Keputusan terkini malaysia vs Singapura 23 Julai 2011(1st leg)

malaysia vs singapura, malaysia singapura, poster malaysia vs singapura 2011, malaysia vs singapura di jalan besar

Tinggal beberapa jam sahaja lagi. Perlawanan penting buat malaysia dan singapura kempen kelayakkan piala dunia Brazil 2012 yang mana ini merupakan peringkat kedua. Dalam undian yang lepas,  singpura mendapat bye terlebih dahulu yang sebenarnya memberi kelebihan kepada skuad kebangsaan yang banyak beraksi dan juga bertemu dengan kelab liga eropah arsenal dan liverpool sebagai menimba pengalaman dan mencari strategi baru.

Keputusan terkini :

MALAYSIA 3 VS SINGAPURA 5 (tamat perlawanan 1st leg)

Jaringan:

  • Safee sali 1′ (M)
  • Aleksandar Duric 7 (S)
  • Qiu Li 21 (S)
  • Mustafic Fahrudin 43 (S)
  • Shahril Ishak 45( S)
  • Abdul Hadi 68 (M)
  • Safee Sali 70 (M)
  • Aleksandar Duric 80 (S)

Senarai pemain malaysia:

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Sharbinee Allawee dan Mohd Nasril Nordin.

Forward/Penyerang: Safee Sali, Abdul Hadi Yahya, Ashaari Shamsudin, Fakri Saarani dan Izzaq Faris Ramlan.

Midfield/Tengah: Safiq Rahim(kapten), Shakir Shaari, Amar Rohidan, Ismail Faruqi, Amirul Hadi, S.Kunanlan, Baddrol Bakhtiar dan K.Gurusamy.

Defend/Pertahanan: Aidil Zafuan Radzak, Mohd Muslim Ahmad, Asraruddin Putra Omar, Mahali Jazuli, Azmi Muslim, Rizal Fahmi dan Helmi Remeli.

Senarai pemain singapura.

Penjaga Gol : Lionel Lewis (Home United), Izwan Mahbud (Courts Young Lions), Ridhuan Barudin (Tanjong Pagar United)

Penyerang : Andrew Tan (Balestier Khalsa), Khairul Nizam (Courts Young Lions), Qiu Li (Home United), Erwan Gunawan (SAFFC), Fazrul Nawaz (SAFFC),Aleksandar Duric (Tampines Rovers)

Midfielders/Tengah : Hariss Harun (Courts Young Lions), Ruzaini Zainal (Courts Young Lions), Shahdan Sulaiman (Courts Young Lions), Isa Halim (Home United), Shi Jiayi (Home United), Shahril Ishak (Medan Chiefs), Mustafic Fahrudin (Tampines Rovers), Shukor Zailan (Tampines Rovers).

Defend/Pertahanan:  Afiq Yunos (Courts Young Lions), Safuwan Baharudin (Courts Young Lions), Hamqaamal Shah (Gombak United), Ismail Yunos (Gombak United), Juma’at Jantan (Home United), Daniel Bennett (SAFFC),Shaiful Esah (SAFFC), Delwinder Singh (Tanjong Pagar United).

*yang dalam kurungan tuh kelab asal diaorang.

Lokasi : Stadium Jalan Besar, Singapura
Jam 7.30 Malam
Tonton live: Astro Arena dan TV2
Referee: Nawaf SHUKRALLA (BHR)
Assistant Referee 1: Saleh AL MARZOUQI (UAE)
Assistant Referee 2: Saeed ALHOUTI (UAE)
Fourth official: Jameel ABDULHUSAIN MOHAMED (BHR).

Kita borak-borak dulu ruangan komen. Kalau ada apa-apa info tambahan , atau nak wish ker. Boleh sahaja, cuma jangan spam yang bukan-bukan, itu bukan tip blogging terbaik namanya tuh.

Kita layan dulu video ketika malaysia membelasah Singapura 4-0 Piala Tiger tahun 2002 kalau tak silap. Layan.

Minit ke 1: Dah bemula. (tuan blog mungkin lambat sedikit membuat ulasan, kerana akan pergi sembahyang maghrib terlebih dahulu). Korang pun pergi sembahyang juga ya nanti, yang beragama islam jer.

Gol pertama safee sali: 1-0

Minit ke 7 : Singapura menyamakan kedudukan hasil sepakan percuma dan disambut oleh Aleksandar Duric, yang berumur 40 tahun. Sebelum ini pemain pertahanan Malaysia, Muslim mengasari pemain Singapura yang mengakibatkan freekick.

