Khasiat buah pala dalam kesihatan

http://3.bp.blogspot.com/_5hd7oe3kKow/Skw2lEE8bII/AAAAAAAABgY/FeIzrKTzq4Y/s400/buah+pala.jpg

Sumber gambar dari sini.

Salam sejahtera.

Buah pala merupakan satu buah yang agak asing jika kita tak ketahui ada dia punya kebaikannya dalam kesihatan seharian. Ya, kita tahu, buah pala ada juga dibuat jeruk, dan juga sebagai pemanis mulut dikala menonton televisyen ataupun diwaktu lapang. Ia juga merupakan  buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan.

Nama betul buah pala.

Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragrans

Melegakan Kembung Perut,

Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut  ubat salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sembelit, cirit birit sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi.

Caranya ialah dengan mengambil daunnya atau buah pala yang telah ditumbuk halus kemudian direbus  separuh setengah cawan, kemudian airnya diminum.

Buah pala juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.

Kebaikan yang lain-lain.

  • Kandungan zat buah pala adalah zat kalium, kalsium, fosforus, lemak, protein dan karbohidrat.
  • Baik untuk kekuatan minda, sakit kepala, masalah bau mulut, gatal-gatal dan menghilangkan jeragat.
  • Buah pala juga dijadikan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan minyak gosok dan balm. Ia baik untuk kegunaan luar seperti sakit kepala dan sakit perut.
  • Air rebusan yang sama boleh digunakan sebagai julap untuk mencuci perut. Selain daun dan buahnya, air rebusan biji buah pala yang telah ditumbuk halus juga boleh diminum untuk mengubati penyakit tersebut.
  • Rebusan biji buah pala juga dipercayai boleh mengatasi masalah susah hendak tidur.
  • Sabun pala pula boleh mengubati sakit-sakit sendi. Getah yang keluar dari buahnya pula boleh dijadikan air kumuran untuk menghilangkan ulser atau seriawan mulut.

Tetapi ingat, buah pala ini dimakan jangan terlalu banyak, (cukuplah memadai secukup rasa)  kerana mempunyai kandungan gula yang amat tinggi dan perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui lebih lanjut.

Sumber disini.

Comments

  1. ani says

    salam kwn smua..mmg benar pun buah pala ni bkn semua yg suka memkn nya..org dlm ngri p.pinang pun xsemua yg suka..walaupun mreka tau khasiatnya ..tp saya xkira tu smua.saya merekacipta jus buah pala mmm sedap..!!saya buat 2jenis adajus saya reka taruh biji/bunganya..ada jus saya reka tanpa biji/bunganya..cara mmbuat jus saya belajr dr MARDI ..alhamdulillah..saya bersyukur sgt2 rekaan saya brhasil saya pasarkn disekitar utara..agen saya mghntar kwsn seltn..cubala rasa jus buah pala saya..rasaknla keenknnya..!!!!!ada agen dtg mghntar botol/stiker nya sndiri/saya cuma mngisikn saja..(k.kretif)..dn saya rohani mh enterprise dari balik pulau,penang.(0174304698) ok byeeeeee

  2. says

    Jeruk buah pala sedap di makan. Dulu2 amat popular.. Skrg mcm payah nak cari. Kalau ada pun, tak sesedap dulu. Maybe sebab pakai mesin.. 😀 Tak sangka byk khasiatnya lak. Kalau tahu, aku bedal byk2 time budak2 dulu…

  3. says

    Saya suka makan jeruk buah pala sebab sedap, apatah lagi kalau dapat free bila sepupu yang dok kat penang balik kampung. Selama ni tak kisah pun tentang khasiat ke apa, main kunyah telan jer… :tongue:

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge