Seperti yang dijanjikan pada entri terdahulu, setelah kita mengetahui pembuatan tempe tradisional dari A sampai Z. Hari ini ingin berkongsikan tentang khasiat tempe. Fuh memang banyak beb, tak percaya baca dekat bawah nie, kalau rajin. Kalau tak, korang just makan jer tempe, lagipun sedap kot. Itu jer, hehe.
Tahukah anda ??
Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta komponen antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.
Selain itu, tempe juga meningkatkan nilai pengambilan gizi harian kita, seperti kadar vitamin B2, vitamin B12, niasin, dan asam pantorenat. Hasil daripada analisis, gizi tempe menunjukkan kandungan niasin sebesar 1.13 mg/100 gram berat tempe yang dapat dimakan.
Tempe juga dipercayai dapat mencegah anemia dan osteoporosis,
dua penyakit yang bayak dialami para wanita, kerana tubuh wanita yang mengalami haid, hamil serta menyusukan bayi. Penyakit anemia ini dapat menyerang wanita yang malas makan, kerana takut gemuk, sehingga menyebabkan penghasilan sel-sel darah merah dalam tubuh menurun.
Di dalam tempe juga terdapat suatu zat antioksidan dalam bentuk isofalvon. Seperti vitamin C, E dan karotenoid, isoflavon merupakan
antioksidan yang sangat diperlukan tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
Penelitian yang dilakukan di Universitas North Carolina, Amerika Syarikat, penemuan bahwa genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada tempe ternyata dapat mencegah kanser prostat, payudara dan penuaan (aging).
Oleh itu, cara terbaik untuk memaksimumkan khasiat tempe bagi tubuh kita adalah dengan mengambilnya setiap hari dalam pemakanan harian sewajarnya. Bagi mengelakkan kebosanan, pengambilan dalam pelbagai jenis masakan tempe adalah perlu. Seperti di Malaysia, kita masih punya banyak pilihan masakan berasaskan tempe seperti lontong, sambal goreng, masak lemak, dan sebagainya. Walaubagaimanapun bagi mengelakkan zat-zat yang bermanfaat itu tak banyak terbuang dalam proses pemasakan, tempe sebaiknya dimasak dengan menu seperti sup, berkuah (berempah), atau rebus. Cara tersebut lebih efektif untuk khasiatnya, berbanding digoreng.
Di senaraikan 10 Khasiat Tempe buat panduan anda sekalian:
1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi diare.-elak keracunan makanan
2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah.- elok untuk mereka yang ada darah tinggi.
3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita jantung. – yang sakit jantung pun bagus.
4. Penderita anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe– untuk wanita atau model2 yang takut gemuk
5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotika yang mengurangkan risiko infeksi.
6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.- alternatif kalau tak larat makan oat.
7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser. – Harus di amalkan selalu.
8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi ataupun degeneratif.- menyeimbangkan pengambilan gizi seharian.
9. Mencegah timbulnya hipertension. – Elok untuk yang cepat marah.
10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.- haaa, dah tak payah lagi nak beli susu anlene yang mahal tu, makan tempe dah memadai. Kan dah jimat tuh. Hehe.
Renung-renungkan.
Jadi, timbang2 kan pada mereka yang mementingkan pemakanan seimbang. Apepun, apa sahaja yang kita ambil untuk pemakanan seharian seharusnya seimbang dan tidak pula berlebihan. Nanti lain yang dikurang, lain pula yang bertambah.
Akan datang, resepi-resepi tempe.
Credit to ruangan forum halaqah.net tempe goreng blog, dan freddish.
khairolghani says
aku makan juga tempe ni..tapi tak selalu..ada je stok kat rumah,tinggal nak goreng je..
Zik says
kat sana senang dapat tak tempe???
mankuchai says
Tempe memang bagus dan terbaik…budak yg banyak makan tempe otak dia cerdas org kata.
Zik says
hehe..betul tuh…pandai2x nih…
nasslimdiet2 says
my feberet ni. tempe goreng cicah ngan sambal kicap. lodeh pun aku minat
Zik says
lodeh pun ok… sedap..lembut2x.. gitue
Kamal Mustafa says
Km memang suka tempe. sekarang jejari tempe dah ada kat pasaran. Boleh buat sendiri gak kat rumah.
