Bertemu lagi dengan musuh tradisi yang sukar digugat.
Nampaknya perlawanan inilah yang ditunggu-tunggu. Aku tak pasti siapakah yang bakal menjulang emas. Nampaknya walapun berpihak kepada tuan rumah, dan juga merupakan salah satu cara untuk membalas dendam setelah dimalukan di malaysia sendiri ketika perlawanan piala thomas awal tahun yang lalu. Lindan ketika itu, setelah menang, insiden membuka baju dan menari dihadapan penyokong malaysia pada masa itu, memang betul-betul buat aku terbakar beb!
Sumber gambar dari connect.in.com (bukak baju sambil menari-nari)
Pertemuan antara Lee Chong Wei (LCW) dan Lin Dan itu ibarat ulangan final Sukan Olimpik 2008 di Beijing yang menyaksikan jaguh China itu muncul juara. Berapa kali ulangan aku tak tahulah, yang penting Datuk LCW harus memberikan saingan yang hebat, bukan kalah teruk.
Review semi final bertemu Chen Jin (malam semalam)
Prestasi mara ke final seharusnya dipertonjolkan untuk malam ini nanti walaupun dibelenggu kecederaan. Malam semalam perlawanan yang hebat, apabila LCW berjaya menundukkan Chen Jin yang semakin hari semakin hebat, pada awal set kalah, kerana tidak mendapat rentak. Namun, di set kedua. LCW telah mula mengatur strategi, mendapat rentak.
Jadi pada set kedua, detik kebangkitan saya bermula ketika kedudukan terikat 14-14 apabila selepas itu saya berjaya mengutip empat mata berturut-turut.
“Memandangkan saya belum pernah memenangi pingat emas Sukan Asia, final esok (malam ini) akan saya lakukan yang terbaik,” kata Chong Wei ketika ditemui selepas perlawanan.
Set ketiga, dengan mudah jer, sayur habis chen jin, 16 minit, 21-7. Total 60 minit. sejam jugak tuh!
Untuk aksi final yang akan berlangsung pukul 8.30 malam ini, Chong Wei akan bertemu musuh tradisinya dari China, Lin Dan yang mudah sayur habis pemain Korea Selatan, Park Sunghwan 21-14, 21-10 dalam satu lagi saingan separuh akhir.
So, untuk malam nanti rasanya ada perlawanan final ini di Astro. Sama-samalah kita tengok lah ek.
Teringat pulak gambar nie.. hehe.. (aku harap boleh ulang balik gambar nie) … dah siap draft… tungguew!!
Mohd Hafiz says
mintak2lah lcw menang mlm nie… 🙂
Zik says
tewas lah pulak…
Anwar Osman says
Muka LCW selalu nampak cuak bila bertemu Lin Dan. Harap2 dia dpt menang plak kali nie. Jgn bagi chance sama China lagi. Yiu must win lah this time ho
Zik says
takda rezeki… main 3 set.. set ketiga lauk habis…
haru says
aku rase xdpt kot..msti mng lin dan..sbb maen tmpat sndri..
tp hope mental Datuk l.c.wei x tergugat..chaiyok2
Azuan says
tu lah.. nak jumpe lin dan tu berhabis tenaga dulu lawan chen jin.. Mana nak kumpul tenaga main utk final ni.. Tapi harap LCW menang…
yoy says
haha..aku penyumbang vote terakhir..baru ku tahu dah final..sukan asia pun baru aku tau kewujudannya semalam..:)
Zik says
hehe… tak sia2 aku buat ruangan tuh.. keh2..
suri says
tengok tv mesti jawapan dia betul
dnobiz says
Harap tidak mengulangi sejarah kekalahan, tapi kalau ulang sejarah kemenangan takpe aku suka 😀
Zik says
ulang sejarah kalah… warrhh
padin says
harap – harap perlawanan lama tak berulang,
Datuk LCW seakan tak reti main bila berdepan Lin Dan,
Zik says
badi teruk … muka cuak sangat la LCW nih..
tehr says
aku dah lama nak nengok muka lin dan bila kalah
harap2 kali ni termakbul 🙂
kulanz says
belum ada rezeki lagi tengok Lin Dan kalah..
Ali ridha says
sudah sampai peringkat akhir ke.
Zik says
dah habis pun…kalah teruk..
Bro Framestone says
elok bagi dorang jumpa masa pusingan pertama je.. senang
Zik says
betul tuh… dah settle terus kan… kalau kalah… bungkus terus..
suri says
tak sempat nak vote zik hee…harini pun dah 24/11/2010 huuu.. :biggrin:
A li ridha says
kena berlatih dengan lebih gigih lagi.
A li ridha says
Si Lin dan mesti ketawa kan
pemain badminton negara.