
Assalamualaikum dan selamat berbahagia,
Coretan untuk hari ini hanyalah sekadar untuk menjentik minda dan rohani. Oleh yang demikian ia tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun dengan orang yang sudah meninggal dunia.
Kisah ini berlaku di perhentian bas sesuatu tempat (dirahsiakan tempatnya). Seorang wanita membeli kuih, cekodok satu plastik dan disimpannya dalam beg tangannya. Sementara menunggu bas sampai, maka beliau singgah di sebuah kedai makanan. Hari itu sungguh panas, menyebabkan tekak sangat dahaga.
Wanita itu pun duduklah di sebuah kerusi di restoran tersebut, yang mana ada seorang lelaki memang dah lama disitu, duduk di sebelah wanita tersebut. Kebetulan tiada lagi tempat, untuk duduk.(kedai tuh memang penuh dengan pelanggan). Wanita itu rasa tidak berapa selesa, namun dia tetap memesan minuman dan setelah minuman dipesan dihidangkan diatas meja dihadapannya. Beliau mula membasahkan tekak dan mengunyah satu demi satu cekodok itu daripada atas meja itu.
Wanita itu rasa amat geram dan tidak senang hati apabila lelaki di sebelahnya turut memakan biskut tersebut. Dalam hatinya berkata , “Sedapnya kau makan cekodok aku tanpa mintak izin pun”. Dan setiap kali wanita itu mengambil cekodok itu, makan setiap kali itu jugalah lelaki itu mengambil dan memakannya.
Sakitnya hati wanita itu terhadap lelaki tersebut bukan main kepalang lagi. Sumpah seranah, macam-macam perkataan bermain di fikiran wanita itu. Bagaimanapun, lelaki itu kelihatan tenang dan ceria, sambil tersenyum lebar meskipun dia tahu yang wanita di sebelahnya sangat tidak senang dan memandang negatif kepadanya.
Sehingga tinggal satu cekodok yang terakhir diatas meja itu dan kali ini wanita ini berhenti daripada mengambilnya. Dalam hatinya berkata : ‘Aku nak tengok apa lelaki itu buat pada cekodok yang terakhir itu”.
Setelah beberapa ketika, apabila difikirkan wanita itu tidak mahu mengambilnya, lelaki itu pun mengambil cekodok itu dan belahnya menjadi dua- sebahagiannya diberikan kepada wanita itu, manakala sebahagiannya lagi lalu dimakan. Lagilah bertambah sakit hati wanita itu!!
Platform 17, Mayang Sari, destinasi ke Kuala Lumpur, Puduraya sudah sampai!!
Setelah mendengar pengumuman dari platform dan bas sudah tiba, wanita tersebut terus bangun naik ke bas. Di dalam bas, wanita itu membuka beg tangannya dan alangkah terperanjatnya, didalam beg tangannya masih ada lagi cekodok yang dibelinya seplastik tadi. Barulah wanita itu tersedar cekodok yang dimakan tadi adalah cekodok lelaki tadi!
Ya tuan-tuan, apa bezanya wanita itu dan lelaki tersebut? Meskipun lelaki itu berkongsi cekodok dengan wanita itu tetapi tetap ceria meskipun reaksi negatif wanita yang memakan cekodoknya, bahkan sanggup berkongsi biskut yang terakhir.Sebaliknya wanita itu tidak gembira dan sakit hati justeru dibelenggu prasangka buruk.
Mengakhir cerita teladan dari kisah ini ialah, jangan kita mudah menilai orang dari luaran, apatah lagi kesannya menjadikan mudah berburuk sangka pada orang lain. Selalunya seseorang itu bukanlah sebagaimana yang kita sangkakan. Selalulah bersangka baik, tetapi biarlah berpada-pada.
Sekian, semoga ianya bermanfaat untuk diri sendiri dan anda semua.
Diubah suai sedikit ceritanya dari blog arabfeamilies

citer ni macam iklan kat tv tu je kan bro? nasib baik dia tak marah lelaki tu, kalau tak, malu siot
nasslimdiet2 recently posted..Hepatitis B
Hhehehe….. selalunya yg last tu sape dpt dpt isteri solehah @ suami soleh… huhuhuu (teringat zaman bujang dulu2)
syukurlah kalau dapat orang macam tuh kan…
kih kih kihhhh !!! Malunyaaaa !!! Kalau aku la… mesti merah muka bila sedar kesilapan yang telah terjadi tu….
bujang3 recently posted..WJR Dah ada yang merisik-risik !!!!
tak tahu nak cakap apa… kena minta maaf dekat pemuda tadi tuh… huhu
aku pernah dengar gak cerita nie. tapi dah lama la..haha, tapi aku rasa, dalam dunia realiti, agak susah nak jumpa orang macam lelaki tu, bukan takde langsung, tapi susah la
memang susah sangat…
hoho..penah dengar cite ni. malunya pempuan tu..
titab recently posted..Edisi Siasat – Buat Duit dengan YMads
lelaki tuh jguak yang gentleman.. huhu
ini kes salah faham dan terlupa lah. banyak sangat makan dan minum dgn semut.
apa2 pun, lelaki mmg gentlemen. cool n tenang je.
