Penyerang muda, Kylian Mbappe muncul wira buat pasukan bimbingan Didier Deschamps apabila meledak dua gol sekali gus menghidupkan misi menjulang trofi paling berprestij tersebut buat kali kedua selepas muncul juara pada 1998.

Argentina yang diketuai penyerang terbaik dunia, Lionel Messi gagal mengulangi pencapaian layak ke final Piala Dunia 2014 di Brazil serta menamatkan kemarau selama 32 tahun menang Piala Dunia apabila kali terakhir berbuat demikian pada 1986 di Mexico.

Dalam aksi itu, Perancis membuka tirai jaringan pada minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann.

Bagaimanapun, Angel Di Maria menyamakan kedudukan buat Argentina (m-41) sebelum Gabriel Mercado menceriakan penyokong-penyokong La Albiceleste dengan meletakkan pasukan bimbingan Jorge Sampaoli berada di depan buat pertama kali pada minit ke-48.

Namun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Benjamin Pavard kembali menyamakan kedudukan buat Les Bleus (m-57) sebelum Mbappe mencuri tumpuan dengan meledak gol ketiga dan keempat buat Perancis dalam tempoh empat minit (m-64 dan m-68).

Penyerang Argentina, Sergio Aguero kembali merapatkan jurang jaringan apabila meledak gol ketiga tetapi kebangkitan lewat La Albiceleste tidak bermakna apabila terpaksa akur tewas 3-4 kepada Perancis.

Tonton disini video goal highlghts :

FRANCE 4-3 ARGENTINA.