gegar vaganza 5 2018, ggv 2018, ggv5,

TAHNIAH NORYN AZIZ JUARA GEGAR VAGANZA 5 2018!! 

Malam tadi Gegar Vaganza 5 Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, GV 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam. Seperti kebiasaan, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim berada di kerusi juri tetap manakala Datuk DJ Dave dan Joe Flizzow menyertai mereka berdua sebagai juri jemputan pada malam ini. Joe Flizzow dibawa mungkin kerana malam ini mereka mengetengahkan lagu genre rap untuk tema final kali ini.

Gegar Vaganza 5 keputusan penuh. 

1.Noryn Aziz - RM100,000
2.Dia Fadila - RM50,000
3.Zamani - RM30,000
4.Amelina - RM20,000
5.Maya - RM15,000
6.Billy Zulkarnain - RM10,000

Seperti yang dijangkakan penyanyi Noryn Aziz telah berjaya menewaskan 5 peserta lain apabila persembahan konsistennya setiap minggu telah memikat pihak juri dan seterusnya menjadikan beliau untuk memenangi juara Gegar Vaganza (GV5) musim ke-5 2018.

Bawa pulang rm 100k. 
No1. Noryn Aziz. 

Noryn Aziz yang bergelar juara berjaya merangkul wang tunai RM100,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort beserta piala Gegar Vaganza.

Di pertandingan akhir, pusingan pertama beliau membawakan lagu Laskar Cinta duet bersama Awi Rafael dan Where is the Love di segmen battle bersama Dia Fadila. Memang padu beb. Semua memang cantik kemas dia bawa lagu ini. Joe Flizzow pun tabik beb!!

No2, Dia Fadila. 

Naib juara, Dia Fadila berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.

Mempertaruhkan lagu Makin Aku Cinta duet bersama Ajai serta lagu Where is the Love di segmen battle. Dia Fadila nih kalau betul-betul mungkin markah tak banyak beza dengan Noryn Aziz nih. Almost perfect. Cuma dari segi diction kelebihan buat Noryn Aziz. Sikit jer kot.

No3. Zamani 

Tempat ketiga yang dirangkul oleh Zamani berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort beserta piala Gegar Vaganza. 

Pada malam tersebut Zamani berjaya membawakan lagu Lagu Jiwa Lagu Cinta duet bersama Ameng Spring serta lagu Bunga di segmen battle. Lagu pertama ada kureng sket, lagu kedua pun oklah. Cuma dari segi rap ada boleh diperbaiki lagi. Tapi bagi aku dah ok dah zamani nih. Kalau menang pun orang akan ada pertikaikan. So better no 3 dah ok.

No 4. Amelina. 

Tempat keempat yang diraih Amelina berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort beserta piala Gegar Vaganza.

Amelina membawakan lagu The Power of Love duet bersama Bob serta lagu Teman Pengganti di segmen battle. Dia ada lupa lirik sikit lagu kedua battle dengan Maya.

No5 . Maya Matahari 

Tempat kelima yang dimenangi oleh Mya Ruslee berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort beserta piala Gegar Vaganza.

Mya Ruslee membawakan lagu Nisan Cinta duet bersama Ernie Zakri serta lagu Teman Pengganti di segmen battle. First ok. lagu kedua rap ada agak berterabur. Tapi bagi aku dah cukup hebat membawa lagu ini dipentas final, seminggu jer beb persiapan.

No. 6 Billy Zulkarnain. 

Billy Zulkarnain pula berjaya mendapat tempat keenam dan berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort beserta piala Gegar Vaganza.

Duo Billy Zulkarnain membawakan lagu Curiga duet bersama Idayu serta lagu Bunga di segmen battle. Lagu perma ada agak kureng sket. Lagu kedua dah cantik dah tuh. Sayang buat Billy Zulkarnain. Apepun syabas buat semua!!

Manakala Zamani telah berjaya menjadi pemenang Bintang Cuckoo Paling Gempak.

Apepun, mesti ada yang tak puas hati, keputusan juri adalah muktamad. Pada aku Noryn Aziz patut menjadi juara malam ini sebab hampir setiap minggu persembahan dia adalah konsisten. Malam ini memang dia boleh bawa juga lagu rap.