Malaysia menewaskan china Piala Sultan Azlan Shah 2010!

Malaysia 2- China 1 (Gambar hiasan)

Ipoh Perak. Semalam, Malaysia membuat kejutan dengan menundukkan Juara bertahan 2009, India 5- berbalas 2. Hari ini juga, Malaysia terus berjaya menundukkan Negara China yang dilihat semakin garang.

Separuh masa pertama, masing-masing berbalas serangan, namun kedudukan kekal 0-0 sehingga ke separuh masa pertama. Babak kedua, iaitu separuh masa kedua, memang begitu getir sekali. Malaysia berjaya menjaringkan Gol yang  pertama oleh Muhammad Amin Rahim yang memukul deras pukulan sudut penalti pada minit ke-38 untuk menewaskan penjaga gol China, Su Rifeng. Keadaan yang hujan renyai menyukarkan pemain negara untuk terus mencari gol, untuk dalam keadaan yang lebih selesa.

Namun, dalam mencari gol, walaugaimanapun, China berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-55 selepas Liu Yixian menyempurnakan pukulan sudut penalti. Malaysia terus menggandakan asakan demi asakan demi mendapatkan 3 mata kemenangan selepas itu, tetapi serangan yang dilancarkan berjaya dikekang oleh barisan pertahanan China yang mula bermain secara agresif.

Malaysia berjaya memperoleh gol  berharga menerusi Azlan Misrom pada minit ke-62. Kedudukan kekal sehingga masa perlawanan tamat. Keptusan muktamad dengan malaysia menang mendapat 3 mata penuh:

Malaysia 2- China 1

Kedudukan sekarang Malaysia di tangga pertama.

*Akan diupdate keputusannya.

Rk Team P M S K J B PG Mata
1 Malaysia 6 3 2 1 17 9 8 11
2 India 5 3 1 2 14 13 1 10
3 South Korea 5 2 2 1 16 9 7 8
4 Pakistan 5 2 2 1 22 16 6 8
5 Australia 5 2 2 1 16 12 4 8
6 China 6 1 1 4 12 15 -3 4
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)

Random Posts

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini Google Plus Zikri Husaini
This entry was posted in Sukan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge