Jawapan berikut berkait dengan Kawalan Trafik Udara (ATC).
- Apakah Kawalan Trafik Udara (ATC)?
ATC merupakan perkhidmatan yang disediakan untuk menggalakkan aliran trafik udara yang selamat, teratur serta cepat dan efisien. Keselamatan terutamanya bermakna menghalang pesawat daripada berlanggar dengan pesawat lain dan halangan, dan terhempas; membantu pesawat mengelakkan cuaca buruk; memastikan pesawat tidak terbang dalam ruang udara di mana penerbangan dilarang; serta membantu pesawat dalam kecemasan. Aliran trafik udara yang teratur serta cepat dan efisien memastikan kecekapan operasi pesawat di sepanjang laluan yang dipilih oleh operator. Ia dilaksanakan menerusi peruntukan sumber sistem yang saksama kepada setiap penerbangan.
- Siapakah ‘Pengawal Trafik Udara’?
Pengawal trafik udara merupakan kakitangan terpilih dan terlatih yang memastikan trafik udara selamat dan efisien. Mereka membantu juruterbang berlepas dan mendarat dengan selamat, serta memastikan pesawat berada dalam jarak yang selamat antara satu sama lain.
Pengawal trafik udara bertanggungjawab terhadap bahagian ruang udara tertentu yang termasuk berhubung secara kerap melalui radio dengan juruterbang yang melalui bahagian itu. Tanggungjawab tersebut melibatkan pemberian arahan, nasihat dan maklumat kepada juruterbang. Tugas pengawal trafik udara berbeza mengikut tempat mereka ditugaskan.
- Di manakah ‘Pengawal Trafik Udara ’ bertugas?
Pengawal trafik udara ditugaskan di menara kawalan di lapangan terbang atau pusat kawalan yang terletak di Subang, Kuching dan Kota Kinabalu.
- Apakah skop tugas pengawal trafik udara?
- berhubung dengan pesawat melalui radio dan/radar;
- memandu arah pergerakan pesawat semasa penerbangan atau di lapangan terbang;
- mengarahkan pesawat supaya naik atau turun dan menguntukkan aras penerbangan akhir;
- memberikan maklumat tentang keadaan cuaca kepada pesawat;
- memastikan jarak minimum di antara kapal terbang dikekalkan;
- menangani peristiwa yang tidak dijangka, kecemasan dan trafik yang tidak mengikut jadual.
- Terdapat berapa jenis ‘Pengawal Trafik Udara’?
Terdapat tiga jenis Pengawal Trafik Udara:
- Pengawal kawasan – mereka ditugaskan di pusat kawalan. Mereka memandu arah pesawat semasa penerbangan dan memberikan laluan yang paling efisien ke destinasi. Dengan menggunakan radar dan teknologi komputer, mereka boleh mengesan kedudukan sebenar setiap pesawat. Mereka juga menggunakan radar untuk memisahkan trafik di udara.
- Pengawal sua – mereka ditugaskan di pusat kawalan. Mereka mengambil alih tugas komunikasi daripada pengawal kawasan sebaik sahaja pesawat menghampiri lapangan terbang. Mereka bertanggungjawab menentukan bila dan di mana setiap pesawat harus mendarat, dan memandu pesawat dengan cara yang paling efisien.
- Pengawal aerodrom – mereka ditugaskan di menara kawalan di lapangan terbang. Mereka bertanggungjawab terhadap pendaratan dan pelepasan pesawat, serta mengurus pergerakan pesawat di darat.
- Bagaimanakah waktu bekerja dan persekitaran kerjanya?
Kawalan trafik udara merupakan operasi 24 jam, yang termasuk hujung minggu dan juga cuti am. Pengawal trafik udara bekerja mengikut syif. Satu syif terdiri daripada dua hari bekerja, satu hari rehat dan cuti satu hari. Hari bekerja dibahagikan kepada syif tengah hari pada hari pertama, diikuti dengan syif pagi dan syif malam pada hari kedua. Tugas Pengawal Trafik Udara adalah mengendalikan stesen kerja, mengumpul dan mentafsirkan data menggunakan komputer dan paparan radar, serta berkomunikasi dengan juruterbang menggunakan peralatan radio.
- Apakah syarat yang diperlukan untuk menjadi Pengawal Trafik Udara?
- Memiliki kemahiran komunikasi yang cemerlang
- Boleh bekerja di bawah tekanan
- Boleh membuat keputusan muktamad dengan cepat dan mestilah berfokuskan matlamat
- Boleh mengendalikan haluan berasaskan teori dan kemudian mengaplikasikannya dalam situasi amali
- Boleh membayangkan objek bergerak dalam tiga dimensi
- Mestilah boleh bekerja sebagai satu pasukan
- Dapat memenuhi syarat yang diberikan oleh Civil Aviation Authority berhubung pemeriksaan perubatan kelas tiga
- Apakah kelayakan yang diperlukan untuk menjadi Pengawal Trafik Udara?
- Ijazah – Pengawai Kawalan Trafik Udara
- Diploma – Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara
- SPM – Penolong Pengawal Trafik Udara
- Apakah proses yang terlibat untuk menjadi pengawal trafik udara?
Mereka yang berminat memohon pekerjaan ini boleh berbuat demikian seperti yang berikut:
- Memohon menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan menggunakan borang dalam talian.
- Calon SPA yang berjaya akan menduduki ujian berikut sebelum disenarai pendek untuk ditemu duga:
- Ujian IQ
- Ujian Suara
- Ujian Bahasa Inggeris
- Ujian Psikologi
- Selepas ditemu duga, calon yang berjaya dilantik akan melalui proses berikut:
- Menjalani kursus latihan selama maksimum 66 minggu di Akademi Penerbangan Awam Malaysia.
- Mengikuti Latihan Semasa Kerja (OJT) bagi mendapatkan lesen live rating.
- Apakah yang akan saya pelajari sepanjang kursus 66 minggu itu?
Modul induksi meliputi meteorologi, operasi pesawat, navigasi udara, alat bantu navigasi, komunikasi, undang-undang penerbangan dan terbitan tentang penerbangan. Modul tersebut meliputi asas amali kawalan trafik udara di aerodrom atau persekitaran prosedur kawasan. Pelatih diajar cara memisahkan pesawat tanpa menggunakan radar.
- Apakah “Latihan Semasa Kerja”?
Keseronokan sebenar bermula selepas meninggalkan Akademi Penerbangan Awam. Latihan semasa kerja dijalankan di menara kawalan trafik udara wilayah atau pusat radar di bawah penyeliaan pengawal trafik udara berpengalaman. Pada peringkat ini, anda akan berubah daripada ‘pelajar’ menjadi ‘pelatih’ dan akan berlatih dalam persekitaran operasi, menangani trafik sebenar.
Pada mulanya, Pengajar akan bersama anda setiap masa. Selepas itu, pengajar akan berundur secara beransur-ansur, membenarkan anda membuat keputusan sendiri dan mengawal trafik seolah-olah anda bersendirian.
Apabila anda telah memperoleh pengalaman secukupnya dan menunjukkan bahawa anda boleh menangani semua situasi trafik dan kesukaran secara konsisten, anda akan disyorkan untuk menjalani penilaian kemahiran akhir. Jika anda berjaya menyempurnakannya, anda akan diberikan Lesen Kawalan Trafik Udara dan Rating anda.
- Apakah “Live Rating”?
“Live Rating” ialah lesen antarabangsa yang memberikan anda pengiktirafan untuk menjalankan tugas kawalan trafik udara. Lesen Pengawal Trafik Udara Malaysia dikeluarkan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan diiktiraf oleh Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Ini bermakna anda telah memperoleh kelayakan yang boleh digunakan di banyak negara
- Adakah terdapat laman web yang menawarkan sampel audio komunikasi antara juruterbang dengan pengawal trafik udara?
Terdapat beberapa laman web/blog yang membolehkan anda mendengar komunikasi antara juruterbang dengan pengawal trafik udara. Jika anda berminat, anda boleh membuat carian web dengan “live ATC” sebagai kriteria.
- Untuk maklumat lanjut tentang kerjaya sebagai Pengawal Trafik Udara, sila hubungi:
Sektor Pengurusan Trafik Udara
Jabatan Penerbangan Awam Malaysia
Aras 4, Blok Podium B
No. 27, Persiaran Perdana
Presint 4, 62618
Putrajaya
Tel. : 03-88714000
Saya tak cukup masa zik, nak google nak baca apa pun tak tahu nih, gua blur bro!
Adakah korang semua ingin membuat persediaan yang rapi dan menyeluruh supaya anda dapat menempuhi Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 atau exam yang lain, sekurang-kurangnya mesti lulus dan berbaloi?Adakan anda ingin mengetahu apakah format-format, contoh-contoh soalan serta bagaimana untuk menjawab soalan-soalan format dia macam exam online nanti? Ini penting sebab dah biasa nanti tinggal korang skor jer. Sebab masa berjalan dengan pantas, tak dapat jawab korang boleh skip atau google jer masa exam nanti. So mengenai panduan exam ini adalah seperti berikut:
- Contoh soalan untuk kefahaman dan rujukan lengkap dan pantas
- 40 lebih Nota ringkas untuk study last minutes
- 40 lebih Contoh soalan Seksyen A ( sudah update versi 2017 )
- 50 lebih Contoh soalan Seksyen B ( sudah update versi 2017)
Contoh soalan seperti berikut, contoh. Bukan semestinya ini soalan dalam exam nanti. Kemungkinan besar jerla.
Baca juga topik-topik berkenaan perkara berikut:
1. Konsep pengasingan kuasa
2. Perlembagaan
3. Konsep dan contoh
4. Sistem Kabinet atau Jemaah Menteri
5. Undang-undang di Malaysia
6. Badan Perundangan
7. Kehakiman di Malaysia
8. Dasar Dalam Negara
9. Dasar Luar Negara
10. Isu Semasa yang berlaku , contoh
CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA:
1. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga dikenali sebagai
A. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra
B. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail
C. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah
D. Lapangan Terbang Antarabangsa Tengku Ibrahim
2. Apakah skop tugas pengawal trafik udara?
I. berhubung dengan pesawat melalui radio dan/radar;
II. memandu arah pergerakan pesawat semasa penerbangan atau di lapangan terbang;
III. mengarahkan pesawat supaya naik atau turun dan menguntukkan aras penerbangan akhir;
IV. memberikan maklumat tentang keadaan cuaca kepada pesawat;
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
3. Terdapat 3 Jenis Yang Pengawal Trafik Udara. Manakah antara berikut adalah salah?
A. Pengawal Kawasan
B. Pengawal Sua
C. Pengawal Aerodrom
D. Pengawal Lapangan
4. Apakah Visi Jabatan Penerbangan Awam Malaysia?
A. Menjadi pakar penerbangan terkemuka di dunia
B. Meningkatkan keselamatan, perlindungan dan kecekapan secara berterusan demi industri penerbangan yang mampan.
C. Menjadi Pakar Kawalan Trafik Penerbangan Antarabangsa
D. Melindungi dan mengawal nadi utama aliran negara
5. Namakan salah satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia
A. Pertandingan Bahas Kenegaraan
B. Pertandingan Debat Kenegaraan
C. Pertandingan Jabatan Kerajaan
D. Pertandingan Penjawat Awam
Nota ada contoh soalan pun juga ada disediakan.
Berminat untuk memberi panduan click disini atau banner bawah ini.
Good luck diucapkan kepada semua calon..
Semoga rujukan ini dapat membantu para calon..
all the best kepada semua calon
Boleh tahan juga soalan exam online ni kan. Kena buat persediaan sepatutnya la kan.
Semoga berjaya kepada mereka yang menduduki exam online ni ?