Minit ke 21: Qiu Li menjaringkan gol hasil sepakan percuma di luar kotak penalti. Penjaga gol Malaysia, Sarbinee tidak dapat berbuat apa-apa, hanya sekadar melihat sahaja.

Minit ke 24: Hantaran cantik Mahali kepada Kunanlan dari sebelah kiri namun gagal memasuki bahagian pertahanan Singapura yang terdapat lebih kurang 5 orang.

Minit ke 25: Singapura dilihat lebih mengawal permainan dan diharap bahagian pertahanan Malaysia bermain dengan lebih baik supaya tidak menghadiahkan sepakan percuma.

Minit ke 28: Counter attack oleh Sarbinee terus kepada Safee Sali yang berjaya memperdayakan pemain pertahanan Singapura dan menghantar bola kepada Ismail Faruqi one to one dengan penjaga gol tetapi gagal menjaringkan gol, tak tahu apa masalahnya?? aduyai.

Minit ke 35: Fakri (Malaysia) dilayangkan kad kuning akibat mengangkat siku terlalu tinggi dan mengenai Ismail Yunos.

Minit ke39: Qiu Li dikenakan kad kuning akibat mengasari pemain Malaysia

Minit ke 43: Singapura mendapat gol ketiga hasil jaringan Mustafic Fahrudin.

Minit ke 45:  Gol ke-4 untuk Singapura oleh Shahril Ishak, kapten pasukan. Tamat separuh masa kedua.

Separuh masa kedua.

Minit ke 51: Syafiq rahim dikenakan kad merah. Kelaur padang. Aduyai.

Minit ke 53:  Ismail Yunos kena kad kuning kedua(kad merah).

Minit ke 57: Malaysia agak tertekan. Aduyai apa sudah terjadi nih??

Minit ke 60: Nasib baik offside. Kalau tak gol lagi malaysia tadi. Wahh lau.

Minit ke 62: Malaysia agak buntu.

Minit ke 69: Goollll malaysia gol. Cayalah!! Abdul hadi menjaringkan gol merapatkan jurang 2-4. Masih ada lagi peluang.

Minit ke 70: Malayia gol lagi safee sali 3-4 sekarang nihh!!!! yehaaa

Minit ke 77: Malaysia diasak. Bahaya!!!!

Minit ke 80: Singapura menambah lagi satu gol. Jaringan oleh Aleksandar Duric, aduhhh kenapa tak jaga dia !!! 5-3 sekarang ini.

Minit ke 83: Peluang dari malaysia melalui sepakan kencang dari luar kotak penalti, berjaya ditangkap dengan mudah. Rugi2.

Minit ke 84: Pemain singapura injured pulak. Saja nak lengahkan masa.

Minit ke 85: Pertahanan malaysia agak rapuh.

Minit ke 86: Tendangan sudut buat malaysia.

Minit ke 87: Sepakan percuma buat malaysia. Harap ada peluang untuk menjaringkan gol.

Minit ke 89: Pemain sudah kepenatan sekarang nih.

Minit ke 90: Masa tambahan 3 minit.

Tamat perlawanan.

Akan dibuat ulasan lewat sikit. Takda moodlah.

Video higlights :

Keputusan terkini ini dibawakan oleh tip blogging terbaik.

credit malayafootball, harimau malayafb, sokernet.com, haikal, sharinginfoz

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)

Related post

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini Google Plus Zikri Husaini
This entry was posted in Sukan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

29 Responses to Keputusan terkini malaysia vs Singapura 23 Julai 2011(1st leg)

  1. bEe says:

    Tunggu pulak Msia vs Spore kat bumi tanah Msia… ;)

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  2. silap bhgn depend harus diperbaiki. sebab bhgn serangan dan cantik…!

    harap sangat skuad Harimau Malaya dapat mempersembahkan sesuatu yang hebat di Bukit Jalil 28 Julai ni. nak sangat Malaysia mara keperingkat seterusnya. nak sangat. nak sangat.! Malaysia Boleh!
    Alexa Adriana recently posted..depa menang 5-3, apa ada heran dengan player import.My Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      boleh malaysia sentiasa bbolehh!!!!

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  3. sam says:

    agak2 MACC tak nak buka kaunter ke kat stadium2 pas ni…tgk brapa byk aduan d trima???

