
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mengapa sahur itu penting.
Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“HENDAKLAH KAMU MAKAN SAHUR, SESUNGGUHNYA BERSAHUR ITU SATU KEBERKATAN.”
Riwayat al Bukhari dan Muslim.
Ayat diatas sudah jelas menyatakan bahawa sahur itu ada keberkatannya disisi Allah. Umat Islam disunatkan makan sahur, samaada bagi puasa wajib, mahupun puasa sunat, Biarpun kita ambil sedikit sahaja dari makanan atau pun minuman. Hikmah disunatkan makan sahur keatas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberikan kesegaran dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada hari esoknya.
Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dan dengan niat kerana Allah, insyallah Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan didalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang orang yang bersahur sahaja.
Sunat melewatkan sahur.
Kita bukan sahaja disunatkan untuk bangun makan sahur, tapi kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur, kerana itulah amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”
Hikmah lain sebab kita perlu bersahur.
- Bersiap-sedia untuk pergi ke surau sembahyang subuh.
- Membezakan puasa diantara orang islam dan bukan islam
“Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.”
Surah Ali- Imran ayat 15-17
Oleh yang demikian, marilah kita bersahur, biarpun minum air kosong sahaja. Keberkatannya hanya Allah yang tahu. Selamat berpuasa. Pernah juga, satu hari tuh tak bangun sahur pagi, dah kena gastrik 2,3 hari. Sakit juga. Lepas tuh doktor pesan, lain kali jangan lupa sahur pagi-pagi.
Sumber disini.


betul.. memang penting
bulan puasa nak tiba dah ni
Esempoi recently posted..Kerana Petai….
sebantar lagi yah
aku bulan puasa ni x turun pun berat badan..
antara waktu berbuka sampai ke sahur xde pun terasa lapar..
memang lapar waktu siang hari je..
mlm x kn lapar..
hhahaha
macam ne tuh …bersahurla… ada keberkatannya..biarpun hanya seteguk air kosong..
alhamdulillah, selalu jugak la termiss sahur ni…huhu…
insyaallah, untuk baki 10 hari puase ni, nk consistent balik bersahur….dapat pahala dan tenaga…:-)
insyallah boleh tuh bro…. azam/niat pun dah dapat pahala…
keadaan dalam bulan puasa berbeza dari bulan lain..kalau kita dalam bulan puasa tak sahur lepas tu puasa memang letih..tapi dalam bulan lain kalau puasa tak sahur pun tak letih..best sahring bro
memang ada kelainan bila dibulan puasa nie bro… memang betul..
part sahur aku paling nikmat lagi dari berbuka..aku lain sikit..tapi aku suka sahur..cuma selma berpuasa nih 3 hari aku miss..sedih rasa..
huhu..tuhla rasa kerugian lah pulak… kalau termiss…
kekadang makan sahur lebih awal skit…makan ringan2 aje
owh macam tuh….okla dari tak makan langsung..
alhamdulillah, setakat hari nie, bru miss sekali je sahur
wah hebat2 madlut… :cheerful:
sng membezakn yg puasa dngn yg x je la. ahaha. ;D
macam pengalaman jer… hek2..
amboi bro.hee. biasa la. pngalamn dari mmbr2. ayt
Hu hu.. alamak.. aku biasa tak bersahur…
sahur dalam mimpieww
Pingback: Tweets that mention Mengapa sahur itu penting? | zikrihusaini.com -- Topsy.com
awal2 puasa tu memang susah nak makan sahur, perut susah terima,
alhamdulillah, 2-3 dah okey.. puasa tahun ni selalu juga makan sahur
sahur awal2 memang liat jugak nak bangun dengan nak makan..perut susah nak terima..
aku puasa kali ni dah 6 kali tak bangun sahur,hehehe
erm yeker…
Salam zik..
saya setuju sangat tu
ada keberkatan puasa
didalamnya..wallahualam :angel:
keberkatannya kita tak nampak didunia..
selalu bangun sahur
[kecuali tak terjaga]
…rugi apa kalau tak bangun hehehe
rugi sangat….dan badan sangat lemah hari tak sahur tuh… wahh
jarang sahur bangun sendiri,nak kena orang kjutkan hehehe
meh sini aku kejutkan..hehe
membezakan puasa kita dengan bukan Islam..itu lah hikmah bersahur yang mak aku slalu cakap..huhuhu
ye sangat betul…
lepas sahur tidor..best, tapi bahaya takut terlepas waktu subuh lak.. biasanya aku sahur lewat, supaya terus solat subuh and siap2 nak pergi kerja
sahur lewat lagi bagus…
aku selalu miss sahur kalau tak duduk ngan parent..
