Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Malaysia kalah bermaruah 3-6 bertemu liverpool (Asia tour 2011)

Malaysia kalah bermaruah 3-6 bertemu liverpool (Asia tour 2011)

Zik · Jul 16, 2011 · 21 Comments

Share this on WhatsApp

malaysia vs liverpool, poster malayia vs liverpool 16 julai 2011, livesteraming malasyia vs liverpool, liverpool malaysia 2011, safee salie, david suarez, suarez,

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA 3 VS LIVERPOOL 6.

Jaringan:

  • Charlie. Adam ( minit ke 27) Penalti.
  • Safiq rahim (minit ke 41)
  • D” N Gog (Minit ke 69, 70)
  • M. Rodriguez (minit ke 75)
  • Safee Sali (minit ke 80,82)
  • M. Rodriguez (minit ke 90)
  • D. Kuyt (minit ke 91)

Walaupun pasukan malaysia tidak berjaya mengalahkan pasukan kelab gergasi eropah ini, tetapi bagi aku ada sedikit kepuasan untuk perlawanan kedua siri jelajah asia 2011, berbanding bertemu arsenal tempoh hari.

Biarpun pada gol pertama, ia seperti ulangan babak bertemu arsenal yang mendapat sepakan penalti. Tetapi, malaysia berjaya menyamakan kedudukan sebelum separuh masa tamat (minit ke 42) hasil dari sepakan percuma yang cantik dari Safiq Rahim. Sepakan yang sukar diambil kekiri lencong memang tidak dijangka oleh penjaga gol liverpool yang kedudukan agak jauh untuk mengmabil bola itu.

Biarpun begitu, babak pertama dilihat, kedua-dua pasukan masih tidak mempamerkan aksi 100%, sebaliknya hanya menyimpan taring. Namun, percubaan dari liveprool memang banyak berbanding dengan harimau malaya.

Separuh masa kedua:

Penguasan liverpool memang nampak dalam control bola, strategi dan juga dalam serangan. Namun bagitu , tentangan malaysia tidak kurang hebatnya.

Kesilapan pemain kita dalam membuang perlu ditingkatkan lagi. Kerana, skill yang sedia ada , membuang bola secara membabi buta tidak efektif sebenarnya dan ia mengundang padah sebenarnya. Kalau kita tengok Liverpool clear ball, kan nampak ada jauh beza.

Sebabnya 2/3 punca gol adalah disebabkan pemain tidak berjaya membuang bola dengan berkesan, dan juga perbezaan stamina. Namun begitu, percaturan memasukkan Safe Sali pada babak kedua ia diliaht cukup bermakna buat skuad raja gopal. Tampanan cross dari pemain 21 (aku tak tahu nama dia, sapa tahu bagitahu) meleret kebawah , dan penjaga gol liverpool cuba mengambil tetapi bola itu tertampan keluar, dan pada masa yang sama safee sali memang dah terjah, tinggal balun jerla. Keadaan menjadi rancak dan semangat dari penyokong dan pemain mula berkobar-kobar walaupun ketinggalan dua gol.

Safe Sali Hampir hatrik.

Manakala gol kedua dari Safee Sali yang mana beliau membawa bola dari tengah kalau tak silaplah, dihalang oleh seorang pertahanan liverpool berjaya mengelecek dan seterusnya mengalahkan keeper dengan mudah. Keadaan terus gamat dan bersemangat.Dan selang selepas itu, safee sali ada membuat satu lagi serangan, tetapi berjaya di tahan dan dikawal ketat.

Pertahanan terus alpa.

Biarpun sudah 3-4 dan hampir menyamai kedudukan. Malaysia terus leka dibahagian pertahanan dengan liverpool terus menghukum 2 gol dari M.Rodriguez dan Kuyt pada masa minit 10 terakhir. Jaringan kedua-dua nih memang cantik. Tak boleh nak buat apa dah. Lagi-lagi dari kuyt yang buat one two gerakan , membawa bola dan sepak terus gol.

Kedudukan penuh malaysia 3-Liverpool 6.

Apepun, tahniah diucapkan buat Skuad K. raja gopal, dan pasukan malaysia yang bersungguh-sungguh bermain ada hari ini, kerana berjaya menghasilkan 3 gol bermakna. Biarpun kalah, banyak pengalaman yang dapat dan perlu diperbaiki untuk menentang chelsea nanti, seterusnya menentang musuh sebenar Singapura 23  dan 28 julai ini nanti. Semoga berjaya.

Ikuti komen Datuk K Raja Gopal:

Sekali lagi, sloppy defending, kita lepas enam gol mudah, semua enam gol individual mistake, its gifted goal. That’s why saya segera buat pertukaran, saya nak mereka tahu saya serius, there’s no room for mistake, there’s no place for player who’s not perform well regardless of your reputation and who u are. Selepas dua perlawanan ini, saya sudah ada gambaran kesebelasan untuk game lawan Singapura..” – K.Rajagobal

Highlights goal malaysia vs liverpool:

Version arab punya:

Share this on WhatsApp

Sukan analisa malaysia vs liverpool 2011, highlight gol youtube malaysia vs liverpool julai 2011, jaringan gol malaysia vs liverpool julai 2011, jaringan malaysia vs liverpool 2011, keputusan malaysia vs liverpool 2011, malaysia 3-6 liverpool, malaysia liverpool, result malaysia vs liverpool 2011, ringkasan perlawanan malaysia bertemu liverpool 2011, video gol-gol malaysia vs liverpool

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. tehr says

    July 17, 2011 at 12:16 am

    tahniah malaysia
    kalah tak apa
    asal saja ada semangat melawan

    Reply
    • Zik says

      July 20, 2011 at 2:43 am

      semangat yang tidak mudah luntur diperlukan…

      Reply
  2. ohcikgu says

    July 17, 2011 at 12:54 am

    takpelah..sekurangnya..dapat 3 gol. cantk sepakan percuma safiq dan jaringan kedua safee.

    Reply
    • Zik says

      July 20, 2011 at 2:47 am

      safiq rahim terbaik tuh… masuk dalam list 10 goal terbaik dunia minggu ini… dalam vote tuh safiq rahim tempat pertama tuh…

      Reply
  3. ashaari says

    July 17, 2011 at 1:28 am

    terbaik free kick tu..superb!

    Reply
    • Zik says

      July 20, 2011 at 2:50 am

      sudut yang sangat sukar…. lencongan yang sukar dijangka..

      Reply
  4. anif says

    July 17, 2011 at 1:56 am

    Lagi “World Class Goal” daripada Shafik Rahim πŸ˜€

    Reply
    • Zik says

      July 20, 2011 at 2:53 am

      jarang2 nak dapat peluang macam itu..

      Reply
  5. zulkbo says

    July 17, 2011 at 3:31 am

    salam..
    ermmm..
    bangga rasanya
    walaupun kalah
    tapi bergegar
    pintu gol liverpoll
    πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      July 20, 2011 at 2:54 am

      gamat bila dah 3-4…

      Reply
  6. Ali ridha says

    July 17, 2011 at 8:52 am

    masa lawan arsenal langsung tiada jaringan,
    hantaran kurang kemas.bagaimana nak
    dapat gol lagi.apa masalah pertahan Malaysia?

    Reply
    • Zik says

      July 20, 2011 at 2:55 am

      pertahanan bagi peluang gol adalah…

      Reply
  7. Hadi Rofiee says

    July 17, 2011 at 9:10 am

    Saya setuju dengan komentar pedas yang diberikan oleh K Rajagopal. Tiba-tiba sahaja barisan pertahanan Malaysia menjadi terlalu longgar.

    Walau bagaimanapun, tahniah untuk pasukan Malaysia. Biarpun kalah, namun kalah bermaruah.

    Saya yakin, kita akan menang apabila bertemu dengan Singapura nanti.

    Reply
    • Zik says

      July 20, 2011 at 2:56 am

      insyallah semoga kita berjaya mara untuk pusingan kedua ini nanti…

      Reply
  8. Mus says

    July 17, 2011 at 11:02 am

    tak sempat menonton semalam.. ruginya

    Reply
    • Zik says

      July 20, 2011 at 2:57 am

      erm takpelah tengok highlight pun dah ok.. huhu

      Reply
  9. mancai says

    July 18, 2011 at 6:29 am

    sangat suka gol pertama Malaysia… kecik2 cili api… walaupun kalah tapi minda adalah menang… bergegar pintu gol Liverpool.. Malaysia teruskan usaha, tingkatkan prestasi, buang kelemahan…. pastikan gemuruh dengan sorakan…

    Reply
    • Zik says

      July 20, 2011 at 3:04 am

      khamis nih lawan chelsea… yang penting hari sabtu nih.. lawan singapura dan 28.. di bukit jalil penentuan.. harap untuk 1st leg nih kita dapatkan jaringan awal … tak mahu seri..

      Reply
      • mancai says

        July 20, 2011 at 3:34 am

        betul2… harap2 harimau malaya tidak keletihan…

        Reply
  10. abrablog says

    July 18, 2011 at 7:16 am

    takpe. dengan chelsea nanti..kita belasah diorang plakk..

    Reply
    • Zik says

      July 20, 2011 at 3:05 am

      belasah , jangan tak belasah..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.