Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ya, untuk menjadi mahasiswa yang berkualiti bukan belajar 24 jam sahaja. Tipulah kalau hari-hari belajar. Tak boring ke? Kita perlu mencontohi bangsa lain dan juga pelajar di luar negara yang berusaha keras untuk mendapatkan wang demi meneruskan hidup sebagai seorang pelajar.
Beberapa ciri-ciri mahasiswa yang berfikiran jauh.
- Berdikari.
- Pemimpin
- Pandai menguruskan wang
- Kerja separuh masa/berniaga (usahawan) yang pandai mencuri masa.
Mahasiswa perlu berdikari (Berdikari).
Menjurus kepada pinjaman pelajaran (tak kiralah mara, ptptn, jpa atau lain2), sebenarnya tak cukup untuk menampung keperluan seharian yang semakin hari semakin meningkat kesan dari inflasi yang meningkat tahun demi tahun. Mungkin cukup bagi yang benar-benar bijaksana menguruskan perbelanjaannyamengikut keperluan seharian.
Tetapi kita perlu ingat, kalau kita hanya bergantung kepada pinjaman ia tidak akan pergi jauh. Ada satu ketika, kita akan berada dalam keadaan sangat terdesak dan juga keadaan sempit. Oleh yang demikian perlu ada satu simpanan khas untuk menjamin masa hadapan apabila habis/tamat belajar kelak.
Tidak semestinya perlu jadi MPP (majlis perwakilan pelajar).(Pemimpin)
Untuk menjadi mahasiswa yang berkualiti, bukan sahaja perlu jadi ketua pelajar/wakil pelajar (macam yb lah pulak) apa yang penting ialah sumbangan kita sendiri dalam sesebuah IPTA/IPTS. Sumbangan mungkin boleh menyumbangkan dalam bentuk kritikan, pandangan dan juga medan dakwah untuk diri sendiri dan juga rakan-rakan lain. Sumbangan dalam bentuk blog, juga adalah satu medium yang berkesan, kerana ia boleh disampaikan secara global.
Masalah sosial yang melanda mahasiswa di negara kita semakin membimbangkan. Oleh yang demikian, perlunya mahasiswa melakukan sesuatu untuk memberi sumbangan, jangan mengharapkan kerajaan semata-mata.Mahasiswa yang cemerlang bukan dinilai dari pointer sahaja, apa guna dapat 4.00 pointer, kalau hidup tak bercampur orang! (anti sosial itu orang). Banyak aspek yang perlu dikira, sahsiah, soft skill, dan sebagainya.
Kepelbagaian dalam simpanan. (Bijak menguruskan wang)
Mahasiswa perlu bijak menyimpan wang lebihan hasil dari kerja part time, side income ataupun bijak menguruskan pengaliran wang jika anda adalah usahawan yang bergiat aktif di campus. Simpanan itu harus diterjemahkan dalam bentuk yang lebih eklusif, contohnya emas, simpanan asb, unit trust dan hartanah ( student bust business hartanah, memang gempak!!).
Berniaga atau kerja separuh masa.(pencuri masa yang bijak)
Ya, boleh sahaja asalkan tidak menganggu pelajaran. Contoh pelajar yang ada di negara kita ramai sebenarnya, (tekan link disini). Apa yang penting ialah konsisten dan juga tersusun dari segi pengurusan masa yang fleksibel.
Contoh-contoh kerja part time/perniagaan yang boleh dipraktikkan.
Anda yang bijaksana sendiri boleh cari sebenarnya. Kerja part time melambak di Kuala Lumpur (lain negeri tak tahulah). Perniagaan offline/online memerlukan ilmu yang mencukupi, rujuk kepada mereka yang pakar dalam dunia ini. Jatuh bangun dalam perniagaan adalah asam garam dalam berbisnes. Ditipu, tertipu, rugi, untung, dan juga konflik dalaman mematangkan hidup dalam dunia perniagaan. Kalau serik jadi peniaga, kerjalah makan gaji, itu terpulang kepada pendapat masing-masing. Kalau inginkan kestabilan dan juga guarantee.( jaminan).
zackpantai says
time cuti semester. ramai yang pakat2 mahu tidur kat rumah je. selepas ‘penat’ sgat study.
Zik says
huhu… tuhla pasal…
lowongan kerja says
seharusnya mereka tu cari kerja paruh waktu la…
zulkbo says
salam singgah..moga
anda selalu sihat
dan di rahmati Allah
selalu hendaknya..
semoga berjaya
ilmu dunia dan akhirat :heart:
Zik says
amin… 🙂
tehr says
saya sangat kagum dan menghormati mahasiswa yang dapat melakukan kerja sampingan disamping cemerlang dalam pelajaran
bekerja juga adalah satu proses belajar
Zik says
terima kasih2.. hehe.. perasan lak…
AzketOm says
saya setuju dengan statement yang ni :
“Mahasiswa perlu berdikari (Berdikari).”
memang perlu. sekarang duduk di kerusi empuk, belajar, belanja duit pinjaman. Tunggu bila kerja, mesti takleh nak imbang antara keperluan & keinginan.
p/s : nasib kami pelajar PJJ yang menggunakan duit sendiri utk bayar kos belajar. susah dulu, senang kemudian.
Zik says
yup betul mereka dan saya perlu berdikari.. huhu … 🙂
Dila.13 says
setuju dengan semua yang Zik senaraikan kat atas tu.. mahasiswa sekarang kena pandai cari peluang terutama untuk tambah pengalaman kerja sebelum graduasi dan juga untuk tambah pendapatan. paling tidak pun, tambah pengalaman dalam menguruskan kelab atau persatuan. bila keluar cari kerja, senang hati bakal majikan nampak sijil yang berkeping-keping tu 🙂
hafizmd says
betul tuh Dila..majikan mmg suke sgt tgk sijil tu dari pointer yg gempak..tapi takde sijil itu..hihi
hafizmd says
points yg terbaik zik…sekarang, aku rase mmg ramai mahasiswa yg dah mula sedar bab2 begini..tapi harapnye tak mengabaikan pelajran…kene tahu jugak yg mane lebih utama..kang syok sgt pegang duit..buku dibuang ketepi..hohoho
Zik says
kasi itu balance… 🙂
Hadi Rofiee says
Salam sejahtera.
Artikel yg menarik, khususnya bg mahasiswa2 kini. Bukan sahaja perlu pandai di dalam belajar, tetapi perlu juga bijak di dalam kehidupan.
Pendedahan & persediaan itu penting. Pelajaran pula jangan abai. 😎
Zik says
seimbang… semua kena ada…
zoul says
setuju… bagi aku bukan mahasiswa shj yg perlu berfikiran begini, bahkan sepatutnya sesiapa pun boleh mempraktikkannya.
Zik says
insyallah…. 🙂
fiezaradzi says
mahasiswa yang berfikiran jauh ni selalunya boleh berjaya bila keluar dari dunia belajar.. tapi ramai sekarang yg hanya fikirkan kebendaan, lau dah susah sikit tak nak ambil cabaran.. salute pada mahasiswa yg de jati diri nih.. moga2 mahasiswa dapat berubah mjadi lebih baik.. bila kerja nanti tak susah kepala otak fikirkan dorang ni.. huhuu
Zik says
mahasiswa terbilang.. huhu :biggrin:
haru says
aku ingt xmp dh jd mhasiswa..nk bhenti g kije plak..adess
Zik says
huhu…. terpulang.. bill gate pun tak habis belajar…
puteri says
yang paling bagus ialah
yang akademiknya bagus
penglibatannya dalam kelab/persatuan bagus
hubungan bersama teman2 sepejuangan bagus
hubungan dengan Tuhannya juga bagus
Zik says
seimbang…
zool says
Semua yang ko tuliskan tu tak pernah aku buat.. sebab tu aku hanya jadi graduan biasa2 je.. kepada yang masih belajar tu jgn rugikan masa belajar anda seperti saya.. kejar dan ambil semua pengalaman di sana..
Zik says
insyallah… 🙂
Wan says
pengalaman menjadi mahasiswa byk mendewasakan aku
Zik says
bagus2… disinilah tempat cabaran sebelum dunia yang sebenar akan tiba…
mijie says
kalau lah masa study dulu aku dah kenal ngan dunia internet pasti aku dah tak payah nak kerja part time hotel 🙂
Zik says
dulu dunia internet masih belum naik.. lagi… 🙁 🙁
azizan4444 says
mahasiswa yg punya ciri2 tersebut mmg terbaik la kan..lg terbaik klu pandai amik peluang…setakat cakap je hebat tp x pernah buat kerja x jd jgak…
Zik says
hehe… betul jugak tuh.. :face: :face:
suri says
dari sinilah kita akan asah bakat kita heee..
jadi mahasiswa-siswi ni best tau 🙂 peluang hya sekali kadi jgn sia-siakan..
Zik says
ada banyak kali peluang kalau sambung bjalau.. huhu
ishak says
pelajar sekolah menengah juga patut mengamalkan trick yang sama sebab ianya penting untuk persediaan ke universiti
Zik says
sekolah menengah ada jugak…. tapi dia punya level kena kurangkan sikit la…
Bro Framestone says
oh.. bro yg mane satu ek…
erm masa kat U dulu, bro jadi YDP MPP.. pernah jadi duta keamanan university.. pernah jadi penasihat program baktisiswa… pernah mengabungkan baktisiswa antara U dengan U lain… then aktif bersama masyarakat sekeliling
dalam masa yang sama study gak event kekadang ponteng kelas, tapi exam leh jawap
ade wat saving… ade wat bisnes sikit
then kerja… tukar status study kepada part time he…23x
tue je la.
Zik says
ada tuh…semua ada… :biggrin: :biggrin:
din says
paling aku suke bncg adlh psal mnguruskn wang..duit pnjman tu jgnla joli..smpn nnt nk byr blik mdh..ni smpaik ptptn buat mcm2 suh peminjam byar..ish3..
Zik says
betul tuh… sebba tuh kena beringat… jangan nak duk joli jer budak2 sekarang nie…
iza says
Salam…
Mahasiswa tonggak keberlangsungan kemajuan negara….ewahhh.
Ya, berusahalah untuk jadi yg terbaik dan pergunakan masa secara berkualiti. Rasa rugi pulak asyik dok umah je selepas susah payah 3 tahun utk dptkan segulung ijazah <——-utk diri sendiri.
Zik says
cabaran sekrang dah makin getir..huhu… dulu pun apa kurangnya…
sufian says
tambah satu lagi, ada mahasiswa yg ada semua ciri2..pastu kawin masa belajar..pastu dua2 dpt cemerlang.. camne lah susun masa tu..
Zik says
huhu terbaik tuh…
Zik says
penglibatan yang sebaik mungkin…
ST says
masa aku cuti dulu, komputer pun takde lagik kat malaysia neh, keje kebun jer la.. telefon mobile masa tu harga 20 ribu pakai bateri air… wakaka. kalo internet dah ada.. musti best.
Zik says
masa dip dulu …kerja kebun gak..huhu
sabree hussin says
kerja makan gaji pun ada penyakitnya sendiri, katalah dalam sebulan tu kita kerja macam orag nak mati, alih-alih bila time dapat gaji dapat bayaran amount yang sama jugak. Tak meningkat naik pun.
Pasal jadi MPP tu, well… bukan semua orang akan ada peluang nak jadi mpp. Lagi-lagi perlu melalui proses pemilihan yang panjang, kursus dan pilihanraya, tapi kalau diri tu merasa ada kelebihan why not give it a try. Tak rugi dan ada kelebihan.
Kalau setakat jadi mahasiswa biasa, akan cendeung untuk buat hal sendiri dan contact pun tak besar. Kalau UiTM, kita label mahasiswa macam ni mahasiswa 3K.
Kelas, Kafe, Kolej kediaman(asrama). Hidup diorang cuma pusing-pusing kat tempat yang sama je.
Zik says
ya kerja makan gaji memang macam tuh… sebab tuh , ada yang kerja part time… nak kerja sendiri memang boleh..tapi perlukan tapak yang kukuh dan persediaan mental, jatuh bangun…
pasal jadi mpp /tak itu bukan penghalang untuk menjadi mahasiswa berfikiran jauh… memang ada yang buat sendiri… tapi tak semua macam tuh…
syahrilhafiz says
aduh aku seorang siswa yang tak pandai cari duit lagi ni..
bisnes dlm internet tak reti…=)
Zik says
bisa diatur… akan dipublish… banyak …sekarang nie.. google jer.. hehe.. nak explain dekat blog bm nie susah sikit ..ramai yang phd…
Izulman Telimik says
Golongan muda dan mahasiswa seperti kita la peneraju masa depan negara, moga kita semua akan menjadi seorang yang lebih berketrampilan dan lebih peka dgn perkembangan semasa.
Not a person yg lekeh dn rase world is just around him/her n not more.
Zik says
yup kitalah bakal pemimpin negara…
etomyam says
sangat sokong kalau ada ruang cuba berniaga tu, memang banyak memberikan pengalaman bila masuk alam pekerjaan sebenar nanti
Zik says
masuk ke alam pekerjaan … cabaran dah makin getirr…
dedoku says
mahasiswa yg bijak adalah mereka yg pandai urus masa.. memang banyak point tang mahasiswa wat part time tu. Kurang2 da ada asas dan pengalaman cari duit sendiri. Baru la bolh nak hargai setiap pinjaman atau biasiswa yang diperoleh 🙂
Bak kata orang proses mematangkan diri sebelum masuk alam kerjaya
Ali ridha says
cari duit lebih.ini aku minat.
belajar cari duit.daripada belajar
24 sehari tanpa rehat……….