“13 Trivia dan Fakta Menarik Mengenai Youtube”
sebab takda orang nak kejutkan..huhu
Suatu ketika dulu, waktu masih belajar dan duduk di asrama, ada seorang rakan saya yang akan pastikan dia benar2 bersahur di hujung waktu (hampir imsak). Biasanya lepas makan sesuatu untuk bersahur, dia akan memegang segelas susu, dan meminumnya sebelum waktu imsak. Apabila diselidiki, rupanya dia ada gastrik, dan gunakan cara mengakhirkan sahur dengan susu untuk menahan diri sepanjang berpuasa. Sesetengah orang yang ada gastrik agak ‘pantang’ dengan susu, namun bagi rakanku itu, susu adalah sumber untuk dia menahan kesakitan gastriknya.
Apapun, amalan bersahur memang dituntut. Bersahurlah kita, walaupun dengan segelas air…
sus penting juga nie… tapi tengok juga orang… kalau dari kecik tak biasakan… jadi susah
sahur tu penting. betul2. lagi2 sekarang ni time sahur boleh tengok bola. ada ke real madrid seri 0-0 semalam. hah! <<< lari topic ke? :ninja:
hah tuhla pasal real madrid nie… berjuta2 player mahal… perform pun hampeh jer…. siap dah tukar manager pun… sama gak..
kejadian sama ngan aku.. pernah kena gastrik pasal tak sahur…biasalah bujang2 dulu agak liat jugak nak bersahur… tq doktor…
hehe… tuhla pasal…. dr tak rasmi nie..hik2
sahur yg penuh keberkatan..kena jugak sambar keberkatan sahur ni..walau sebiji kurma..thanks zik kongsi
kurma pun banyak khasiatnya tuh… tenaga banyak
aku kalau tak sahur, memang lembik la
hehe… lembik ok lagi…jangan gastrik sudah… derita gakla…
sahur bagus untuk menjaga dan memberi bekal perut saat berpuasa :d
salam kenal mas
salam kenal juga mas…
Bersahur ni bagus. yg tak bagusnya aku. lepas sahur leh layan tido tu.. pelempang 2 pinggan
hehe… kalau awal sangat sahur… tuh yang layan tidor tuh.. huhu
Salam dan selamat berpuasa.
Terima kasih kerana saling mengingatkan.
Saya bangun juga sahur walau pergi ops saya jadi ngantuk.
Hehehehe….
hurm..kebiasaanya akan mengantuk bila kat kelas….. samalah.. huhu
Bersahur ni memang terbaek beb!
Bayangkanlah kita sahur dapat pahala sunat.
Kan best tuh :cheerful:
ya betul tuh….
makan sahur dapat pahala…
tapi ada sekali tu direct seminggu tak sahur…hehe
sebabnya lewat…=)
owh yeker…
yupp. sahur memang banyak keberkatan. tapi skrg zida sahur tak makan nasi dah. makan roti jek. muahaha
roti pun ok jer, sebab sahur jugak namanya.. …. wah diet ker..hihi..
banyak keberkatan yang ada dalam sahur ni ye..
banyak … ada hikmahnya..
oh sahur..
tadi sahur makan kailan ikan masin sama masak tomyam heee..
camner pun tak mkn byk tapi skt kena makn klu tak sure bdn tak bertenaga nnti :whistle:
yup2.. lagi2 yang sudah berbadan dua…
jagan makan makanan masin2 masa sahur. x berapa bagus sebab nanti cepat dahaga.
mmg sahur tue penting..yelah..kalo xbersahur…tak ke boleh tahan perut tuh??
hehe
boleh tahan …tapi sakit jugakla… huhu