LIVE STREAMING ANUGERAH BINTANG PUPOLAR BERITA HARIAN KE 31 , ABPBH2017/18.
Hari ini adalah penentuan siapakah bintang popular untuk edisi ke 31, 2017. Dihoskan oleh Zara Zya , Ajak dan Jannah Nick yang akan memeriahkan suasana apbph 2018 di putra international convention centre (PICC) menjadi tempat untuk mereka beraksi di pentas ini
Untuk makluman anda, pencalon Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 telah diumumkan pada 25 Ogos 2018 yang lepas .Sementara itu, malam kemuncak anugerah diadakan pada 7 Oktober 2018 sebagai cuti kelepasan am bagi seluruh negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya. Penaja utama ialah Alha Alfa, produk kosmetik tempatan keluaran Syarikat Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd manakala rakan penaja ialah McCafe’. TV3 ialah penyiar televisyen rasmi, sementara Kool FMdan Hot FM ialah stesen radio rasmi, TONTON sebagai platform digital rasmi dan Hijab & Heels sebagai media digital rasmi.
Sebanyak 20 calon pelbagai kategori yang merekodkan jumlah undian tertinggi telah diumumkan pada 13 September 2018. Antara nama yang berada di kelompok teratas ialah Fattah Amin dan pasangannya, Nur Fazura; Khai Bahar, Neelofa, Siti Nordiana, Syafiq Kyle, Wany Hasrita dan Mira Filzah.[3] Undian bagi 13 kategori utama dan lima kategori online yang dibuat melalui laman web ABPBH yang tertinggi diterima sejak sistem undian 100 peratus secara dalam talian diperkenalkan pada ABPBH sebelum ini. Undian bagi 13 kategori utama dan lima kategori online ABPBH31 akan ditutup tepat pada jam 11.59 malam 6 Oktober 2018
Bagi mempromosikan ABPBH 31, program majlis santai bersama peminat #FANtastik telah diadakan dan pengumuman pra kemuncak di Istana Budaya, pada 22 September 2018.Buat kali pertama dalam sejarah penganjuran ABPBH, sebanyak 20 kelab peminat (FC) artis akan membuka gerai dan menjalankan pelbagai aktiviti bersama selebriti termasuk acara zumba dan Flashmob X Sorak di Laman Santai, yang diadakan bermula jam 9.30 pagi.
TEMA ABPBH kali ini
LIVE STREAMING ANUGERAH BINTANG POPULAR 2017/18
KUALA LUMPUR: Mengangkat tema Infiniti, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) kembali buat edisi yang ke-31 dengan proses undian artis pilihan secara online,sudah tamat.
Sebagai perlambangan keutuhan BH dalam era revolusi digital, ABPBH 31 meraikan lebih tiga dekad penganjuran acara anugerah pilihan peminat dengan pengisian mantap.
Tema Infiniti yang secara istilah merujuk kepada jumlah tidak terhingga atau tanpa had, diserapkan dalam semua medium terutama media sosial dan platform digital utama.
Pengarang Eksekutif BH merangkap Penaung ABPBH 31, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata, pemilihan tema Infiniti menepati rekod cemerlang dan sejarah BH sebagai pembekal kandungan utama pilihan pembaca sejak 61 tahun lalu.
“Infiniti merujuk kepada ruang tanpa sempadan bertepatan evolusi BH selaku akhbar yang sentiasa menambah baik dan menyediakan kandungan merentasi pelbagai platform sama ada bercetak mahupun digital termasuk menerusi laman web dan mobile serta media sosial.
“Diharap tema ini dapat diserapkan dalam semua aktiviti, promosi dan publisiti ABPBH 31 sekali gus membuka minda setiap daripada kita dalam mencari kecemerlangan tanpa batasan, baik dalam aspek berkarya, kerjaya atau komersial.
“Penggiat seni, artis mahu pun karyawan juga boleh mempraktikkan takrifan istilah infiniti dalam meningkatkan pencapaian, mutu produk dan perjuangan seni,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
ABPBH 31 turut mengumumkan penaja utama bagi acara berprestij ini iaitu Alha Alfa yang juga produk kosmetik tempatan keluaran Syarikat Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd.
Ahmad Zaini berkata, sesuai dengan kematangan ABPBH yang sudah melebihi tiga dekad penganjurannya, tema Infiniti juga diharap mampu mendekati kelompok peminat baharu yang juga pengguna digital utama negara.
“ABPBH terus utuh sebagai anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia. Rekod ini secara tidak langsung membuktikan hubungan erat antara artis, peminat dan media.
“Melihat kepada musim lalu, ABPBH 3.0 yang disiarkan secara langsung di TV3 mencatat jumlah tontonan tertinggi 5.5 juta sekali gus menunjukkan acara anugerah ini terus menjadi pilihan ramai,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa ABPBH 31 merangkap Pengarang Berita Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir, berkata ABPBH mahu sentiasa relevan termasuk dalam mengoptimumkan penggunaan platform digital sesuai dengan perkembangan.
“Proses undian yang dilakukan sepenuhnya melalui laman web www.abpbh.com.my serta perkongsian maklumat dengan kumpulan sasar menerusi laman sosial menjadi antara langkah drastik bagi memastikan capaian tinggi untuk penganjuran ABPBH kali ini,” katanya.
Shamshul Azree juga berkata, menjadi matlamat ABPBH dalam setiap penganjurannya untuk memastikan mesej bermanfaat disalurkan kepada khalayak untuk tema pilihan.
“ABPBH yang dinantikan selebriti dan peminat saban tahun sarat dengan pengisian tidak terkecuali mesej penting. Kali ini tema Infiniti menepati objektif BH untuk memastikan legasi acara anugerah ini terus terpelihara serta lebih gemilang setiap tahun,” katanya.