Zik says
wah senang kalau macam itu… dah ada jejari ek…
nasslimdiet2 says
saya dah penah makan jejari tempe ni. keluaran bumiputra, memang sedap
Amirez says
makanan orang jawa 😉
banyak betul khasiatnya ye.
patutlah orang jawa ni pandai2 n sihat.
masa blaja kat johor dulu tempe mesti aku tak tinggal punya.
dah jadi macam wajib ada dlm setiap hidangan.
tapi skang ni jarang sgt dah makan tempe
Zik says
nampaknya kena eksport ke luar negeri..hehe… kat johor memang banyak..hampir di setiap kedai ada… di kedai2 runcit lah….
akubiomed says
Saya suka makan tempe. Dengar tempe hendak dibuat didalam bentuk kapsul. Heran juga tetapi kalau bentuk kapsul tidak merasa nikmat tempe nanti 🙂
Zik says
kalau dalam kapsul , mungkin feel dia dah kurang la… huhu
MDHAFiZ.NET says
baru semalam makan tempe da…ahah.. 🙂
Zik says
bagus2x… amalkan pemakanan yang sihat…
Fahmi Raazali says
erm… jarang makan tempe walaupun aku suka tempe nie… tp tempe ni kalau digoreng terlampau garing… tak sedap jugak… 🙂
Zik says
sedang2 ok dah …hehe
Sabahan Bloggers Club says
Makanan orang Jawa ni. Zik berdarah Jawa ke? 🙂
muhammad fakhruddin says
Cikgu saya orang Terengganu pun minat makan tempe…hehehe
Sekarang ini pun yang namanya makanan Jawa seperti tempe, bergedel (tak tahu ejaan yang betulnya macam mana) dan soto dah ramai yang buat, jual dan makan 😉
Zik says
darah jawa… dari nenek moyang lagi..hehe
faizul says
aku orak mangan tempe.. hahahaha…
Zik says
huk alah enduk2.. kok ora deluk tempe…
wazy says
Tempe ni sedap
kalau goreng kena lak dengan sambal kicap
perhh meletops beb
Zik says
sambal kicap tuh lawan wajib …. makan dengan tempe…
Mrs.Ayie says
Sangat suka tempe. Hari-hari makan tempe pun tak apa. 😀 tak kiralah goreng macam tu je ke, sambal kicap ke, berlada ke, semua pun sodap.
Zik says
suka buat sambal tempe merah…layan…
tehr says
kalau ada kesempatan nanti
mahu aku cuba cicah tempe ni dengan budu
Zik says
erk.. rasanya pernah try masa kat kl dulu… saja eksperimen… not bad jugakla rasanya…
Fitrihadi says
ada kajian mengatakan makan tempe boleh cantikkan kulit.. ni kalau perempuan tau mesti pakat serbu ni. heheh..
.
Zik says
haha…tengok kedai takda stok dah…
catzer says
wargh..tempe mmg faveret oh…tp bile dah lama goreng keras tak sedap dah..hahaha..aku suke tempe goreng cicah dengan sambal kicap.
Zik says
itu lamat sangat… terleka …dah keras macam batu rasanya… sambal kicap antara lawan yang paling best setakat ini… akan datang tak tahu???
Miziey says
woa.. ada lagi satu jenis tempe.. tapi yg ni xleh dimakan iaitu tempelate.. hahhahaha..
template.. got it??
XD
Zik says
hehe.. template memang tak boleh makan.. cuma boleh guna jer…
Izwan says
ini adalah menu wajib kat rumah.. seminggu takde tak lengkap la.. pastu cicah sambal kicap plak.. pehh !
Zik says
hidup tak sempurna… aku suka yang buat kerepek tempe kering tuh..sedap jugak. gian jadinya …
rajdev says
Nampak sedap jer,selalu makan kat kanting kilang opisaku jer .Makan ngan sambal ikan bilis tempe .
Zik says
kat kl ada jugak aku makan menu macam ini.. kat johor macam takda lah pulak.. huhu
titan says
aku suka makan tempe. hehe..
Zik says
tempe jenis ker…
Nadia @ JBCool says
waah..selama ni mkn je tempe tanpa tau kelebihannya. ^_^
Zik says
dah tahu.. makan tempe banyak2 kasi sampai lebam..hehe gurau jer bro..
InfoBuahPinggang says
Saya pernah dengar tentang tempe.Tetapi tempe ni bukanlah hidangan kegemaran sangat.Tapi bila dah tau tentan khasiatnya,bolehlah dicuba untuk kesihatan.
Zik says
takpe, dai makanan sampingan untuk kadang2 pun dah cukup bagus…
Mus says
macam tau-tau jer aku pas makan tempe..
anak aku memang suka tempe..
Zik says
siapa mikail ker… ker semua suka…
azura says
saya memang suka tempe goreng…dok rasa diri awek muda haha
Zik says
muda2.. hehe…
meh says
betul ke tempe ada karbohidrat?