Wahhhhhh…. dah ketinggalan aku (sekarang episod 4/5)
Cabaran demi cabaran dalam menjadi chef bertaraf profesional dimalaysia ini. Hui bukan senang nak jadi chef bertaraf internationale. Biasa tengok yang hell kitchen, masterchef luar negara dan yang paling best, iron chef. Bukan chef two kang masak si Johan tuh yer.
Format dia lebih kurang macam masterchef yang sedia ada, cuma ada sedikit modify dan chef-chef yang poyo jer aku tengok. Mereka layak untuk bersikap demikian kerana mempunyai pengalaman masakan yang berpuluh-puluh tahan, mempunyai disiplin, persembahan makan yang sangat berstail dan macam-macam lagilah!!
Tugasan bermula!!
Agak terkejut ditunjukkan dalam kotak bila diselak dengan kain ada ayam. Takkan nak disembelih??
Cabaran asingkan telur kuning dan putih.
Wui, merupakan cabaran yang pertama. Bukan senang nak buat bro. Dari segi skill nak pecahkan telur dan cara pengasingan bukan senang. Mungkin kalau dah biasa pun akan jadi gagap, sebab ada kamera depan, jadi gugup tuh. Para chef akan check dalam balang tuh, jangan sampai ada kuning telur dan kulit telur. Kalau ada salah satu, memang kena buat semula. Fuh, agak leceh. Ketelitian diperlukan dan mesti mahu tenang bro.
Mereka yang tidak lepas dalam cabaran ini, terus ke cabaran seterusnya.
Godak telur putih (sampai jadi krim).
Diantara skill yang dperlukan ialah cara nak godak bukan sebarang jer. Serta dalam kiraan sepuluh, bila dah habis godak kena terbaringkan mangkuk yang digodak itu nak tengok krim tuh jatuh atau tak. Kalau jatuh, kena buat semula.Kena pastikan ia betul-betul gebu dan kental. Kalau tak , memang confirm tak sampai kira 10 akan jatuh.
Yang tak berjaya dalam cabaran ini, ke cabaran seterusnya.
Chef Zubir, untuk cabaran seterusnya!! (Selera pantas)
Ini merupakan cabaran yang terakhir sebelum ke pusingan penyingkiran. Memang agak tertekan, 7 peserta yang tinggal untuk bersaing dalam pusingan terakhir ini. Nak kena buat hidangan exact macam chef Zubir Zain. Dinner Dash. 7 peserta kena try hidangan chef zubir nih.
Tugasan terakhir dalam satu jam jer untuk menyiapkan macam hidangan Chef Zubir. Erkk. Dahla nervous, campur tekanan dari chef supaya cepat menyiapkan hidangan. Mahu siap tak siap kena persembahkan kepada 3 chef ini.
Ada yang ok, tapi kurang itulah, inilah. Hiasan tak berapa cantik, ikan atau udang tak berapa masak, terlebih masak. Ada akar, sayur tak potong dengan kemas. Sos terlebih cair, macam-macamlah dia komen.
4 peserta terlepas dalam cabaran terakhir dan 3 perserta ini terpaksa menamatkan perjuangan di masterchef. Mereka ialah Mohammad Danial 21, Pelajar , Shahmin 20 Pelajar, dan Tang Kit Wann 25 Lepasan Ijazah. Kepada yang masih kekal, teruskan berjuang di masterChef Malaysia 2011!!. Sekarang nih dah minggu ke berapa aku puntak pasti. Will be update soon. Stay tuned!!
Kepada sesiapa yang nak tengok di youtube episod2.
Maklumat lanjut boleh layari di laman astro. Sekarang tinggal 24 peserta jer pun. Ketinggalan bebenor aku nih.
Lanun Cyber says
best gak masterchef nie…
bila free, aku layan gak..
Zik says
orait bro… kalau betul2 minat dalam masakan memang orang akan suka tengok… hihi
b3njy says
layan jangan tak layan…. kasi rock sama dia …
Yushi Justrieyn says
Pertandingan master chief ni memang best aku setiap mas tengok memang mencabar,tegas dan baek…i like this
Zik says
aku pun suka tengok… mula2 saja jer nak tengok.. sekali dah terlayan… syiok tuh.. walaupun diri sendiri nih tak pandai sangat pun memasak… bila depan tv jadi gabra tuh…
b3njy says
Samalah kita … (sambil menunjukkan ibu jari ke atas)
tehr says
aku lagi la tak pernah tengok rancangan ni
hanya setakat tahu ada rancangan je
huhu
Zik says
mana lah tahu nak jadi chef…hehe
b3njy says
saya cadangkan tolonglah cikgu nengok …. best OOooo !
sharinginfoz says
ok juga rancangan ni
Zik says
boleh tahan…
b3njy says
kira TERBAEKKK rancangan ni …. menonjolkan semangat yang tinggi
mancai says
tahun depan kalau di buka lagi aku nak masuk pulak laaa… huhuhu ada hati la pulak…
Zik says
jadi juri.. mana lah tahu kan…
b3njy says
silakan … mana tahu ada rezeki …
nuriz says
rancangan ni bagus dari af sebab tak perlu ada undi dr penonton. juri profesional sudah mencukupi
b3njy says
yer betul tu macam adi je kan …
b3njy says
B3njy ngan isteri minat betul nengok program ni …
P/S : ada sesiapa tahu ke link blog B3njy tak keluar cuma keluar ni je “A feed could not be found at http://www.benjystanis.co.cc“
Zik says
masalah feed kot….
tips-kurus says
suka Jr Masterchef Australia tu.. 🙂
muhammad fakhruddin says
Rasa sebak pula tengok struggle puan Rosemah
Norizwan says
tak sangka…ia terbuka…tukang kebun pun leh masuk….
Dulu Lain Sekarang Lain says
Layan jugak ke bro? He he.. syok gak kan tgk Master Chef Malaysia?
Kesian gak kawe ada satu episod tu bila bapa seorang peserta meninggal dunia.. sedih masa tu. Masa masakan kampung, ramai yg pening kawe tengok terutama chef yg bukan melayu. He he..