Perlawanan yang akan bermula beberapa jam sahaja lagi. Mampukah malaysia menundukkan thailand yang dilihat pasukan pilihan ini bermain dengan rekod bersih tanpa kalah bolos 3 gol je.
Masa: 8pm
Tempat: Stadium rajamangala, Bangkok
Tarikh: 17 disember 2014
Live: tv9, foxsports.
Ternyata sukar untuk diramal, kerana akan ada perubahan taktikal yang dilakukan dalam kedua-dua pasukan. Tetapi pemain thailand rata-ratanya semua pemain muda bawah 23 tahun, lebih kurang 90%. Susah juga tuh.
Apepun kita mengharapkan pemain beri persembahan yang terbaik dalam merangkul kejuaraan piala aff suzuki edisi 2014. Misi dan target untuk ke final sudah pun tercapai. Tetapi untuk juara susah la bagi aku. Jangan terlalu yakin dan seronok apabila habuan rm100,000.00 setiap pemain, pemain jadi leka dan fikir benda lain. Kena fokus dan fikir bermain untuk negara, bukan kerana wang semata-mata.
Keputusan terkini :
Malaysia (0) vs (2) Thailand FT
Jaringan:
Charyl chaplus 71″ penalti
Kroekrit Thaweekarn 86″
Teruk malaysia diasak. Amri yahya kena kad kuning.
Minit ke 63: sepakan sudut oleh thailand
Minit ke 65: formasi pertahanan malaysia tampak longgar.
Minit ke 67: mujur farizal marlias menafikan percubaan thailand.
Minit ke 68: amri yahya
Minit ke 70: penalti !!! Gol mudah buat thailand.
Minit ke 86: pertahanan malaysia dihukum lagi. Kroekrit Thaweekarn menjaringkan gol kedua. Makin parah dah nih.
Minit ke 90: indra putra sikit lagi. Mujur kawin tampan tandukkan dari indra itu tadi. Kalau tak touch memang dah gol tuh. Fuhhh
Minit ke 94; tamat perlawanan. Sayangla, sukar gila nak tembus pertahanan thailand.
Nantikannya malam ini.
JR says
amboi..awal-awal dah ada keputusan..hehe.. apa pun otai vs orang muda..sama-sama kita doakan kejayaan memihak kepada pasukan harimau malaya. 🙂