Turut diumumkan malam kemuncak ABPBH 31 yang akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Oktober depan, jam 9 malam.
Undian artis pilihan boleh dibuat dengan melayari www.abpbh.com.my mulai esok hingga 25 September depan. Sudah pun tamat.
LIVE STREAMING ANUGERAH BINTANG PUPOLAR BERITA HARIAN KE 31 , ABPBH2017/18.
Red carpet :
Lokasi rasmi acara kemuncak ditaja PICC manakala Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) adalah penyiar televisyen (TV) rasmi. Selain itu, Kool FM dan Hot FM menjadi stesen radio rasmi; Tonton (platform digital rasmi) serta Hijab & Heels (media digital rasmi).
Info:
13 kategori utama
- Artis Baharu Lelaki Popular
- Artis Baharu Wanita Popular
- Pelakon Filem Lelaki Popular
- Pelakon Filem Wanita Popular
- Pelakon TV Lelaki Popular
- Pelakon TV Wanita Popular
- Penyanyi Lelaki Popular
- Penyanyi Wanita Popular
- Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
- Artis Komedi Popular
- Artis Versatil Popular
- Pengacara TV Popular
- Penyampai Radio Popular.
Kategori online
- Artis Sensasi Popular
- Pasangan Serasi Drama
- Pasangan Serasi Filem
- Instafamous Cilik Popular
- Personaliti Media Sosial Popular
KUALA LUMPUR: Mencatat sejarah, pencalonan 13 kategori utama dan lima kategori online Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 merekodkan jumlah undian lebih 24 juta dalam tempoh sebulan mulai 25 Ogos lalu.
Statistik diperoleh daripada Media Prima Digital (MPD) iaitu pengendali laman web rasmi ABPBH, www.abpbh.com.my, menunjukkan sebanyak 24,271,342 undi diterima mulai 25 Ogos hingga 25 September lalu.
Selain itu, laman web berkenaan mencatatkan jumlah halaman dilihat (page views) sebanyak 7.2 juta setakat ini.
Pengerusi ABPBH 31, Shamshul Azree Samshir berkata, rekod undian lebih 24 juta adalah sejarah baharu bagi acara anugerah berprestij ini yang sudah lebih tiga dekad dianjurkan.
“Kita teruja mengumumkan jumlah undian diterima sepanjang tempoh sebulan proses undian ABPBH 31 berlangsung adalah lebih 24 juta merangkumi undian percuma dan boost, iaitu langganan akhbar digital BH sempena kempen edisi terbaru ABPBH.
“Ini adalah peningkatan berganda berbanding 1.5 juta undian yang diterima pada penganjuran ABPBH 3.0, tahun lalu.
“Kadar undian tertinggi ini membuktikan capaian ABPBH 31 secara digital kali ini adalah padu dan menepati sasaran. Ternyata, peralihan daripada proses undian melalui akhbar kepada digital, memberi impak memberangsangkan sesuai dengan perubahan dunia dan gaya hidup,” katanya kepada BH Online.
Shamshul Azree berkata, rekod baharu undian ABPBH 31 boleh menjadi petunjuk dalam memperkasakan acara anugerah ini untuk edisi seterusnya.
“Kempen agresif melalui media sosial selain pembabitan kelab peminat sebagai rakan promosi memberi impak tersendiri kepada acara ini,” katanya.
Mengenai persiapan malam kemuncak ABPBH 31 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), lusa, Shamshul Azree berkata, lebih banyak tiket diberi kepada kelab peminat terutama yang menjayakan program santai, #FANtastik di Istana Budaya, baru-baru ini, untuk menghangatkan acara.
“Kita sedar, tanpa peminat, ABPBH tidak akan mencapai sasaran. Setiap tahun, kita berusaha memastikan kelab peminat mendapat ganjaran hasil kerja keras mereka mengundi artis pilihan,” katanya.
Mengenai artis yang bakal membuat persembahan, Shamshul Azree berkata, pentas ABPBH 31 bertemakan Infiniti akan ‘dipanaskan’ barisan 18 penyanyi dan band terkenal yang membawakan lagu merentasi genre.
“Latihan intensif di studio disusuli lokasi acara giat dijalankan. Paling istimewa, segmen tribute kepada tokoh seni yang bakal menerima trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pasti menggamit memori peminat,” katanya.
Antara penyanyi yang akan membuat persembahan adalah Datuk Jeffrydin, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ramlah Ram, Misha Omar dan Amy Mastura. Tidak ketinggalan, generasi baharu iaitu Sufian Suhaimi, Haqiem Rusli, Nabila Razali dan Ben Ladin.
SOCIAL MEDIA # abpbh 31
Pencalon dan pemenang
Pemenang kategori Utama dan Bintang Paling Popular ABPBH 31 dipilih berdasarkan kiraan undi tertinggi yang diterima oleh BH dan mekanisme yang sama juga digunakan untuk pemilihan pemenang bagi kategori atas talian. Berikut adalah senarai penuh calon Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-31 :
Rakan dan penaja rasmi.
- Penyiar siaran langsung -TV3
- Penaja utama – Alha Alfa
- Penaja bersama – Habib Jewels
- Stesen radio rasmi – Hot FM & Kool FM
- Platform digital rasmi – Tonton
- Majalah digital rasmi – ZIP
[…] nanti di TV3. Dihoskan oleh Zara Zya , Ajak dan Jannah Nick yang akan memeriahkan suasana apbph 2018 di putra international convention centre (PICC) menjadi tempat untuk mereka beraksi di pentas […]