Salam semua, emas harapan untuk malaysia, perseorangan badminton lelaki, selepas Datuk Nicol Ann David mengutip emas untuk kategori Squash, kini hanya tinggal impian. Nampaknya Lindan memang sukar digugat, sekali lagi dia bukak baju.
Set 13-21 Lin Dan
Set 2 21-15 Lee Chong wei
Set 3- 10-21 Lin Dan
Tahniah Lee Chong Wei walaupun sekadar perak. Hurm… … 

tak ada rezeki kita nih…
semua yang melihatnya hampa..
chong wei banyak main la.. hantar sane sini pun tetap xleh nk menang ek
kena cari player lain… tapi jurang masih terlalu jauh…
itulah yang harus kita bertindak skrg tapi mash tiada apa2 pun yg berlaku.. cari dan terus cari player baru cam games kids sooker tu.. opss!! salah eja .. :face:
Lin Dan merupakan permain dunia bukan milik Lee chong wei lagi
itu kita ketahui.. biarpun lee chong wei points nya.. no1 ranking..
kena tunggu lin dan tue tua dulu baru ade can.. haha.. gaya lin dan main laju sangat.. gaya lee chong wei plak cam bijak and slow sket..
lee chong takleh bukak baju.. hehe, tau2laa kenapa..
lee chong wei lagi tua.. umur 28/29??.. umur 30..dia cakap nak bersara dah… huhu
owh ye ke? hehe.. kena tunggu lin dan bersara dan tunggu bakat baru laa camtue… sama cam satu dunia duk tunggu nicole david bsara.. haha!
tak boleh nak kalahkan lin dan ni
geram sungguh
tak tahu apa silap nya???
Menonton permainan Lin Dan malam tadi tidak sebaik permainannya semasa memenangi pingat emas Olimpik. Kali ini Lin Dan banyak menggunakan pendekatan serangan mental dengan menangguh beberapa serve yang cuba dibuat LCW sedikit banyak menggangu fokus beliau
psycho lah lindan nih… lagi satu dia lebih aggressive..dan semua taktik lcw dia macam dah masak… banyak research dia dah buat tuh..
salam,
apakan daya bukan rezeki Malaysia..
tak pe cuba lain tahun pula…huhu
kita cuba lagi..mengharapkan dari pelapis yang baru..
sediah gak x dpt emas..
tp dah agak2 dah.. sbb selalu mesti kantoi dgn lin dan
tuh la pasal… susah la…semua taktik lee chong wei… senang2 jer dipatahkan…
tgk malam tadi.. huhuu.. sedih rasa CW tak menang.. apalah nasib..
nasi tak menyebelahi… nampak ketara jurang .. perbezaan.. lindan macam dah tahu jer.. kelemahan LCW… huhu
macam ada badi jer la Lin Dan ni, huhuhu
badi kuat… mahu kena cari player lain malaysia nih… susah wooo
set 2 lindan bagi chance jer?.. adoi apapun tahniah dapat perak juga
tak pasti… tuh pun dah goyang gak tuh…
Tahniah Dato lee choong wei.
lain kali cuba lagi tau.
dia pun dah nak bersara tuh….
Pingback: Tweets that mention Lee Chong Wei sekadar Perak, perseorangan badminton lelaki Guangzhao 2010 | zikrihusaini.com -- Topsy.com
payah betul chong wei mau tewaskan Lin Dan tu.. haishhh..
kena cari pelapis sekarang nih…
Menonton Selamat Pagi Malaysia di tv 1 memang pengacara ada tanya kepada jurulatih akademik badminton swasta memang diakui ada jurang yang besar antara pelapis dengan barisan pemain badminton negara sekarang. Kalau tidak ada development planning yang bagus memang kita akan ketinggalan
Huhu… penat vote ja kat dato ni. LCW cannot deliver.. sigh
buat penat jer menjerit-jerit malam tadi…
aisehman… tak per lah janji ada sumbangan pingat jugak
sekarang nie dah 6 emas… hari nie bowling dapat satu..
Tapi pada pandangan saya kekalahan demi kekalahan di tangan Lindan mestilah dikaji apa puncanya.Takkan selamanya LCW mahu berpuas hati akan kekalahan ditangan Lindan.
Apa rahsia kehebatan Lindan yer?Memang susah untuk Chong Wei kalahkan dia.
Persoalan yang mesti dikaji. LD dapat mengimbangi permainan LCW. LCW pula sering terperangkap dengan permainan LD.
yup. aku pun pelik gak. hurm.
Nampaknya LCW dan jurulatihnya mestilah cuba mengkaji kelebihan dan kelemahan Lindan.
tahniah kepada Chong Wei.. set ke-3 tu walau ketinggalan jauh.. tapi masih mampu dapat 10 mata juga..
ok lah naik haji jugak…
alahai chong wei…. yappeda… hahaha
hehe… mesti cari pelapis..
Pingback: Lee Chong Wei sekadar Perak, perseorangan badminton lelaki Guangzhao 2010 « news@yoys
kempunan lagi chong wei nak menang sukan asia.. tapi xdelah truk sgt sbb maen sampai 3 set…
Nampaknya Chong Wei kena tingkatkan permainan lagi.. Apa pun Pingat Perak pun ok juga daripada tiada langsung.
betul tu. daripada xde langsung kan.