Ladfe Amir recently posted..Sesuai Tak Malaysia Join Olimpik Musim Sejuk
lelaki penyabar orangnya..
saya teringat masa saya darjah 6 dulu, saya ada pen sama sebijik mcm pen kawan lelaki satu kumpulan dalam kelas tu, satu hari pen dia hilang, dia nampak pen saya , jadi dia tuduh saya yang curik..akhirnya apabila dia jumpa pen dia, dia tak pulak mintak maaf kat saya..teringat sampai sekarang huhu!!
nuriz recently posted..Email 1Malaysia Bukan Percuma Sepenuhnya
owh yeker… pernah juga jadi macam tuh… tapi dia tuh memang curi pen saya… aduh.. halalkan jerla.. huhu
ah, sure konfem popuan tu malu sendiri jer.. malunye la lau jadi kt diri sendiri camtu.. tapi pada akak, alangkah lebih bagus kalau si perempuan tadi tidak buruk sangka camtu.. selalunya lau de org kt satu meja, jemputlah makan sama2..
tapi lain citer lak kalau si perempuan tdi jemput lelaki (tuan punya biskut) makan bersama. lagi terlebih ni.. haha..
pe pun, tahniah buat lelaki tu, cool je de org makan makanan die.. hehe terbaik
fiezaradzi recently posted..Internet yang Best
betul juga… perempuan tuh terlupa… nak buat macam ner… apepun itu dugaan yang memberi pengajaran kepada kita semua… insyallah..
best betul la cite ni.. haha.. jangan sangka buruk tu memang tajuk yang panas dimulut orang2 kita.. aku selalu dinasihatkan jangan bersangka buruk.. aku menasihatkan wife-wife aku jangan bersangka buruk.. tapi entri ni memang best.. hehe.. boleh jadikan cerita kat member2 dan gal pren…
AdaAkuKesah recently posted..SEO Plugin Yang Aku Guna
wife2 aku ?? amboi ada berapa wife nie bro??
2 je setakat ni
AdaAkuKesah recently posted..Dunia Akhir Zaman – Hanya Luangkan 20 Minit
Kali ne ,sah aku gile khising sorang2 pasal entry bro zik ne memang lawak tapi penuh makna tersirat,terbaek tuu
Razlan recently posted..Contoh resume juruteknik komputer
hehe… insyallah semoga kali bermanfaat untuk kita semua…
cuba kalau kita tukar
lelaki yang baru membeli cokodok
masuk kedai, minum air dan tersalah makan cokodok wanita tu
agak2 wanita tu akan bahagi dua tak cokodok yang last tu?
aku hanya nak katakan lelaki lebih tenang dari wanita
tehr recently posted..Pen Merah Pen Biru
mmg betul. aku setuju gak lelaki lbh cool n tenang
Ladfe Amir recently posted..Sesuai Tak Malaysia Join Olimpik Musim Sejuk
Hehe..memang malu pompuan tu..
tapi, respek laki tu, walaupun pompuan tu buat camtu, tapi dia tetap nak berkongsi..
Bila difikirkan, kita relate kan dengan dunia realiti sekarang khasnya dalam blogging ni, kita berblog untuk berkongsi ilmu dan menambah kawan, tapi ada juga orang yg menghantar komen seolah2 macam dia lebih pandai dan memburukkan blogger tersebut. Apa salahnya kalau ditegur dengan baik dan sama2 kita topup masing2 yang mana kurang..betul tak bro?
p/s: luahan hati jer ni daripada pengalaman baru berblogging…=)
BroZooL recently posted..Tutorial Buat DropDown Blogroll
Betul tu BroZool, kita hidup ni kena siasat dulu betul ke tak kita punya. Jangan main hantam je.
jangan terlalu cepat menilai orang..
kaji dulu sebelum bertindak..
nanti menyesal tak sudah..
terbaik punya stori. tulah, su’uz zon (buruk sangka) lagi. kan dah termalu. sabo je laaa
sangka baik.. walaupun mungkin suspek itu nampak macam salah…
perghhhh..malu tu kalau jadi kat diri sendiri…
paihujey recently posted..kerja dengan hati yang ikhlas
bersangka baik jerla lepas kalau2 berlaku kan.. huhu
Kepada wanita2 diluar sana, pasni jgn beli cekodok kalau xnak salah faham..ha3
decrewz recently posted..Kisah Benar Lagenda Budak Setan Ruby & Shah – Pengenalan
beli kerepek pisang jerla lepas nih..
macam iklan raye yang adibah noor tu. huhu
ika honey bunny recently posted..Lengkapnya lelaki kerana wanita
hehe lebih kurang macam tuhla…
Pingback: Kisah tauladan: Wanita dan cekodok « news@yoys
pernah terbaca cerita ni.dah lama.lupa dari mana….. ramai yang ikut perangai perempuan tu.tak ramai ikut perangai lelaki tu….
Amry recently posted..Rumah Bujang Atau Family
sila ikut perangai lelaki , yang terbaik lah kan… huhu
Bila dah set mind orang yang salah, kita akan nampak orang yang salah. Padahal akhirnya malu sendiri sebab ternyata wanita tu yang silap makan cekodok
Mrs.Ayie recently posted..Semakin hampir
malu nya… kalau terjadi pada diri sendiri..
woih, nasib baik watak utama dalam cite nie pompuan, kalo watak utama tue aku laaa.. dah lama aku tempeleng kapla laki tue, walopon aku yang salah, haha, cokodok beb? sapa tak tension kalo orang makan cokodok kita.. ahhahaha
samanosuke_04 recently posted..Kerana Facebook Itu Stalker-Friendly
Kena beli tu. Last2 salah faham rupanya.
Hisyam recently posted..Tips Minta Hutang