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      ntah lah.. aku pun kurang periksa… tapi untuk kali ini harap merka dengarlah kan… huuh

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  4. asg says:

    Dari dulu lagi pertahanan malaysia lemah. Penat Safee Sali jaringkan gol dalam tempoh 16 saat gol pertama dan tidak sampai 30 saat selepas hadi gol kedua, Sama macam Malaysia lawan Liverpool elok-elok 4 – 3 dah jadi 6 – 3. Turut berlaku malam tadi elok-elok 4 – 3 dah jadi 5 – 3. Itulah sikap pemain Malaysia dari dulu sampai sekarang, kalau tak ubah jangan mimpi nak ke london. Penjagol pula jadi penonton. Ingat kerajaan Malaysia sudah berbelanja jutaan ringgit untuk bola. Kalau main cam ini bagaimana nak lawan kuasa besar. Malaysia hanya bergantung kepada Safee Sali je. Penyerang lain kurang pengalaman dapat bola one by one gelabah.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • sam says:

      sokong!!lau mcm ni keeper baik tak pyh ada keeper..letak aja ketua kg ke..tok penghulu ke…kat gol post 2..kan serupa..tak pun nak puyooo skt bagi YB ke kat situ.haha..bukan stakat keeper jer jd penonton smalam..defender pun sama..penyerang s’pore cina prut buncit pun boleh lpas..aduhai…mcm ni main baik hantar team driver taxi jer wakil msia…baru padan..!!

      VA:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VA:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  5. titan says:

    first half..banyak tak menjadi. 2nd half..singapura main slow..bagi banyak ruang kat malaysia..tu yang leh dapat banyak ruang. Kunalan banyak buka peluang, manakala Amirul Hadi dapat mengubah permainan dengan menguasai bek kanan dan sayap kanan. Masuk 2 orang ni..kita dapat 2 gol. Sayang, Safee dikeluarkan. Dia keluar aje..kita bolos 1 gol.

    Aku rasa lepas ni, kita tengah leading ke apa ke..Safee tu biar aje kat dalam padang. Ini boleh bagi ancaman pada pemain Singapura. Tak patut dia keluar tadi. Izzat yang ganti dia pun tak berapa menjadi..

    Tapi serius, pertahanan memang hancur masa 1st half. 2nd half..bila dah dapat 2 gol..start pertahanan jadi lemah balik..aduhh..
    titan recently posted..Komisen ke 5 dari 701panduanMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      penat2 jer safee sali jaringkan gol…huhuu

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  6. nuriz says:

    huhu Malaysia 3 singapura 5 ke ni..aduii mcm tak pecaya
    nuriz recently posted..Tragedi Serangan Bom di Norway (Negara aman tangga ke- 9)My Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Ajik says:

      tapi kawe percaya… sebab dah tengok semua gol

      VA:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VA:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  7. Meh tengok LIVE STREAM Malaysia vs Singapore…
    Dezaman Cottage recently posted..Berita Terkini: Keputusan Malaysia vs Singapore 2011 – LIVE StreamingMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      terima kasih…

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  8. malaysia menang kali ni bro..hehe
    naimulfirdaus recently posted..betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?My Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  9. titan says:

    aku yakin, kita boleh menang. Main kul 7 kan?
    titan recently posted..Komisen ke 5 dari 701panduanMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  10. Pingback: Malaysia vs Singapura 2011 | wrizuan[dot]net

  11. wrizuan.net says:

    mantap2 bro boleh jadi pengulas sukan nie..hihihi..:)
    wrizuan.net recently posted..pasarkarat.org domain untuk dilelongMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      pengulas sukan tak bertauliah… hehe… setakat tulis2 boleh lah kot..kalau cakap2 tuh…mahu banyak tersasul ..ramai player masih tak hafal lagi.. aduyai… huhu

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  12. Ali ridha says:

    penyerang kesukaan ada tu.
    Safee Sali, sila buat yang terbaik.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      2 gol dia score…

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  13. tehr says:

    sebelum layan bola solat maghrib dulu
    nanti terlepas maghrib, bola pulak kalah
    dua kali rugi
    hehe
    tehr recently posted..Malaysia vs Singapura : Apa Kata BloggerMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      betul tuh.. sembahyang jangan lupa.. kewajipan…

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  14. Pingback: Keputusan terkini malaysia vs Singapura 23 Julai 2011(1st leg) « news @ yoys

  15. Norizwan says:

    harap2 khairul fahmi tak bolos lagi…

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      kebolosan yang terlalu nih.. mungkin salah defend jugak… huhu

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  16. MDHAFiZ.NET says:

    Ayuh tunjukkan taringmu wahai Harimau Malaya :)
    Baham itu Singa!
    MDHAFiZ.NET recently posted..Najib To Meet Pope (Malaysia Muslim PM Najib Razak to meet Pope)My Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      taring simpan untuk 2nd leg…

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge